29 October 2014

Mengurangkan Strech Mark

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Korang tahu tak apa itu "Strech Mark"?

Sumber Google
Dalam BM apa yerk?? Kurang pasti sebab orang selalu duk cakap strech mark jer kan :) Strech Mark ni macam rekahan kulit @ kulit pecah. Masalah ini terjadi disebabkan kerana berlakunya regangan kulit di sekitar bahagian perut, betis, peha, lengan, belakang badan dan kawasan sekitarnya. Selalunya dialami oleh ibu yang hamil, ahli bina badan atau mereka-mereka yang mengalami pertambahan atau pengurangan berat badan.

Ada sesetengah orang tak peduli pun masalah ni ada kat badan mereka. Biasanya lelaki lah kan. Hehe.... Tapi bagi kebanyakan kaum wanita, ia sesuatu yang agak merisaukan dan nampak kurang comeii.. Yer ker? Saya pernah mengalaminya sewaktu selepas kelahiran anak pertama. Memang nampak tak comeii, sebab ada kat peha dan betis. Dia jenis merekah dan hitam2 cikit. Memang lah tak tunjuk kat orang sebab auratkan.huhu... Tapi sebab nak cantik untuk suami dan kepuasan diri sendiri nak nampak sentiasa comeii jer kan ('',) tu yang risau melampau...

Macam- macam cara gak buat. Cuba petua lah, sapu cream lah, sapu lotionlah.. Tapi jenis kalau ingat buat. Lupa tak sapu dah.. Jadi malas nak pikir... Abaikan jerlah. Sampailah saya menjumpai ESP. Masa tu ambil minuman ni untuk nak tambahkan susu badan. Yerlah naik semula kerja lepas 3 bulan cuti, susu dah makin kurang pulak.. Tak boleh jadi ni kan. Saya cari alternatif untuk cari apa yang sesuai boleh tambahkan stok susu badan untuk saya menjayakan misi menyusukan anak sehingga 2 tahun.

Masa mula-mula minum tu tak perasan sangat pun strech mark makin kurang. Yerlah sebab lebih tumpukan untuk buat stok susu badan kan. Alhamdulillah memang berjaya! Syukur sangat. Sampai dah nak habis satu tin baru perasan kat peha n betis dah xder kesan hitam-hitam. Tanda merekah tu dah kurang. Wahhh memang teruja masa tu. Syukur alhamdulillah.. Tujuan asal lain dapat benefit yang lain lagi. "Strech Mark" ku dah makin hilang. Ni saya ambil untuk hamilkan bb kedua perut tak merekah sangat. Strech Mark memang tak der...Memang jatuh cinta lah kat ESP ni. Tak minum sehari tak boleh :)

Kalau korang macam tak percaya saya nya cerita ni, boleh tengok testimonial rakan yang lain mengambil ESP mengalami perubahan yang sama macam saya rasa. So, korang fikir-fikirlah yer! 




Tak Mencuba Tak Rasa Perubahannya....

Jika berminat nak cuba ESP untuk mengatasi masalah "strech mark" anda, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pembelian... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan & berikan service yang terbaik! 

23 October 2014

Sumber Makanan Cantik & Cergas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Korang tahu tak sumber makanan utama yang boleh jadikan kulit kita tak kusam? Cantik selalu & cergas sentiasa... Sebenarnya, apa saja makanan yang kita pilih, pengetahuan tentang makanan dan pemakanan amat penting jika matlamat adalah untuk cantik dan cergas.



Sesetengah orang tidak mempedulikan jenis makanan yang diambil setiap hari hingga menghadapi masalah kesihatan serta menjejaskan ketrampilan diri. Tapi, jangan risau masih belum terlambat untuk mengubah tabiat pemakanan anda. Pengetahuan mengenai makanan serta khasiat yang terkandung dalamnya boleh membantu anda secara beransur-ansur menjadi lebih sihat dan pada masa sama, ceria dan cergas.

  • Protein
Kekurangan protein boleh menjejaskan ketrampilan diri kerana menyebabkan rambut bermasalah, kuku mudah pecah dan kulit cepat kendur. Protein penting untuk melawan penyakit kerana antibodi dibuat dari bahan ini. Kekurangan protein menyebabkan tubuh mudah mendapat penyakit dan akhirnya perawakan kurang menarik dan kecergasan menurun.

