28 August 2012

Penyebab Perut Buncit!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Kawan-kawan masih dalam mood raya lagi kan? Jadi, di kesempatan ini saya nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri"...Maaf Zahir & Batin...

Mesti raya ni korg makan bnyk kan??hihi..biasalah tu...sama lah mcm saya...huhu...raya kan setahun sekali..so ni lah peluang kita untuk makan makanan sedap2..tul x? masalah perut buncit ni mmg masalah yg selalu kaum hawa risaukan...tul x kwn2? yerlah bkn jer kelihatan xcantik malah lebih ketara jika kita berpakaian yg tidak bersesuaian...lemak cini lemak sana..mmg malukan...

So, kat cini saya nak kongsi cikit apa Makanan penyebab perut buncit ;)




Kalau nak tahu senaman jer xcukup tanpa kawalan makanan yg boleh menyebabkan perut kita buncit...perlu hati2 dgn makanan & minuman ini demi utk elak perut buncit :)

1) Garam
- pengambilan garam secara berlebihan bukan berisiko dpt tekanan darah tinggi malah boleh menyebabkan badan kita 'mengikat' banyak air. Ia boleh membuatkan badan lesu, penampilan x menarik dan berat badan bertambah kerana peyerapan air dalam badan yg banyak...

2) Karbohidrat
- otot memerlukan karbohidrat utk bergerak kerana dlm badan, karbohidrat diubah menjadi glikogen. Dikatakan per gram glikogen mengandungi 3gram air. Jadi, utk hidup lebih sihat, hadkan diri kita x terlalu 'jatuh cinta' pada makanan yg terdiri dlm kategori karbohidrat supaya bdn x mengalami kenaikan berat badan... Lebih baik jika kita lengkapi dgn senaman yg teratur utk bakar lemak dan buang air (glikogen) hasil dari karbohidrat itu.

3) Bergoreng
- Makanan bergoreng adalah sumber makanan yg kaya dgn lemak. Makanan berlemak akan dihadam lebih lambat sehingga ia mengumpul di bahagian dalam perut.  Lemak yg baik bg badan adalh MUFA (Monounsaturated Fatty Acids) yg berfungsi utk hancurkan lemak2 di perut. MUFA bnyk terdapat dlm minyak zaitun, kekacang, avocado dan dark chocolate.

4) Minuman Berkarbonat 
- minumam ni glamor waktu raya coz cepat & senang disedikan..tul x? ciri2 utama minuman berkarbonat adalah gas2 (gelembung) yg terdapat di dalamnya. Tahu x mana pergi gelembung2 tu ketika kita meminumnya?? nak tahu kat mana? sudah semestinya dia pergi kat bahagian perut kita ;) belum lagi jumlah gula yg ada dlm air tersebut akan membuatkan kita berisiko alami diabetes pulak !

Kenapa agak susah nak buang lemak2 kat perut erkk?? Semua salahkan lemak  di perut kerana ada sebab2 tertentu yg anda lupakan ketika jalankan program diet...Agak2 ap kesalahan tu...Mari kita lihat adakah kita ada lakukan...

1) Pulang Kerja 'Lepak' Di Depan TV

Pernah x kita balik jer keja terus ambil makanan atau snek sambil menuju ke ruang tamu.. habiskan makanan tersebut sambil tonton TV. Tanpa kita sedari jumlah hidangan makanan malam yg sepatutnya sedikit menjadi hampir sama dgn jumlah makanan waktu tgh hari. University Of Oulu mengatakan mereka yg melakukan kebiasaan spt ini akan membantu meningkatkan 10% lemak di perut bahkan 10% ini akan bertambah dlm jangka masa 2jam.

Bagi yg tidak menghabiskan makanan smbil tonton TV pada waktu malam @ lakukan senaman ringan ketika iklan TV akan bantu kurangkan lemak di perut.

2) Ketagihan Makanan Ber'tepung'

Jika kita selalu sarapan dgn roti, mungkin agak sukar utk kita tukarkan dgn  makanan lain. Sebenarnya, kita boleh gantikan roti kepada roti penuh mil, sekurang2 nya ia boleh kurangkan 85gram lemak perut setiap hari.

3) Sering Tertekan

Rasa panik, cemas, takut dan tertekan akan menaikkan hormon kortisol. Hormon ini akan memberi kesan domino yg negatif apda badan. Kesannya, kita mudah rasa lapar dan metabolisme badan bekerja lebih lambat. Akibatnya perut semakin buncit dan lingkaran pinggang pun melebar.

Untuk tangani tekanan ni, kita boleh cuba duduk dgn tenang, tutup kedua belah mata dan tarik nafas dalam2. Lepas tu, hembuskan nafas dari mulut dgn  8 kiraan. Terus lakukan sehingga kita rasa tenang.

4) Mengunyah Waktu Malam

Bila kita alami sukar utk tidur, secara automatik kita akan rasa lapar terutama ketika jam menunjukkan lewat tgh malam. Kaki akan melangkah ke dapur dan buka peti ais @ almari makanan. Tangan kita pasti akan memilih coklat, kerepek @ mee segera. Jika keaadaan ini berlaku, tidak hairanlah perut kita diselaputi timbunan lemak :) Sebenarnya kita boleh kunyah waktu malam tapi hendaklah pilih makanan yg 'aman' bagi perut dan lingkaran pinggang. contohnya, kacang badam, susu rendah lemak @ yogurt rendah lemak. Snek2  ini akan buatkan perut anda kenyang lebih lama dan jauh dari tumpuan lemak.

