21 September 2012

Rahsia Kecantikan Ayu Raudhah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Petang ni nak kongsi cikit pasal kecantikan salah seorang artis kita Ayu Raudhah...mesti anda semua kenalkan?? saya adalah salah seorang peminat dia :) suka lakonan dia...banyak melakonkan watak yang ayu2 gitu...ala-ala perempuan melayu terakhir....suka gambar dia yg bawah ni...cantik sangat...

Ayu Raudhah |sumber google|
Nak tahu apa rahsia minuman kesihatan beliau? Ni ayat beliau dari Harian Metro 2 Mei 2011...


______________________________________

"Menyentuh tentang pemakanan, Ayu kurang mengambil nasi dan sangat mengawal makan. Disebabkan berat badannya mudah naik jika tidak dijaga, Ayu perlu mengambil jumlah makanan pada kadar sedikit. 

“Selain mengawal pemakanan, saya turut mengamalkan minuman kesihatan iaitu sirap Shaklee,” katanya. 

Untuk mengekalkan bentuk badan menarik, Ayu turut melakukan senaman bangkit tubi sebanyak 50 kali sebelum tidur."
________________________________________

Jika anda semua nak tahu sirap Shaklee tu ialah VIVIX...

Ni lah rupa sirap Shaklee

Vivix ialah Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.


Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Jika anda berminat ingin mencuba minuman Vivix ini, anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui info lebih lanjut lagi... Saya sudi membantu anda!




Tips Hilangkan Stress!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….


Sebelum saya bagi tips hilangkan Stress ni meh kita dengar intro ni kejap..Semalam kat opis dikejutkan dengan berita warga KPM mati terkejut dengan kepalanya bersarung dengan plastik...Sedih dengar berita tu...Dengar ceritanya dia banyak tekanan...masalah dalaman...bahaya kan kalau kita pendamkan perasaan..terlalu memikirkan sesuatu perkara...Apa2 pun..marilah kita berdoa & sedekahkan Al-Fatihah.... Mudah2an arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman...aminnn..

Harap anda semua sihat sentiasa dan tidak stress erkk...Stress ni adalah satu reaksi dari tubuh badan seseorang yg menghadapi bnyk masalah dalam kehidupan seharian.Contoh masalah yg biasa dihadapi oleh kita semua seperti masalah kewangan, hutang yg banyak, perbalahan keluarga, masalah tempat kerja dan lain-lain...Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata malah punca tekanan itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , roh, nafsu dan akal.

Jika kita beragama Islam...kita hendaklah percaya bahawa stress tu ialah ujian dari Allh s.w.t kepada hambanya..Jadi jika kita mengalami stress kita hendaklah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t...berdoa kepadaNya mudahan kita ditemukan jalan utk menyelesaikan segala masalah yg kita hadapi...


Doa boleh tenteramkan jiwa kita...


Surah Al-Baqarah(2):155

Firman Allah yang bermaksud:

“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.

--------------------------------------------------------------------------------

Mari kita amalkan tips2 dibawah untuk menghilangkan stress :-

1. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, kitab agama
2. Memperbanyakkan solat, zikir
3. Beriadah dan bersukan
4. Mengawal diet
5. Mandi air suam
6. Berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai
7. Bersedekah
8. Bersyukur dengan apa yang diperolehi (redha)
9. Muhasabah diri (penyucian minda – ingatkan mati, nilai semula pegangan, minta bantuan dari pakar / ahli agama)
10. Berehat, bercuti dan bersantai
11.Selalu tersenyum

Pesanan dari saya...

Setiap manusia di muka bumi ini tidak terlepas dari ujian hidup. Jadi, yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat anda perlu tabah dan redha menghadapi segala ujian dari Nya. Jangan kita cuba menyendiri bila kita stress..Jika kita menyendiri seorang diri , kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan dan bunuh diri. Jadi, atasi stress segera dengan bertenang & berfikiran positif untuk kehidupan yang lebih sihat.

19 September 2012

Nutrisi Penting Bagi Ibu Hamil

sumber google

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Hari ini saya nak kongsi tentang panduan pemakanan tambahan/nutrisi bagi ibu yang hamil…Perasan tak bila wanita disahkan hamil, doktor akan bagi beberapa vitamin untuk memastikan wanita yang hamil serta kandungannya memperolehi zat & nutrisi yang cukup.