Selain itu, protein menarik cecair dari tisu dan kekurangan bahan ini menyebabkan muka kelihatan sembab seperti yang biasa berlaku membabitkan perempuan mengandung dan orang tua. Di Barat, kekurangan protein menyebabkan bentuk kaki seperti batang pisang. Protein juga diperlukan kerana membuatkan manusia gembira dan tenang. Sumber protein meliputi pelbagai kekacang dan haiwan.
  • Asid Lemak Perlu
Asid ini diperlukan untuk membuat sel tubuh. Kekurangan akan menyebabkan rambut tidak berkilat dan kulit kering serta kemandulan. Oleh kerana tubuh tidak boleh membuat asid ini, sumber utama asid ini adalah dari minyak sayur-sayuran. Orang yang berdiet untuk menurunkan berat badan boleh membahayakan diri jika tidak mengambil langsung minyak bagi suatu tempoh yang lama.

Antara sumber terbaik ialah minyak ikan yang baik untuk jantung, otak dan mata, tetapi minyak ikan tidak stabil. Minyak sawit lebih stabil kerana tidak banyak ikatan tidak tepu dan boleh digunakan berulang kali.
Pilihan lain ialah mengambil minyak ikan dalam bentuk pil, tetapi orang selalu memikirkan minyak ikan adalah dari ikan iklim sederhana. Pandangan ini tidak betul kerana ikan tempatan seperti patin dan keli mempunyai kualiti setanding.
Bahan Lain

Karbohidrat tidak begitu diperlukan untuk kecantikan, manakala serat penting untuk usus dan membuang toksik dari badan.
Komponen Mikro

Semua jenis vitamin diperlukan sel badan, tetapi ada beberapa jenis vitamin yang mempunyai hubungan erat terhadap kecantikan dan kecergasan.
  • Vitamin A
Antara simptom kekurangan vitamin ini ialah sel kulit mati dengan cepat menyebabkan kulit tidak cantik kerana bertompok dan berbintik. Bahagian bawah kulit mempunyai selaput lendir dan kekurangan vitamin ini menyebabkan selaput ini mati dengan cepat dan kuman pantas membiak. Kesannya mudah menghidap penyakit berkaitan kulit seperti jerawat dan bisul. Penyakit berkaitan saluran pernafasan seperti sakit tekak dan selesema juga mudah diperolehi.

Bagi mengatasi masalah ini, pengambilan vitamin A yang sumbernya adalah haiwan seperti daging, hati, telur, susu dan minyak ikan adalah penting. Vitamin ini berfungsi sebagai antioksidan, malah antara teori untuk merawat jerawat ialah mengambil vitamin A dengan banyak hingga hampir mencapai tahap toksik.
  • Vitamin C
Berfungsi untuk membuat gam antara sel. Kehadiran vitamin ini memberikan kekenyalan dan memutihkan kulit. Vitamin ini adalah antara ramuan krim kosmestik pemutih kulit, tetapi vitamin ini diubah suai kerana sifat semula jadinya tidak stabil.
Vitamin E

Vitamin ini dan rakannya, C, adalah untuk mengekalkan keremajaan. Sumber vitamin ini adalah dari minyak sayur-sayuran, daging dan kekacang. Kita tidak perlu banyak, tetapi lebih banyak lebih baik kerana setakat ini belum ada kes toksik membabitkan vitamin ini. Kajian mendapati, vitamin ini baik untuk mencegah banyak penyakit, termasuk jantung dan kanser.
  • Vitamin B
Vitamin ini adalah untuk kecergasan serta baik untuk mereka yang hidup dalam tekanan yang memerlukan banyak tenaga. Sumber vitamin ini adalah dari haiwan seperti daging dan kekacang, tetapi sifat vitamin B yang tidak stabil, iaitu rosak apabila dimasak terlalu lama serta larut air menyebabkan vitamin ini hilang begitu saja. Sehubungan itu, cara masakan penting dan antara cara mengekalkan vitamin ini ialah dengan daging yang dipotong selepas dibasuh terus disimpan dalam peti ais dan apabila hendak dimasak, terus dimasukkan dalam periuk.Kekacang seperti kacang tanah dan dal direndam terlebih dulu antara tiga jam hingga semalaman kerana kekacang yang bertindak balas seperti hendak bercambah akan meningkatkan paras vitamin ini.
Mineral
  • Kalsium
Mineral ini mudah diperolehi dari tumbuhan atau susu. Di Barat, ibu bapa memberikan susu kepada anak untuk meningkatkan ketinggian anak-anak. Susu asli lebih baik, tetapi susu tepung sekarang semakin berkualiti dan boleh diambil sebagai sumber kalsium. Sumber lain adalah dari tulang dan sirip ikan yang boleh digoreng rangup.
  • Zat Besi
Kekurangan mineral ini menyebabkan seseorang itu kelihatan pucat dan lesu. Zat besi bertugas untuk membuat sel darah merah dan kekurangannya menyebabkan menyebabkan penerimaan oksigen menurun. Wanita yang kehilangan banyak darah ketika haid jika tidak cukup makan daging akan kelihatan pucat, letih dan cepat marah.


