16 January 2014

Garlic Shaklee Sangat Best!

Assalamualaikum Semua...

Petang ni saya nak kongsi sedikit tentang produk Garlic Shaklee. Dalam bahasa melayu garlic ialah bawang putih... Dulu tak tahu pun bawang putih ni banyak keistimewaan. Takut makan bawang putih sebab nanti badan berbau ('',). Bawang putih adalah antara bahan pelengkap dalam sesuatu hidangan makanan. Walaupun ia sedikit berbau tetapi ia memang bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang. So sebagai alternatif lain saya tak nak ambil bawang putih yang original, saya gantikan dengan suplemen Garlic.. 

Sebab suplemen Garlic daripada Shaklee ni dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas racun perosak dan ditanam secara organik. Dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual mengandungi Allicin aktif). Dwi-teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000 mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

Antara khasiat Garlic Shaklee yang patut anda tahu!


Nak tahu lagi kelebihan bawang putih ni? Jom kita baca sumber dari  laman web Pa & Ma ni http://pama.karangkraf.com/

Bawang putih bukan sahaja enak menjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan satu-satunya antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.
Pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil.

Selain dari itu, bawang putih juga menjadi satu cara untuk menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selsema. Caranya, ibu cuma perlu makan bawang putih. Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Banyak kan kelebihan bawang putih ni... Apa yang bestnya Nutritionist Shaklee, Celine ada bagitahu lagi Garlic ni bagus untuk nak bagi kulit cantik :) Sebab tu saya sekarang rajin tau nak makan padahal sebenarnya tujuan asal ambil garlic nak turunkan kalesterol... Tu best produk Shaklee tujuan makan sebab lain, dapat benefit lain yang lagi best!

Jika anda berminat nak mencuba suplemen Garlic ini, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... In Shaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!



No comments:

Post a Comment