26 August 2014

Tips Menghadapi Anak Demam!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua..... 

Petang ni saya nak kongsi tips menghadapi suasana Anak Demam.... Ini adalah pengalaman saya sendiri kerana inilah pertama kali anak saya demam melebihi 3 hari semenjak dia lahir. Ini mungkin disebabkan dia menyusu badan sehingga 3 tahun menyebabkan dia jarang demam. Tapi bila dia di uji dengan dengan demam panas, hanya Allah sahaja tahu betapa risau hati seorang ibu & ayah bila anak kita sakitkan... Mana tahu info ni dapat digunakan oleh kawan-kawan...

1) Perkara wajib perlu ada dalam rumah ialah sediakan "first aid kit" seperti termometer digital, Cool Fever & Basic H (atau asam jawa, atau apa2 yang boleh digunakan untuk jerlum kepala & badan anak).

2) Sentiasa sukat suhu badannya bila dia mula menunjukkan ciri demam.. Pastikan jangan melebihi 38 degree. Jangan pakaikan stokin atau selimut tebal. Pakaikan pakaian nipis yang tak diserap haba. Lapkan badannya terutama di bahagian yang memerangkap panas seperti pelipat lutut, pelipat siku, bawah ketiak, leher.

3) Rutinkan anak dengan suplemen untuk kuatkan imuniti tubuhnya seperti Vit c Chew & Mealshakes. Ini bagi anak yang dah lebih setahun, jika masih bayi menyusu dengan susu ibunya adalah terbaik, InsyaaAllah.

4) Pastikan anak minum air masak. Kalau dia tak nak minum (pahit mulut) boleh berikan anak anda air jus atau ribena yang tidak mengandungi kafein & terlalu mains. Yang penting dia kerap minum supaya panas dalam badan dapat keluar. Boleh juga beri alternatif lain beri minum air kelapa atau air isotonik seperti Performance Drink.

5) Jika anak demam melebihi 2 hari bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan jika suhunya telah mencapai 38 degree. Jika suhu melebihi 38.5 degree pastikan masuk ubat bontot (Voren) untuk elakkan anak terkena sawan.

6) Jika demam melebihi 5 hari buat pemeriksaan semula dengan doktor. Jika doktor menasihatkan perlu membuat ujian darah. Jangan risau atau panik. Jalani sahaja ujian tersebut untuk memastikan anak kita bebas daripada sebarang jangkitan kuman atau denggi.

7) Disamping ubat yang diberikan oleh doktor saya berikan anak saya Nutriferon semasa mereka demam. (Nutriferon bagus untuk membunuh kuman dalam badan & mengaktifkan sistem pertahanan imun badan dengan cepat)

8) JANGAN BERI ANAK UBAT ORANG DEWASA ATAU UBAT TERKAWAL SEPERTI ANTIBIOTIK. Antibiotik hanya boleh diberi jika doktor telah membuat rawatan dan diberikan oleh doktor untuk keperluan anak.

9) Banyakkan berdoa & solat hajat minta Allah sihatkan anak kita. Elakkan dari berburuk sangka dengan Allah. Anak demam adalah tanda Allah sayang..Jangan bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Kalau dia lihat ibunya sedih, dia lagi sedih.... Jadi kita sebagai ibu bapa perlu kuat semangat.

10) Doakan yang baik2 untuk anak kita... Doa ibu makbul.. Janganlah doa biar sakit anak berpindah pada ibu. Nanti ibu sakit, siapa pula nak jaga anak... Jadi, mintalah supaya anak cepat sembuh dan ibu diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk menjaga anak yang sakit....


Alhamdulillah, dengan izin Allah hari ke-7 anak makin sihat... Syukur sangat... Mudahan anak ibu & ayah makin sihat sepenuhnya dan menjadi anak dan kakak yang lebih kuat untuk adik yang bakal lahir nanti, InsyaaAllah....

No comments:

Post a Comment