18 February 2015

Tidur Lena

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...



Sebelum tido wajib telan ni dulu... kalau tak esok bangun tido mesti sakit belakang...

Paling best proses pembuangan lancar jer sebelum nak solat subuh pagi esok... Baru selesa & senang hati nak menghadap Allah.

Alhamdulillah Ostematrix juga membantu tidur yg lena. Yerlah dah seharian penat bekerja, perlukan tidur yg cukup utk tugasan esok hari seperti biasa...

Good Night!

Info Kalsium

Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua...

Info tentang kalsium.

Supplement kalsium yang bagus mestilah lengkap bersama magnesium.

Sebab apa?

Bila kita ambil suplemen kalsium tanpa adanya magnesium, ianya boleh mengakibatkan kalsium terkumpul di bahagian tertentu dan bukannya dalam tulang.

Ini akan meningkatkan lagi risiko batu karang, artritis, penyakit jantung koronari dan strok!

Ostematrik lengkap dengan Magnesium, Zinc, Vitamin D, kuprum, manganes dan boron.

09 February 2015

Promosi Ostematrix dan Vitalea Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Malam ni baru berkesempatan update blog yang tersayang ni. Lama sangat tinggal dah :) Yerlah komitmen dan perhatian lebih pada kelahiran bayi yang kedua.. Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan bayi perempuan pada 29 November 2014 pada 12:59 pagi. Sekarang ni puteri saya yang kedua dah 2bulan. Patut bulan depan dah masuk kerja, tapi risau anak kecik lagi nak hantar kat orang. So, saya ambil lagi cuti 2 bulan tanpa gaji demi anak tersayang. Bagi dia besar cikit dan dah biasakan diri dengan dunia baru ni baru hantar kat pengasuh... Mudahan dapat jumpa pengasuh yang baik hati jagakan anak saya seperti anak sendiri. InsyaaAllah.. Doakan yer kawan-kawan!

Ohh yer, walaupun saya bercuti biz shaklee sentiasa ON tau. Jangan risau, saya sentiasa membuat order untuk pelanggan2 setia dan untuk makan sendiri. Tanpa makan vitamin jiwa dan badan rasa tak lengkap gitu..hihi. Alhamdulillah berbeza tau pantang anak pertama dengan anak kedua. Sebab anak kedua ni saya berpeluang mengamalkan makan vitamin shaklee dari dalam pantang walaupun saya bersalin secara pembedahan. Susu badan dari hari pertama kelahiran dah meriah susu. Syukur sangat... Nanti saya cerita lain kali apa saya amalkan dalam pantang.

Bulan ni Shaklee memberi peluang kepada kita untuk merebut peluang membeli 4 jenis vitamin yang ramai peminat ni. Rugi tau kalau kawan-kawan tak ambil peluang membeli. Siapa yang sering sakit2 badan, sengal2 badan, kebas2 kaki tangan belilah ostematrix dan advanced joint health. Vitalea untuk dewasa dan kanak2 pun ada promosi. Vitalea adalah multivitamin. Sesiapa yang malas sangat2 nak makan vitamin banyak2, bolehlah ambil vitalea ni jer. Siapa nak diet pun boleh amalkan sebab makan ni boleh kenyangkan perut kita. Tak derlah merapu nak makan macam-macam. Tengok makanan pun xder mood dah. Dah cuba baru tahu betul ker tak saya cakap ni..




Jika berminat nak mencuba suplemen yang ramai peminat ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!



21 November 2014

Karnival Upin Ipin di PICC Putrajaya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….


Esok dah start cuti sekolah kan? Apa aktiviti korang weekend ni? Dah ada aktiviti ker yang korang dah rancang untuk anak-anak korang? Kalau belum apa kata bawa mereka pergi ke Karnival Upin Ipin di PICC Putrajaya yang berlangsung mulai hari ini 21 November sehingga 23 November 2014 di Dewan Perdana dan Dewan Putra B.




Karnival Upin Ipin 2014 di PICC Putrajaya 
21 - 23 November 2014  
Dewan Perdana & Dewan Putra B.

Dilampirkan ringkasan yuran kemasukkan bagi Karnival Upin Ipin 2014 :

Dewan Perdana 


Ultraman Show 
Upin & Ipin Show 
Aktiviti Mewarna
Aktiviti "Face Painting"
Pet Zoo
Aktiviti Jualan
Dan lain-lain aktiviti

Dewasa : Percuma
Kanak-Kanak ( 6 - 12 tahun ) : Percuma
Bawah 5 tahun : Percuma

Dewan Putra B 

Magical Performance Of Upin & Ipin
=============================

Dewasa : RM15
Kanak-Kanak ( 6 - 12 tahun ) : RM5
Bawah 5 tahun : Percuma

Jejak Kegembiraan
================

Dewasa : RM15
Kanak-Kanak ( 6 - 12 tahun ) : RM5
Bawah 5 tahun : Percuma

Angkasa Ria
==========

Dewasa : RM3
Kanak-Kanak ( 6 - 12 tahun ) : RM3
Bawah 5 tahun : Percuma

Karnival Upin & Ipin
 Karnival Upin & Ipin
Karnival Upin & Ipin

20 November 2014

Penyusuan Susu Ibu Permulaan Terbaik Bayi Anda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Hari ini saya ada pemeriksaan kehamilan minggu yang ke 39 :) Kejap jer masa berlalu kan. Minggu depan dah sampai tarikh 'due date'. 