Untuk pengetahuan anda, dalam tempoh kehamilan tubuh kita memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu.

  • Protein 
Diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Sel terbina dari protien. Tanpa protein, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut. Jelasnya, kehamilan memerlukan kehadiran protein untuk bina sel.

  • Multivitamin yang lengkap dengan zat besi 
Demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin. 

  • Vitamin B-Complex yang lengkap dengan folic acid 
Pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur. 

  • Vitamin C 
Pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi. 

  • Kalsium 
Kalsium amat penting lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan bagi memastikan bayi yang bakal lahir mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan. 

  • Omega 
Asid Lemak Omega 3 juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan sel otak dan retina bayi. Ikan laut dalam (Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya. 


Cadangan Vitamin Shaklee Bagi 
IBU HAMIL

  • Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Vita-Lea nie adalah multivitamin. So, bila dah ambil nie tak perlu ambil Obimin ya. Ia juga membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
  • B Complex : Jika ambil B Complex dari Shaklee tak perlu ambil acid folic dah, kerana B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
  • Vitamin C : Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh. Vitamin C juga adalah sumber kolagen jadi, boleh mengurangkan stretch mark effect.
  • Ostematrix :  Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu yang hamil perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari . Jadi, kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang kuat & sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
  • Energizing Soy Protein :  rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga berterusan supaya ibu hamil tak cepat letih, selain mencantikkan kulit & mengurangkan stretch-mark effect.
  • Omega Guard : Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Omega ini penting untuk pembentukan otak & mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jika anda berminat untuk mengambil nutrisi seperti di atas boleh menghubungi saya untuk info lebih lanjut tentang panduan supplement yang sesuai. Saya sudi membantu anda!





13 September 2012

Sawan Beranak (Eclampsia)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Petang ni macam mana mood anda?ok ke xok? Korang pernah dengar tak perkataan eclampsia?? saya dulu xpernah dengar pun...saya dengar perkataan tu masa saat2 saya nak lahirkan puteri saya...Saya hampir-hampir nak kena penyakit tu...kira pra-eclampsia lah...tapi Allah maha pengasih & berkat doa mak ayah, suami serta keluarga... Alhamdulillah, saya selamat melahirkan puteri saya Irdina Nor Syahmi :)  Bila ingat2 balik kenangan tu..mmg sukar nak dilupakan..semenjak dari tu lah saya ada kesedaran jaga pemakanan & kesihatan saya...In Shaa Allah, jika pregnant 2nd baby tak nak jadi kes mcm 1st baby dulu...

Eclampsia ialah nama sains atau dikenali dgn nama Sawan Beranak..Penyakit ini adalah sejenis penyakit yang puncanya masih tidak diketahui sehingga kini. Sawan beranak sering dikaitkan dengan kehamilan anak sulung. Sungguhpun begitu, sawan beranak tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menyebabkan maut kepada ibu dan bayi, sekiranya serangan berlaku secara kerap.


Sawan atau eclampsia fits berlaku apabila saluran darah dalam otak pecah dan menyebabkan pendarahan serta kerosakan organ-organ dalaman yang lain seperti jantung dan saluran pernafasan. Masalah organ-organ yang tidak berfungsi inilah yang ada masanya membahayakan wanita hamil dan boleh membawa maut.

Pendedahan awal penting kepada wanita hamil dan juga orang-orang di sekitarnya. Sekiranya wanita hamil di serang sawan semasa di rumah, hendaklah segera dikejarkan ke hospital. Orang-orang di sekitar wanita hamil harus peka dan tahu bagaimana caranya untuk menyelamatkan mereka. Hal ini kerana, pesakit akan menjadi tidak sedarkan diri sepanjang diserang sawan. Kebiasaannya, pesakit akan menelan lidah mereka sendiri yang akan menyebabkan kerongkong tertutup dan menyukarkan pesakit untuk bernafas. 

Oleh itu, pastikan pesakit tidak menggigit lidah mereka. Letakkan sesuatu dalam mulut pesakit seperti sudu untuk mengelakkan mereka menggigit lidah sendiri.

Bagaimana dengan bayi dalam kandungan?