Menurut Janis Jibrain, pakar nutrisi dan penulis buku The Supermarket Diet, sebaiknya 2 jam sebelum tidur, kita harus berhenti mengunyah. Matikan lampu & tutuplah mata. Tidur & bangunlah pada pagi hari dgn lebih bersemangat.

Mari Nikmati Makanan...

Setelah teliti makanan yg jadi penyebab kepada perut buncit, kini tibalah masanya utk kita menikmati makanan yg istimewa tanpa membuatkan perut kita buncit. Cuba lah makanan ini :

Snek : Kacang Badam
Jika nak mengunyah jangan sesekali membeli biskut atau kerepek. Sebaliknya, boleh cuba ambil kekacang. 
Kajian dari UCLA menunjukkan bahawa wanita yg mengunyah kekacang dapat kurangkan ukuran lingkaran pinggang sebanyak 50% lebih banyak berbanding mereka tidak mengambilnya.

Lebih Kenyang : Protein
Dari ambil makanan berlemak, lebih baik kita pilih protein. Jumlah kalori di dalam protein 50% lebih sedikit berbanding dgn jumlah kalori yg terdapat dalam lemak. 
Jumlah kalori yg ada pada protein sama dgn karbohidrat tetapi protein lebih lambat dihadam sehingga kita merasa kenyang lebih lama. Selain itu, protein juga mampu menurunkan pengeluaran hormon ghrelin yg menjurus kepada nafsu makan.

Wajib : Serat
Menurut Marie Severd, penulis buku The Body Shape Solution to Weight Loss and Wellness mengatakan penghadaman yg lambat akan menyebabkan kitaran glukosa lambat dan pengeluaran insulin lebih sedikit.
Kajian ke atas 2900 sukarelawan turut membuktikan bahawa sukarelawan yg makan 25gram serat setiap hari dapat menurunkan berat badan lebih banyak berbanding dgn sukarelawan yg mengambil serat kurang dari 25% per hari.

Jauhi : Pemanis Buatan
Penelitian Purdue University membuktikan bahawa pemanis buatan lebih berisiko menyebabkan kegemukan berbanding pemanis semulajadi.
Menurut peneliti pula, pemanis buatan dapat menurunkan kemampuan badan utk mengenali rasa manis. Akibatnya, kita terdorong utk mengambil makanan manis dlm jumlah yg banyak.

Buang : Makanan Tinggi Kalori
Senaman akan memberikan hasil maksimum jika diikuti dgn pola pemakanan yg baik. Dgn menyingkirkan makanan tinggi kalori seperti caffe latte, nasi dan keju, secara mudahnya jumlah kalori kita menjadi sedikit.

sumber : majalah rapi bil.191

Selain tu korang boleh ambil supplement untuk mempercepatkan proses kempiskan perut atau penurunan berat badan :) Saya semestinya mengamalkan supplement dari Shaklee... Antara yg saya ambil utk penjagaan badan saya..


1) Alfalfa


Alfalfa ni saya ambil untuk detoks..Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. tahukah kamu semua... kunci asas untuk kurus adalah detox dulu yaaa..)

Selain Alfalfa, Herb-lax boleh juga digantikan dgn Alfalfa..Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa, Herb-lax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Disebabkan saya ibu yg masih menyusukan bayinya, so tak disyorkan Herb-lax kerana risau jika kesannya akan dapat pada bayi...

2) Lechitin (fat emulsifier)



Lecithin ni berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak….dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Boleh tengok kat cini antara kelebihan lain untuk Lecithin ni.

3) ESP

ESP ni ialah Soy Protein. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.
Untuk protein terbaik, korang boleh pilih samada Cinch Shake/ESP/Mealshake. Saya masih menyusukan bayi saya so saya x ambil Cinch Shake ni, tapi saya gantikan dengan ESP kerana ESP juga boleh membantu mempercepatkan penghasilan susu badan.


4) Gla Complex

Saya ambil Gla ni untuk cantikkan kulit..tapi saya perasan bila saya ambil Gla ni perut saya lebih kempis dari dulu :) Maybe sebab antara kelebihannya menstabilkan hormon dalam badan kita, so secara automatik dia akan stabilkan mana2 part body kita yg xbetul...Gla ni banyak kelebihan lain lagi..boleh tgk kat cini

Walau apa juga supplemen yang korang makan untuk kurus @ kempiskan perut korang haruslah menjaga pemakanan seharian erkk, jangan main hentam je makan sesuka hati. 

Produk di atas cuba membantu mempercepatkan proses pengurangkan berat badan. Ia perlu selari dengan pemakanan. Jadi pemakanan perlu juga jaga ya! Kene kurangkan lemak dan minyak dan rajin-rajin lah bersenam. Jangan lupa minum banyak air masak juga ya sekurang-kurangnya 3 liter sehari!

Bukan sahaja badan kurus menawan tetapi juga sihat berseri! Amalkan cara hidup sihat yer kawan-kawan!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jika ingin mendapatkan suplemen kesihatan Shaklee ini, anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui info lebih lanjut lagi... Saya sudi membantu anda!







No comments:

Post a Comment