"Happy Sharing"

Terima kasih kerana sudi membaca diblog ini!

Minuman Hilangkan Haus & Melembabkan Kulit Anda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Biasa waktu panas korang suka minum air apa yer? Dah tentu air yang sejuk kan? Saya nak syorkan pada korang minuman yang boleh menghilangkan haus di waktu panas. Memang sedapp & memberi tenaga juga. Malah boleh melembabkan kulit sekali dan memberikan impak anda kelihatan muda :)

Jom lah cuba minuman Performance Drink...


Nak tahu tak apa manfaat utama minuman yang best ni? kat bawah ni antara manfaat yang boleh kita dapat bila minum minuman Performance Drink

Meningkatkan Daya Ketahanan Badan
Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal
Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh, Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan trpika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.

Mencegah Penyahhidratan
Mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.

Mengekalkan Paras Gula
Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Minuman ini sangat sesuai untuk :

1) Para Atlet
2) Mereka yang berpuasa
3)Sebelum dan selepas pembedahan
4) Tidur lewat malam
5) Sesiapa yang keletihan
6) Penyahhidratan otot dan kulit
7) Vagina yang kering
8) Cirit-birit
9) Tiada selera makan
10) Rendah paras gula
11) Kepeningan 
12) Dan sebagainya

Jika rasa-rasa berminat nak mencuba produk ni, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan kesihatan terbaik anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan & berikan service yang terbaik! 



21 October 2014

" First Segmen : Jom Tambah Kawan ! by Lieya Yaya "

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Baru berkesempatan nak join segmen "Jom Tambah Kawan! by Lieya Yaya". Hari ni tarikh tutup 21 Oktober 2014 6petang :)


Jom tambah kenalan : Facebook, Twitter, Istagram

Saya tag

Cara Mengurangkan Komplikasi Semasa Meneran

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….


Saat- saat menunggu masa untuk melahirkan bayi pasti ada ibu yang risau, cemas memikirkan bagaimana keadaan semasa meneran bayi nanti bukan. Saya adalah salah seorangnya :) Sebab masa anak pertama dulu saya terpaksa melahirkan bayi secara pembedahan kerana ada sedikit komplikasi. Bayi saya tidak cukup pernafasan. Jadi saya tiada pengalaman untuk meneran bayi. Jadi, untuk bayi kedua ni saya mencari info-info yang boleh membuat persediaan awal untuk mengurangkan komplikasi sewaktu meneran. Mana lah tahu untuk bayi kedua ni saya berpeluang untuk melahirkan secara normalkan.. Mudahan saya diberi kesempatan itu. InsyaaAllah jika diizin olehNya.. Kita hanya mampu berdoa kan. Tapi tak salah mencari inisiatif mencuba apa-apa tips yang boleh kita cuba untuk cuba melahirkan bayi secara normal :) 

Selepas mencari info-info di pakcik google, baru saya tahu rupanya kalsium ni adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil untuk kurangkan komplikasi. Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua. Wahh takut kan dengar!

Menurut kata Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad "Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain'.

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.

Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak.

Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Saya yakin ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

Jika ada ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu,saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.

Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi.

Diet Sumber Asli

Walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal. Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi. Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Malah pra-eklampsia juga berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis. Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.

Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan Kalsium

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus. Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi.

Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

Edit Sumber: Kosmo & aleesalittlezone.blogspot.com

Bagi saya yang berkerjaya ni suka ambil inisiatif mengambil pil kalsium. Sebab senang dan ringkas untuk melengkapkan kalsium yang saya perlukan untuk menampung keperluan diri & bayi. Kadang-kadang terlupa nak ambil makanan yang berunsurkan kalsium ni. Jadi saya memang serasi ambil kalsium dari produk Shaklee sejak saya menyusukan anak saya yang pertama lagi. Memang berkesan, alhamdulillah. Kalau saya tak ambil pil kalsium ni selepas bangun tidur keesokan hari pasti akan mengalami sakit pinggang dan kaki mudah kejang walaupun ada ambil susu pada hari tersebut. Mungkin susu yang saya minum tak dapat menyerap sepenuhnya kan. Yerlah minum setakat 1-2 cawan. Ikutkan artikel kat atas tadi ibu hamil perlukan 1 liter susu. 