Semasa tengah menunggu giliran untuk diperiksa, tiba2 nama saya dipanggil oleh nurse untuk diwajibkan mendengar sesi taklimat tentang "Penyusuan Susu Ibu". Masa nama kena panggil tu rasakan malas jer nak dengar. Dah pernah dengar pun. Dalam hati ni duk cakap tak payah dengar dah kot. Lagi pun dah pernah ada pengalaman menyusukan anak pertama dulu. Tapikan bila pikir balik, fikirkan positifnya baik dengar mana tahu leh dapat info2 baru untuk tambahkan ilmu kan. Lagi pun memang tak boleh nak elak, nurse kata wajib dengar yer. Tak perlah bukan lama pun dalam 10-15 minit jer. Lepas sesi taklimat tu tak sangka siap dapat free gift lagi tau... Tak menyesal pergi ('',)

Free Gift dari PPUKM

Pada pendapat saya, semua ibu-ibu yang hamil patut dengar taklimat ini untuk info persediaan menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan dan diteruskan sehingga 2 tahun.. Walaupun saya berjaya menyusukan anak pertama sehingga lebih 2 tahun, tapi taklimat macam ni patut kita dengar untuk info2 baru dan mengingatkan kita semula cara penyusuan yang betul! Memang banyak info yang korang patut tahu. Jika kita kurang ilmu, mungkin untuk menjayakan penyusuan susu ibu tak kan tercapai. Ini pendapat saya lah kan, tapi terpulang pada pandangan individu masing-masing untuk menilainya macam mana... Setiap pendapat tak sama walaupun rambut sama hitam bak kata orang2 tua cakap..hehe...

Jururawat Terlatih PPUKM yang memberi taklimat 
Kat bawah ni antara pamphlet yang disediakan di dalam bilik taklimat tu. Saya kongsikan di blog ni untuk info bersama. Saya sempatlah ambik gambar slide yang disampaikan oleh jururawat tersebut. Nanti saya cerita info yang saya dapat masa mendengar taklimat Penyusuan Susu Ibu tu di entry yang lain yer. 

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

19 November 2014

Tips Rambut Bersinar Cantik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Suka tak kalau rambut kita berkilau & sihat cantik? Rambut kuat dan tak mudah gugur. Kalau korang nak kuatkan rambut kena rajin makan ikan salmon sebab dalam ikan salmon ada protein, vitamin d, asid lemak omega 3. 


Selain ikan salmon, omega 3 boleh terdapat menerusi ikan lain seperti sardin, trout dan kembung. Nutrisi lain yg boleh membantu kuatkan rambut adalah daripada avocado, biji labu, dan kacang walnut.

Jika korang rasa macam susah nak ambil makanan tu setiap hari boleh gantikan dengan suplemen semulajadi seperti Omega Guard Shaklee.. 
Mudah & senang diambil ('',)

Sebiji cuma rm1.50 (Harga Retail)
Nak tahu harga lebih jimat boleh hubungi kami untuk info lanjut. Bulan ini ada harga istimewa untuk pembelian Omega Guard. Jangan lepaskan peluang untuk mengekalkan kecantikan mahkota penting wanita!


18 November 2014

Mengoncang Bayi Boleh Membunuh!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Tadi saya ada pemeriksaan kehamilan untuk minggu ke 38. Masa tengah menunggu giliran untuk pemeriksaan oleh jururawat, saya terjumpa pamplet yang sangat berguna untuk info saya sebagai ibu bapa muda. Kadang-kadang kita terlepas pandang perkara-perkara yang kecil. Banyak ilmu yang perlu kita pelajari sebenarnya sebagai ibu bapa supaya kita dapat menjadi ibu bapa yang terbaik bagi anak-anak kita yang sedang membesar.


Apakah yang dimaksudkan dengan SINDROM BAYI TERGONCANG?

Sindrom bayi tergoncang merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangka panjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ianya juga boleh MEMBUNUH BAYI tersebut.

Mengoncang bayi boleh membunuh

Otot leher bayi belum berkembang dengan baik dan tidak berupaya untuk menyokong kepala bayi yang agak besar di mana beratnya adalah 25% (1/4) daripada berat badan bayi. Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding dengan tengkoraknya dan salur darah dan tisu otak bayi masih lembut dan rapuh.

Perbuatan menggoncang menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak. Pergerakan yang kuat ini menyebabkan salur-salur darah di dalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan pendarahan.

Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti oleh pergerakan hentakan tubuh bayi (ke dinding atau ke atas tilam). 

Apakah peringkat umur bayi yang paling berisiko?

Bayi berumur 0-9 bulan merupakan golongan yang amat terdedah kepada sindrom bayi tergoncang, walaubagaimanapun terdapat juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1-4 tahun.

Perbuatan menggoncang bayi dengan kuat boleh berlaku dalam keadaan2 berikut :-
  • Apabila anak/bayi tidak berhenti menangis menyebabkan orang yang menjaga anak/bayi tersebut berada dalam keadaan kecewa, marah dan stress lalu menggoncang bayi tersebut dengan kuat.
  • Penjaga bayi/kanak-kanak hilang pertimbangan dan mudah bertindak ganas di bawah pengaruh dadah/alkohol/masalah kewangan. 

JANGAN MENGONCANG BAYI ANDA!

Bayi meragam adalah lumrah. Ianya mungkin disebabkan bayi merasa lapar, kembung perut, demam atau merasa tidak selesa. Setiap penjaga bayi harus bersabar dan tenang mengendali bayi dalam keadaan begini. Dapatkan rehat yang cukup, amalkan makanan seimbang agar sentiasa berada dalam keadaan yang cergas dan belajarlah cara-cara menangani stress dengan bijak...