12 September 2014

Kolagen Untuk Lebih Sihat & Cantik

Assalamualaikum  & Salam Sejahtera Semua.....

Tahu tak korang yang kolagen akan berkurangan dlm badan kita pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.


Kolagen boleh diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


Kolagen ni banyak fungsinya tau. Anda boleh baca kat sini untuk info lanjut. Sebelum saya hamil, saya memang suka minum kolagen. Hasilnya sangat cepat pada perubahan kulit & rambut. Lebam bawah mata beransur hilang. Tak sabar rasa nak makan semula lepas bersalin nanti ('',) Wahh overkan... Nak cantik sangat! Haha..padahal bukan untuk sesiapa pun untuk suami terchinta kan... Biar dia selalu puji kita & rasa bangga sebab ada isteri cantik :)

Jika anda berminat nak mencuba Kolagen, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!















Terima kasih sudi membaca di blog ini!

11 September 2014

Testimonial Pelajar Mengambil Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Petang ni saya nak sharing pengalaman seorang adik ni mengamalkan suplemen shaklee.. Beliau mengamalkan sebotol zinc untuk rambutnya yang mengalami masalah keguguran disebabkan tekanan belajar. Biasalah nama pun student... Banyak perkara kan nak kena siapkan.. Nak hafal nota, nak ulangkaji, nak siapkan tugasan yang pensyarah bagi. Lagi2 kalau nak last sem.. Ku pernah lalui dulu masa time study :) wahh memang banyak cabaran nak berjaya... Tapi kena redahh gak kan...


Walaupun kami kenal melalui alam maya tapi sangat suka melayan soklannya...sebab adik ni jenis cepat mesra dan baik tutur katanya tau... walaupun dia masih student lagi tapi dah ada kesedaran tau ambil suplemen..bagus betul. Dulu saya time study tak pernah nak ambik tahu pun makan suplemen ni.. patutlah ku comot jer..haha... tapi ada gak lelaki sangkut sampai dh kahwin..hehe... tu lah namanya jodohkan ;)

TQ yer dik sudi mencari akak nak beli suplemen lagi... Adik memang cantik..jeles tau.. yang tak sangka tu tersangkut gak dia beli ESP walaupun pada mulanya dia tak mahu..
TQ Dear♡

Kalau rasa nak mencuba suplemen shaklee, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda yer... InShaaAllah, kami akan cuba membantu & memberi sevice yang terbaik buat anda!


Segmen : Nak blog URL by Macam-Macam Cerita

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Sajer sibuk nak join contest satu blogger ni. Kalau korang nak join boleh lah pergi ke sini. Sebab empunya blog kata ada hadiah misteri tau... Bukan nak sangat hadiah tu [tapi dalam hati kalau bertuah apa salahnya kan ('',) ] Saya tengah merajinkan diri blogwalking sekarang, tu ambil kesempatan join contest ni. Tiba2 terjumpa sambil menjalinkan ukhwah di alam maya... 

Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas

Terima kasih sudi membaca blog ini :)

10 September 2014

Rahsia Awet Muda ''Hot Mama''

08 September 2014

Ingin Tidur Lena & Tumit Cantik??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua…..

Wahh dengar tajuk terujaa tak?? haha... Saper tak nak tidur yang lena kan? Saper tak nak tumit kaki comeii kan?? Kebanyakkan ramai orang nak perkara ni berlaku pada mereka termasuklah diri saya ('',)

Ok, so saya nak bagi tips kat korang. Sebelum tidur masa perut kosong amalkan makan makanan yang berunsurkan zink & magnesium untuk membantu tidur yang lena. Mana nak dapat makanan seperti tu yer? Senang jer, biasa dalam susu ada magnesium & zink. Boleh check label susu masing2... Ada tak? Kalau tak der, boleh ambil suplemen seperti ostematrix ni. Korang boleh refer cini untuk lebih pemahaman kenapa saya kata ostematrix ada kaitan dengan zink & magnesium ni.

