16 October 2014

Hari Makanan Sedunia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Korang tahu tak hari ini adalah "Hari Makanan Sedunia"


"Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 
menyambut Hari Makanan Sedunia pada 16 Oktober setiap tahun, 
iaitu hari penubuhan Pertubuhan ini pada tahun 1945."

Saya baru tahu pada hari ini adalah hari makanan sedunia lepas dengar radio HOT HM pagi tadi... Nampak sangat tak selalu nak ambik tahu info dunia kan..hehe...

Mula-mula saya ingat "Hari Makanan Sedunia" ini adalah untuk menyambut Pesta Makanan. Hasil carian di google dan mendapat tahu info sebenarnya baru tahu "Hari Makanan Sedunia" bukan meraikan pesta makanan yer. "Hari Makanan Sedunia" ni sebenarnya diadakan bagi memberi kesedaran kepada pelbagai masyarakat di seluruh dunia bahawa masih terdapat lagi segelintir penduduk yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan makan yang secukupnya. Maksudnya, masih terdapat penduduk di dunia ini yang masih mengalami krisis kebuluran. Antaranya Korea Utara, Uganda, Zimbabwe, Somalia, Afrika Timur dan Kenya.

"Hari Makanan Sedunia" bukan sahaja disambut kerana betapa pentingnya makanan kepada kita tau , tetapi juga sebagai medium untuk meningkatkan kesedaran kepada kita kepada masalah kebuluran yang masih lagi berlaku di dunia ini sehingga kini.


Saya mengajak kawan-kawan semua marilah kita beringat bersama-sama, jangan asyik nak makan sedap jer, bila dah kenyang kita main buang je baki makanan yang tinggal walaupun baki tu masih cukup untuk seorang lagi makan! Peringatan ini untuk saya bersama juga, janganlah membazir makanan dan makanlah makanan yang berkhasiat demi kesihatan diri sendiri. 

Kita patut bersyukur di negara kita, Malaysia ni kebanyakkannya masih mampu untuk makan makanan yang secukupnya. Jadi, jangan lupa pada negara lain atau ada lagi segelintir masyarakat di negara kita yang masih terpaksa bertarung nyawa demi secubit makanan... Ingat yer, jangan membazir makanan tau. Sayangi makanan anda, rasa-rasa tak boleh nak habiskan makanan tu jangan ambil sekali banyak. Makanlah ikut kuantiti kemampuan kita. 

"Selamat Menyambut Hari Makanan Sedunia"

Happy Sharing!

No comments:

Post a Comment