Menyelamatkan bayi bergantung kepada beberapa faktor seperti usia kandungan ketika serangan sawan berlaku. Jika kandungan kurang dari 7 bulan, kemungkinan bayi dapat diselamatkan amat rendah. Selain itu, berat bayi juga turut mempengaruhi proses menyelamatkan bayi. Berat bayi harus melebihi 5 paun dan akhir skali ialah sepantas mana kita mampu menyelamatkan bayi dalam kandungan. Apapun cara terbaik untuk menyelamatkan bayi adalah dengan menggunakan kaedah pembedahan 'caesarean' secepat mungkin.

Tanda-tanda Awal Sawan Beranak
  • Kenaikan berat badan secara berlebihan semasa kehamilan. Purata kenaikan berat badan sepanjang tempoh mengandung selama 9 bulan ialah 15-16 kg. Kenaikan berat badan mendadak selepas kandungan 6 bulan.
  • Kaki membengkak (edema). Kaki membengkak semasa kehamilan menunjukkan kandungannya sihat, tetapi jika disertai dengan penyakit darah tinggi dan air kencing mengandungi albumin maka bengkak kaki tersebut adalah tidak normal.
  • Tanda-tanda lain adalah seperti pening kepala, sakit pada ulu hati, pitam serta gangguan penglihatan.
Rawatan Dan Pencegahan
  • Wanita hamil harus mengawal diri dari makan makanan mengandungi gula, kanji dan lemak.
  • Rehat dan tidur secukupnya merupakan terapi yang paling baik untuk ibu hamil.
  • Jauhi diri sebarang situasi yang membolehkan anda berasa tertekan.
  • Hindari diri dari melakukan kerja-kerja berat kerana boleh memberi tekanan fizikal kepada si ibu.

Dari pengalaman saya sendiri, saya nasihatkan pada ibu-ibu yang hamil terutama anak sulung..yg tiada pengalaman melahirkan bayi..jagalah kesihatan diri dan kandungan sebaik2nya...pemakanan kita harus kita jaga...kawal berat badan kita semasa hamil..jangan pikir kita berbadan dua kita boleh belasah jer makan banyak2 yer...Ingat tau kawan-kawan!! hihi..dah macam cara upin ipin nasihat kat orang lak..huhu..bak kata pepatah "Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati". Itu sahaja dari saya untuk kali ini. Lain kali saya kongsi pula apa makanan tambahan yang bagus utk ibu-ibu hamil erkk...

12 September 2012

Tips Memilih Kolagen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Anda tahu tak apakah kolagen? Kolagen merupakan protein yg paling byk terdapat di dlm badan manusia. Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dlm tahap kulit yg sihat. Tahap kolagen yg sihat menyerlah rupa yg sihat dan menampilkan susuk tubuh yg muda :)

Sebab dan kesan kehilangan Kolagen? Semakin usia kita meningkat, kolagen dlm badan kita semakin berkurangan. Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan lain seperti :-
  • Kulit berkedut, kering dan melayut
  • Kuku rapuh dan tidak kukuh
  • Rambut halus dan gugur
Kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan! Pengambilan tetap makanan tambahan kolagen dpt menggantikan kolagen yg hilang dan memelihara kulit. Faedah2 makanan tambahan kolagen termasuk dapat menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis2 halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

Halangi tanda awal penuaan dgn memperlahankannya melalui pengambilan suplemen kolagen. Jika anda ingin mempunyai kehidupan yg hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yg mencukupi...

Anda tahu macam mana nak pilih kolagen yang baik tak? Saya nak kongsi 8 tips memilih kolagen... 

  1. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan 
  2. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat. 
  3. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan. 
  4. Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan 
  5. Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri 
  6. Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point) 
  7. Pastikan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin. 
  8. Last but not least, pastikan ia selamat dan tidak bertoxin 
___________________________

Alhamdulillah.. kolagen pilihan hati saya cukup syarat panduan... dan ianya terbaikk dari Shaklee Collagen Powder..terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah selepas menggunakan selama 8 minggu (proven with clinical studies)





Shaklee Collagen Powder merupakan supplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yg berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak drpd sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Perbezaan Shaklee Collagen 

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dlm satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan dimana saja...