Bagi nak cantikkan tumit kaki pula, korang sapulah lotion kat kaki sebelum tidur. Kekurangan kalsium dalam badan pun boleh menyebabkan kaki merekah tau. Jadi rajin-rajin kan diri minum susu gak tau. Kalau malas nak minum susu, ambil suplemen jer senang kan.. Mudah & Cepat!

Inilah peneman saya sebelum tidur... Cubalah, pasti tak menyesal :)


Harga untuk keduanya ini tak sampai RM90 pun.. Memang berbaloi menggunakan. Cream herbal Blend tu bukan sebagai lotion jer tau, malah kalau kena ruam atau gatal2 sapukan kat tempat yang kena tu kurang masalah. Anak saya memang tak boleh xder cream ni. Penemanan di kala kena nyamuk atau ruam.. Alhamdulillah sehari dah hilang. Lagi satu, yang saya baru jumpa kelebihan cream ni, kalau ada jerawatkan sapu kat tempat jerawat bernanah tu.... esoknya dia kering sendiri.. Memang BESTT... Saya cerita ni berdasarkan pengalaman saya tau.. Kongsi dengan korang apa yang yang rasa bila gunakan produk yang sesuai dengan saya. Mana tahu korang pun sesuai gak kan. Tak cuba tak tahu keberkesanannya. Apa2 pun kita berusaha, yang lain kita serahkan pada Allah s.w.t untuk menyembuhkannya!

Jika rasa-rasa berminat nak mencuba produk ni, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan kesihatan terbaik anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan & berikan service yang terbaik! 


07 September 2014

Penderita Penyakit Gout 20 Tahun

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....


Hari ini saya nak kongsi pengalaman salah seorang ayah kepada pengedar shaklee. Ayahnya mengalami penyakit gout hampir 20 tahun. Kini ayahnya semakin pulih dengan mengambil suplemen Shaklee... Mari kita hayati bersama kisah ayah Siera Haiyi...


KISAH BENAR 
----------------------
[AYAHKU PENDERITA GOUT 20 TAHUN..…]

Kisah bermula ketika saya berumur 12 tahun. Ayah bawa saya ke Sunway Lagoon. Bukan main sukanya hati ni dapat berjimba-jimba disana bersama kakak saya.
Sedang bersukaria, tiba-tiba ayah mengerang kesakitan. Katanya kakinya amat sakit, nak bangun pun tak boleh. Ibu mula resah. Saya apatah lagi. Macam-macam yang terlintas di kepala waktu itu.

"Kenapa ayah tiba-tiba jadi begini?"
"Adakah ayah lumpuh?"

Astagfirullah…susahnya hati saya masa itu. Terbantut nak bersukaria. Hari yang gembira bertukar menjadi duka. Ayah ditolak dengan “wheel chair” ke kereta. Dan ibu terus memandu kereta menuju ke klinik berhampiran. Ayah diberi Pill Killer.

Sehingga kini umur saya 30 tahun.
Ayah masih makan pill killer setiap kali gout menyerang. Dah jadi macam gula-gula. Goutnye kerap bertandang. Sekarang makin teruk. Bengkak-bengkak di tumit dan juga di tangan. Bukan bengkak biasa. Siap bernanah besar-besar pula tu. Naik seram saya tengok. Dalam hati…bilakah semua ini akan berakhir??
Saya simpati ayah jalan henjut-henjut....
Saya sedih ayah solat tidak dapat duduk dengan betul ketika tahyat awal mahupun akhir.
Saya nangis belakang pintu lihat ayah terbaring mengerang sakit atas katil ketika mana dia tak kuat untuk berjalan.
Hanya doa yang mampu saya panjatkan. Doa yang tanpa usaha.
Ustaz masa sekolah cakap… Doa tanpa usaha adalah SIA-SIA.tetapi ituje yang saya mampu.
Sedih....

1 hari.. tergerak hati saya untuk berikan ayah OMEGA dan ALFAFA Shaklee. Saya ada terbaca yang Omega mampu mengurangkan radang sendi dan juga kesakitan. Manakala Alfafa mampu meneutralkan uric acid kepada alkali. Wahh menarik!! teruja saya nak berikan kepada ayah saya. Saya beri pada ayah dan tulis besar-besar pada botol. Tiba waktu makan, saya SMS ayah.
"Ayah dah makan OMEGA?"
"Dah makan ALAFA?"