Jadi saya memilih Ostematrix dari produk Shaklee. Sebab jika ambil 4 biji ostematrix telah menyamai lebih kurang 1liter susu. Lengkaplah kalsium saya seharian. dah tak perlu nak minum susukan :)


Lagi satu Ostematrix bukan hanya sekadar kalsium sahaja. Ia membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan. Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet. Itu yang bestnya ambil kalsium dari Shaklee ni. 


Saya nak bagi tips, sebelum korang nak beli pil kalsium korang tengok dulu tau bahan-bahan yang ada dalam pil tersebut. Pastikan pil tersebut mengandungi kalsium yang mencukupi dan lengkap sekali magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh badan kita!

Saya dah memilih pil kalsium yang lengkap semua tu dalam Ostematrix. Alhamdulillah berkesan dengan saya semasa hamil dan menyusukan anak. Anda bila lagi??

Jika rasa-rasa berminat nak mencuba produk ni, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan kesihatan terbaik anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan & berikan service yang terbaik! 


16 October 2014

Hari Makanan Sedunia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Korang tahu tak hari ini adalah "Hari Makanan Sedunia"


"Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 
menyambut Hari Makanan Sedunia pada 16 Oktober setiap tahun, 
iaitu hari penubuhan Pertubuhan ini pada tahun 1945."

Saya baru tahu pada hari ini adalah hari makanan sedunia lepas dengar radio HOT HM pagi tadi... Nampak sangat tak selalu nak ambik tahu info dunia kan..hehe...

Mula-mula saya ingat "Hari Makanan Sedunia" ini adalah untuk menyambut Pesta Makanan. Hasil carian di google dan mendapat tahu info sebenarnya baru tahu "Hari Makanan Sedunia" bukan meraikan pesta makanan yer. "Hari Makanan Sedunia" ni sebenarnya diadakan bagi memberi kesedaran kepada pelbagai masyarakat di seluruh dunia bahawa masih terdapat lagi segelintir penduduk yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan makan yang secukupnya. Maksudnya, masih terdapat penduduk di dunia ini yang masih mengalami krisis kebuluran. Antaranya Korea Utara, Uganda, Zimbabwe, Somalia, Afrika Timur dan Kenya.

"Hari Makanan Sedunia" bukan sahaja disambut kerana betapa pentingnya makanan kepada kita tau , tetapi juga sebagai medium untuk meningkatkan kesedaran kepada kita kepada masalah kebuluran yang masih lagi berlaku di dunia ini sehingga kini.


Saya mengajak kawan-kawan semua marilah kita beringat bersama-sama, jangan asyik nak makan sedap jer, bila dah kenyang kita main buang je baki makanan yang tinggal walaupun baki tu masih cukup untuk seorang lagi makan! Peringatan ini untuk saya bersama juga, janganlah membazir makanan dan makanlah makanan yang berkhasiat demi kesihatan diri sendiri. 

Kita patut bersyukur di negara kita, Malaysia ni kebanyakkannya masih mampu untuk makan makanan yang secukupnya. Jadi, jangan lupa pada negara lain atau ada lagi segelintir masyarakat di negara kita yang masih terpaksa bertarung nyawa demi secubit makanan... Ingat yer, jangan membazir makanan tau. Sayangi makanan anda, rasa-rasa tak boleh nak habiskan makanan tu jangan ambil sekali banyak. Makanlah ikut kuantiti kemampuan kita. 

"Selamat Menyambut Hari Makanan Sedunia"

Happy Sharing!

15 October 2014

Minuman Protein Binaan Utama Kesihatan Jangka Panjang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Petang-petang ni nak sharing story pengenalan saya mengenali ESP Shaklee. Korang nak dengar tak? Harap korang suka nak baca cerita saya. Saya cerita berdasarkan pengalaman. Maybe ada di luar sana yang masih tak tahu apa itu ESP ni kan. Keistimewaan minuman ni. So jom layan baca cerita ni :)

