13 October 2014

Al-Fatihah Untuk Nenek

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Dah lama tak update blog.. rindu sebenarnya nak tulis. Tapi bagi menghormati pemergian nenek suami yang kuanggap dah macam nenek sendiri dengan kesihatan yang tidak mengizinkan terlupa nak update story kat cini. Maaf yer blog kesayanganku... Bukan diri ini ini melupakan mu... poyo jer ayatkan..huhu..

Selepas pemergian arwah nenek pada 03/10/2014 jam 11.12pagi, alhamdulillah kami sempat buat kenduri tahlil 3 malam berturut-turut. Salah satu sebab jugak lah tak sempat nak update kat cini. Rasa tak bersemngat pun yer gak.. Memang terasa permergian beliau. Yerlah kami tinggal dengan arwah lebih kurang 5 tahun lebih gak lah. Semenjak saya berkahwin, saya terus tinggal dengan nenek bersama suami sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. Umur beliau semasa saya mula-mula tinggal bersama dia adalah 83 tahun tapi ingatannya masih kuat dan boleh berdikari sendiri walaupun dia menggunakan kerusi roda. Nenek memang seorang yang baik hati dan tabah hatinya. Semasa arwah meninggal umurnya 88tahun.. Alhamdulillah panjangkan umur beliau. Sempatlah ada 6 cicit. Cicit yang bakal dalam perut ku yang ni jer tak sempat nak lihat :( 

Ada lah juga beberapa tips masakan dan pesanan yang saya belajar dari beliau. Banyak yang dia bagi tips rumah tangga, kehidupan seharian, penyimpanan kewangan macam mana nak urus, banyyak lagilah... Semoga arwah nenek ditempatkan di kalangan orang yang beriman... InsyaaAllah... Al-Fatihah!

Kami Sayang Nenek...


2 comments:

  1. Alfatihah..sedihnya Ummi...

    Ummi, saya tag awak kat sini..kalau awak boleh join would be great :) hehe

    http://www.ibuhana.com/2014/10/first-segmen-jom-tambah-kawan-by-lieya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Hana...
      InsyaaAllah saya join bersama!

      Delete