Sesuai bagi orang bekerjaya yang ingin cepat, mudah & senang...


|Sumber : mamafaiz & Buku Shaklee Collagen Powder|


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jika anda berminat ingin mencuba Shaklee Collagen Powder ini, anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui info lebih lanjut lagi... Saya sudi membantu anda!



05 September 2012

Kegunaan Basic-H Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Mesti tertanya2 kan? Apa erkk BASIC H? Tak pernah dengar pun...hihi..So, saya nak beri penerangan sedikit tentang produk yang memang wajib perlu ada di rumah saya... KENAPA??? 


Ni dia rupa Basic H :)
Basic H ni ialah pencuci serbaguna.. mmg skarang ni ada mcm2 pencuci serbaguna tapi Tahukah anda semua..kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan...takut x dengar :)

.........Tapi dengan BASIC H.. anda akan selamat kerana tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda....

Di bwh ni antara sebahagian dariada 1000 kegunaan Basic H 
(yg dikongsi oleh MommyLyna)


Sebagai pencuci
  • Cuci tandas, cuci lantai, cuci dinding, cuci pinggan
  • Cuci kesan gris dan minyak
  • Rendam baju especially baju baby. Rendam 4-5 hari pun tak berbau
  • - bilas tudung
    - basuh botol susu dan segala botol
Merendam sayur & buah
  • Bukan sahaja memisahkan bendasing dari sayur/buah, tapi juga meneutralkan pestisid dan pengawet yang digunakan terhadap sayuran/buah tersebut
Kegunaan keluarga
  • Ubat ulser mulut. Celupkan basic-H menggunakan putik kapas & letakkan pada bahagian ulser.
  • Memandikan bayi dan kanak-kanak (thanks to Ibu Kauthar).
  • Ubat gigi. Titikkan 2-3 titik Basic-H ke atas berus gigi dan berus seperti biasa.
  • Untuk tuam semasa demam. 
  • Mandikan anak2 dengan Basic-H untuk menghalang gigitan nyamuk (thanks to Ibu Kauthar).
  • Sebagai pencuci tangan.
  • Digunakan kepada anak-anak yang menghidap ekzema
Berkebun (gardening)
  • Air siraman tumbuh-tumbuhan yang ‘berkhasiat’. Titiskan beberapa titik ke dalam botol spray yang diisi air biasa dan spray ke pangkal pokok-pokok di taman.
  • Sebagai penghalau serangga perosak. Sama seperti cara di atas cuma sembur ke bahagian batang dan daun.
  • Basuh tangan dengan Basic-H sebelum memulakan kerja berkebun.

Kegunaan rumah
  • Menghilangkan bau busuk ikan. Cuma spray saja ke dalam tong ikan.
  • Titikkan setitis ke dalam seterika stim bagi menjaga kebersihan bahagian dalamnya.
  • Membersihkan kesan getah/gula2 getah.

Sangat banyak kegunaan Basic-H ini. Kalau nak list tak larat dah. Basic-H juga dikenali sebagai pencuci 1001 guna. You’ll know when you have it in your home. Dah tak perlu benda lain lagi dah. Anda boleh gak baca di sini untuk mengetahui tentang Basic H yang lain....


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jika anda berminat ingin mencuba Basic-H ini, anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui info lebih lanjut lagi... Saya sudi membantu anda!



28 August 2012

Kelebihan Lecithin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Petang ni nak cerita cikit pasal Lecithin..lepas2 raya ramai nak cari vitamin untuk buang lemak...hihi..salah satu produk dari Shaklee yg glamour untuk buang lemak ialah Lecithin...Lecithin ni memang terkenal sebagai pemecah lemak..tu yg ramai suka tu.. Lecithin ni bebas kolestrol....Bagi yg beli Lecitin bertujuan utk mengawal berat badan.. boleh ambilnya selepas heavy meal.. 6caps/day..Oh ya... dan yg bonusnya..

Lecithin ni ada banyak fungsi lain selain pemecah lemak..Mari kita baca apa lagi kelebihannya :-



1) lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.

2) lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.

3) lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.

4) lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.

5) lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf.

6) lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.

7) lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.

8) lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).

9) lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.

10) lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS.

sumber



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Jika anda berminat ingin mendapatkan suplemen Lechitin ini, anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui info lebih lanjut lagi... Saya sudi membantu anda!