08 January 2014

Menangani Sikap Pasangan Panas Baran!

Assalamualaikum Semua....

Belum terlambat lagikan saya nak wish "Selamat Tahun Baru 2014" kepada semua pembaca-pembaca yang sudi menjengah ke blog saya ni :) Semoga tahun baru ni kita semua lebih gembira & hati kita diberi hidayah untuk sentiasa berubah ke arah kebaikan. In Syaa Allah, mudah-mudahan... 

Saya terbaca di FB Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah tentang cara untuk menangani masalah pasangan atau ornag yang panas baran... So, saya salin semula dari FB Dato' untuk sharing dengan anda semua. Semoga bermanfaat & memberi sedikit tips pada kita semua.
....................................................

Dari : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

As salamu'alaikum...
Ramai yang bertanya cara tangani pasangan/ orang yang baran. Baran ni mungkin sebab genetik/ keturunan, jahil coping skills untuk tangani baran, TAK JAGA SOLAT, hati yang kotor, alah dengan bisikan setan, terlalu stress, etc. Prinsip hidup, jika kita berubah maka Allah akan ubah semua orang di sekitar kita. Justeru mulai hari ini, cuba overhaul diri kita & pujuk orang yang baran tu untuk overhaul diri dengan: 

1) Jaga solat 5 waktu & lakukan solat-solat sunat qabliah & ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardu. 

2. Solat taubat & istighfar 70X sehari setiap hari. Bila dosa terampun, maka hati jadi bersih, doa makbul & semua orang sayang. Memang elok jika dapat SOLAT HAJAT UNTUK MOHON PASANGAN BERUBAH, JADI INSAN YANG SOLEH & SAYANG KELUARGA . Lakukan juga istikharah untuk mohon panduan tangani sikap baran ni & tutup dengan solat witir setiap malam. Nabi suruh kita solat witir setiap malam sepanjang hayat sebagai pembalut kepada segala amalan kita seharian agar dapat di serahkan kepada Allah dengan sempurna. 

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi cun, doa makbul & semua orang maafkan kita & Allah pulihkan pasangan daripada masalah baran. 

4. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa membuang sifat negatif, Bismillah 5 & ayat qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa2 tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, selesai masalah, langsai hutang, terhakis sifat mazmumah, dsbnya. Doa2 ni ada di Fanpage saya ni. Scrol ke bwh hingga jumpa doa2 tu. 

5. Pagar diri dgn Al-fatehah & surah 3 Qul, hembus tapak tgn & sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin & sihir. 

6. Lembutkan hati pasangan dengan Al-fatehah, Surah Al Hasyr: 21-24, Surah Ta Ha 1-5, Ayat qursi & hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang dah di pakai sebelum di cuci. Untuk lembutkan hati sendiri, sedut & telan air liur selepas membaca ayat2 di atas. 

7. Layan pasangan lebih baik daripada biasa agar Allah ubah hatinya & buat dia rasa bersalah melayan anda secara kasar & kurang sopan. 

8. Setiap kali nak masuk rumah atau pejabat, baca Bismillah 3X, senyum, beri salam & masuk dengan melangkah kaki kanan dulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM yang duduk atas pintu daripada masuk kepala & ganggu supaya manusia bergaduh, suami isteri bertengkar, ahli keluarga mudah jadi BARAN, mudah melakukan maksiat, anak2 melawan ibubapa, anak2 bergaduh sesama sendiri, dsbnya. 

9. Setiap kali nak bercakap dengan orang yang baran, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & hembus ke arah org tu jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hati sesiapa agar dapat mendengar cakap atau hujah anda. 

10. Puji dulu sebelum menegur agar tak tercalar egonya. 

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi saw: 

  • Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. 
  • Ya Allah, aku redha dengan segala ujian dari Mu ya Allah 
  • Ya Allah, aku ada masalah dengan pasangan yang baran, tak jaga solat, enggan terima nasihat ya Allah. Kau bantulah selesaikan masalah kami ya Allah. Jadikan dia insan yang soleh, pemaaf, lemah lembut, boleh di ajak berbincang, sayangi keluarga, bertanggungjawab, tidak baran,ELAK BUAT MAKSIAT, dsbnya. 
In Syaa Allah hati akan tenang & doa akan makbul. 

12. Rawat gangguan meta fizikal atau sihir yang ada pada pasangan (jika ada) dengan membaca DOA MANZIL & YAASIIN SEKERAP YANG MUNGKIN. Dapatkan DOA MANZIL daripada mana2 kedai buku Islam. 

13. Tukar penampilan agar lebih ayu dengan tukar fesyen rambut, tukar perfume baru, buat rawatan muka, exercise, tukar warna kegemaran kepada warna yang pasangan suka. Lakukan apa saja mengikut kemampuan kewangan & kemampuan diri. 

14. Tukar hiasan rumah -- recycle langsir, rearrange kerusi meja -- apa saja perubahan agar rumah nampak berbeza. Bila suasana di rumah berbeza, In Syaa Allah pasangan akan mudah berubah ke arah yang positif. 

Cuba amalkan amalan di atas selama 40 hari kerana tabiat baru terbentuk dalam 40 hari. In Sya Allah akan nampak perubahan positif, langkah demi langkah. Selepas istikharah & bincang dengan ahli keluarga yang lain, buatlah keputusan yang muktamad. Moga Allah bantu kita semua. Aamiin, wassalam.
...............................................

Semoga info yang saya kongsikan ni bermanfaat untuk kita semua jadikan sebagai amalan terutama yang berugama Islam agar hidup kita sentiasa tenang dikelilingi oleh insan-insan yang berhati lembut & bukannya insan-insan yang panas baran ('',)

No comments:

Post a Comment