Begitulah bersungguhnya saya inginkan ayah sihat. Ayah saya patuh dan konsisten menelan 2 supplemen ini.
Sambil saya tak henti-henti berdoa moga inilah usaha terbaik untuk ayah saya.

Hari yang cerah. Ayah baru pulang dari cek up di hospital. Wajahnya girang dan berseri.
Dihulurkan sehelai kertas kepada saya.

"Kertas apa ni?"
Masyallah!!terkejut saya lihat bacaan uric asid ayah saya berada di paras NORMAL!!!
Ya Allah..bergenang air mata saya.
"Dah 20 tahun…ayah tak pernah pun dapat bacaan uric asid NORMAL. Doktor pun terkejut. Bagus ye Shaklee " kata ayah

Dah setahun ayah bersama Shaklee… Saya asyik intai je kakinya. Tiada lagi bengkak… Tiada jalan hinjut-hinjut… Tiada nanah besar-besar.

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Hati anak mana yang tak gembira apabila ayah tersayang kembali ceria menjalankan kehidupan…

Terima kasih Allah…..

"..Why i love this amazing company....Not a ringgit was earned without somebody first helping somebody else become healthier, giving somebody an opportunity to have better life for their family, making planet a more sustainable place.."
CEO Shaklee Corporation
..........................................................................

Alhamdulillah, baca kisahnya saya turut merasai betapa gembiranya hati beliau melihat perbezaan ayahnya yang semakin sihat... Syukur sangat. Saya juga turut tumpang gembira untuk ayah beliau. Mari kita doa bersama-sama untuk ayah beliau. Mudahan ayahnya kekal sihat, InsyaaAllah.....

Jika anda berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!



06 September 2014

Kenapa Ibu Hamil Sakit Belakang?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Hari ini saya nak cerita pasal kalsium. Kita semua memerlukan kalsium yang cukup untuk pembentukan tulang yang sihat. Jika badan kita kurang kalsium, mungkin akan hadapi masalah sakit-sakit sendi dan sakit tulang bealakang. Jika anda adalah ibu yang hamil. Anda memerlukan kalsium yang lebih untuk tumbesaran bayi anda.


Perasan tak kenapa kalau hamil, badan kita selalunya akan sakit tulang belakang, sakit pinggang, lenguh-lenguh satu badan, nak tidur pun jadi tak selesa...kenapa?

Sebab badan kita tak cukup kalsium. Bayi  memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang, jadi ibu perlu cukup kalsium dalam badan sebab nak bagi kalsium pada bayi. Kalau badan ibu tidak mencukupi kalsium, badan akan curi kalsium dari TULANG atau pun GIGI si ibu untuk membina tulang & gigi bayi dalam perut si ibu... Badan kita juga perlukan kalsium untuk menampung pembesaran dan berat bayi, jadi kita juga menggunakan kalsium. Cukup ker??? Tak cukup... Sebab itu badan ibu akan kerap sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan.


Jadi jika si ibu susah nak minum susu atau tiada mengambil suplemen kalsium semasa hamil berkemungkinan besar GIGI si ibu akan mudah rapuh dan patah... Mungkin boleh berisiko menghidap Osteoporosis pada masa akan datang dalam usia yang masih muda. 


Berhati-hati yer pada si ibu hamil yang tidak suka minum susu atau jarang minum susu. Sayangilah diri anda dan bayi yang bakal lahir nanti. 


Jika anda tidak mahu gigi rapuh & menghidapi osteoporosis di usia yang masih muda, anda dinasihatkan untuk mendapatkan bekalan kalsium yang secukupnya. Perlu banyak meminum susu serta mengambil produk tenusu seperti bijiran dan keju. Ada sesetengah ibu hamil tidak lalu untuk meminum susu kerana mual dan tidak suka langsung minum susu walaupun tidak mengandung. Oleh itu untuk menambahkan kalsium, ibu hamil bolehlah mengambil supplemen tambahan seperti Ostematrix keluaran dari Shaklee.

Jika anda berminat nak mencuba suplemen Ostematrix ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!