Semasa saya mengenali Shaklee pada tahun 2011, saya tak pernah nak ambil tahu pun pembuatan soya shaklee macam mana. Yang saya tahu saya perlukan minuman ESP untuk mencapai misi penyusuan anak saya Irdina Nor Syahmi sehingga 2 tahun. Alhamdulillah, saya berjaya! Saya tahu serba sedikit tentang ESP pun melalui hasil carian google. Yerlah nak tahu cara macam mana nak tambahkan kuantiti susu badan untuk beri pada anak saya. Carian saya di google ramai mengatakan suplemen Shaklee boleh membantu. Jadi tak salah kalau saya ingin mencubakan... Alhamdulillah, memng tak menyesal saya mengambil suplemen Shaklee terutama ESP ni. Minum pertama kali terus jatuh cinta... haha..ayat poyokan ('',) Korang layan kan jerlah yer cerita ni sampai habis. Harap tak termuntah..hihi.. Tapi seriously bila konsisten ambil, banyak benefit lain yang saya rasa. Antaranya yang saya perasan jarang dah timbul masalah kulit berjerawat di muka & badan, kulit nampak lebih ok dari dulu, badan tak gemuk sangat (sekarang dah chubby lah sebab hamilkan..hehe), beri tenaga, rambut lebih sihat, strech mark kat betis makin kurang, dan macam2 lagilah... Belum lagi cerita bab dalaman kan... Tu tak yah cerita lah. Korang dah cuba dan rasa baru tahu sendiri. Memang tak menyesal cuba. 

Bukan saya seorang jer yang akui. Kang orang kata saya syok sendiri pulak rasa apa perubahan pada diri sendiri kan. Tapi bila tanya kawan-kawan dan pengguna ESP Shaklee yang lain rupanya diorang pun merasai perkara yang sama macam saya. Macam mana boleh tahu tu sebab kitorg ada group eklusif untuk customer shaklee.. Ramai lah sharing tukar-tukar cerita apa diorang rasa lepas menggunakan suplemen shaklee. Tu yang tahu ramai rupanya yang suka dengan ESP ni. Ingat saya jer sorang kan.. Kot2 perasan diri ni tercantik dari dulu..hehe.. Tak khesah lah apa orang nak kata kan, yang penting kita cantik untuk suami dan anak2 kita. Baru lah rasa level confident tu tinggi cikit. Betul tak?? ESP ni  bukan boleh minum kosong jer tau. ada banyak resepi lain. Macam-macam resepi saya dah cuba minum dengan ESP. Memang sedappp & kena dengan tekak saya. Kalau korang beli dengan saya.. Saya akan kongsi resepi2 tu ok :) Ada lah beberapa resepi saya dh letak kat blog ni. Korang boleh cari.


Nak jadikan cerita, pada 18/10/2011 saya join jadi ahli Shaklee. Masa tu tak tahu sangat lagi macam mana cara pembuatan soya Shaklee ini. Sampailah timbul isu yang tak sedap nak dengar tentang keburukan soya ni. Barulah duk mengkaji betul ker? Tapi kenapa semenjak kuminum ESP ni macam makin ok jer kesihatan badan. Google punya google, gali punya gali barula tahu ESP shaklee diperbuat dari soya non-GMO. Salah satu perbezaan ESP jenama Shaklee berbanding soya jenama lain adalah soya shaklee dibasuh dengan menggunakan air bukannya alkohol yang boleh menyebabkan isoflavanes didalam soya termusnah. Kebanyakan jenama soya di pasaran dibasuh menggunakan alkohol sebelum diproses. Alkohol ini menyebabkan isoflavanes didalam soya termusnah. Sedangkan isoflavanes ini lah yang penting dalam pencegahan kanser. Kalau ada yang kata makan soya punca kanser, memanglah betul sebab soya yang dah diproses dah tiada khasiat isoflavanes. Tapi ESP Shaklee berbeza. Soya Shaklee dibasuh menggunakan air untuk mengekalkan isoflavanes, genistein dan daidzein dan juga keseluruhan kebaikan soya. Sebab itu saya yakin dengan ESP Shaklee!

Alhamdulillah, tak menyesal pilih ESP jenama Shaklee sebagai protein suplemen harian saya. Ada satu fakta yang menarik yang korang perlu tahu tau. Syarikat Shaklee adalah merupakan syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang...





Info tambahan

  • Isoflavanes- merendah kolestrol,mencegah risiko osteoporosis dan kanser.
  • Genistein- mengekang pertumbuhan kanser.memusnahkan radikal bebas.Baik untuk pemulihan uterus,ovari,menopos.
  • Diadzein- anti tumor,pankreas,anti estrogern berguna untuk wanita menopos.


Masih belum terlambat untuk anda mencuba protein terbaik ini sementara masih promosi untuk bulan Oktober ini. Jadi bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan protein anda hari ini dengan harga yang lebih jimat dari bulan bulan yang lain. InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan & berikan service yang terbaik!