28 January 2014

Promosi Alfalfa Lebih Jimat Untuk Kesihatan Berganda!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...


Kenapa ramai yang suka Alfalfa Complex ni yer? Apa kelebihannya yang membuatkan ramai suka ni... Lelaki perempuan boleh makan.. Jimatkan.. Tak perlu beli suplemen asing satu untuk suami & satu untuk isteri pulak...



Anda nak tahu apa Alfalfa ni? Alfalfa ni merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Lagi satu yang membuatkan produk ni dipercayai sebab Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s. Maknanya dah lebih 60tahun produk ni dipasarkan.


Apa yang anda perlu tahu tentang Alfalfa Complex Shaklee :-
  • Sumber semulajadi alfalfa.
  • Pil juga boleh dihancurkan & dicampur ke dlm air sebagai minuman herba semulajadi.
  • Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). 
* Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. 

Antara 1001 kelebihan Alfalfa Complex...



Cadangan suplemen untuk kesihatan yang boleh anda ambil bersama Alfalfa

  1. Untuk nak kurus = Alfalfa + Lechitin
  2. Untuk ibu menyusu = Alfalfa + ESP
  3. Untuk Sembelit = Alfalfa + Ostematrix
  4. Untuk Keintiman Suami Isteri = Alfalfa + Vit E
  5. Untuk kesihatan Sendi = Alfalfa + Advanced Joint Health 
  6. Untuk Asthma = Alfalfa + Omega Guard
  7. Untuk kecantikan kulit = Alfalfa + Vitamin C
Semua boleh diatasi dengan Alfalfa Complex. Hanya tinggal 4 hari jer lagi promosi Alfalfa Complex... 1 Februari 2014 promosi produk Shaklee yang lain pula. Jangan lepaskan peluang Beli untuk lebih jimat Demi kesihatan berganda!

Jika anda berminat nak mencuba suplemen Alfalfa ini, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... In Shaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


Tips Kempiskan Perut Dengan Mudah!



Jaga pemakanan

Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang seimbang untuk tubuh badan. Anda perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau. 

Berhenti makan lewat malam

Elakkan dari makan di waktu tengah malam. Ini kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar. 

Tinggalkan makanan & minuman ringan

Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin. 

Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari. 

Lakukan senaman kardio

Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat. 

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam mendapatkan perut yang kempis.selamat mencuba!


22 January 2014

Suplement Kurangkan Kesakitan Akibat Resdung/Alergi/Gegata/Eczema/Asthma

Assalamualaikum Semua...


Petang ni saya nak kongsi tentang penyakit RESDUNG... Ada orang kata penyakit ni berpunca daripada keturunan. Tapi tak tahu lah betul atau tidak. 

Anda tahu Apa itu RESDUNG

Resdung merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius.


Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. 

Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

Sumber Google
Cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Artikel di bawah ni saya jumpa di Utusan Online. 


Gejala resdung:

* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, manik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.

Diagnosis:

* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Scan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan:

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:

1) Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop

2) Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

3) Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

4) Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air

5) Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

6) Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya

7) Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

8) Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan

9) Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

Jika anda berminat untuk mengurangkan resdung dengan cara mengambil suplemen. Anda boleh mencuba vitamin semulajadi dari Shaklee. Vitamin yang dicadangkan ialah Vitamin C, B-Complex dan Alfalfa. Mengapa?
  • Vitamin C – Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.
  • B-Complex – Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon
  • Alfalfa – Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.
Klik Gambar Untuk Melihat Paparan Lebih Jelas
Selain daripada resdung (Sinus), vitamin diatas boleh juga diambil oleh sesiapa yang mempunyai asthma (Asthma), alergi(Allergy), gegata (Hives) dan sakit kulit (Eczema).

Jika anda berminat nak mencuba suplemen untuk mengurangkan kesakitan akibat resdung, alergi, gegata, eczema tau asthma ini, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... In Shaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!

Alfalfa masih dalam promosi sehingga 31 Januari 2014. Jom ambil peluang beli untuk lebih jimat sekaligus untuk kesihatan berganda ('',)






20 January 2014

Kelebihan Susu Ibu

Assalamualaikum Semua...

Tadi belek2 nota terjumpa keratan akhbar yang saya simpan nak masuk dalam blog ni. Asyik terlupa jer nak taip :) Info ni dari surat khabar Berita Harian |20 Ogos 2013. Info tentang faedah susu ibu. Banyak lagi sebenarnya kelebihan susu ibu terhadap bayi & ibunya itu sendiri. Dibawah ni antara kelebihan yang anda boleh baca.
  • Kajian menunjukkan bayi diberikan susu ibu mempunyai risiko obesiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang diberi susu formula.
  • Risiko penyakit kronik ibu yang tidak menyusukan bayi adalah 30% hingga 200% lebih tinggi berbanding ibu menyusukan bayi mereka.
  • Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan dramatik penyakit kencing manis dan lain-lain dan menambah kos penjagaan kesihatan individu dan negara.
  • Manfaat kepada ibu termasuk cepat pulih selepas bersalin, membantu mengurangkan berat badan, kurang risiko terhadap osteoporosis serta barah ovari dan payudara.
  • Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang, termasuk meningkatkan pencapaian intelek, perlindungan terhadap tekanan darah tinggi, menurunkan paras kalesterol darah serta mengurangkan kejadian diabetes mellitus dan obesiti ketika dewasa.
Sekarang ni banyak pasaraya-pasaraya dah menyediakan bilik penyusuan untuk kelesaan ibu-ibu di Malaysia menyusukan bayi mereka. Jadi bagi ibu-ibu muda jangan segan atau malu untuk meyusukan bayi kita. Jika segan menyusukan di khalayak ramai, anda boleh ke bilik penyusuan yang telah disediakan untuk memberikan susu terbaik ini untuk bayi anda.. Dibawah ni salah satu kata-kata dalam bilik penyusuan yang saya pernah masuk, tapi maaflah saya dah lupa kat mana.. tak silap salah satu pasaraya di negeri Melaka. Saya sangat suka ayatnya...

16 January 2014

Garlic Shaklee Sangat Best!

Assalamualaikum Semua...

Petang ni saya nak kongsi sedikit tentang produk Garlic Shaklee. Dalam bahasa melayu garlic ialah bawang putih... Dulu tak tahu pun bawang putih ni banyak keistimewaan. Takut makan bawang putih sebab nanti badan berbau ('',). Bawang putih adalah antara bahan pelengkap dalam sesuatu hidangan makanan. Walaupun ia sedikit berbau tetapi ia memang bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang. So sebagai alternatif lain saya tak nak ambil bawang putih yang original, saya gantikan dengan suplemen Garlic.. 

Sebab suplemen Garlic daripada Shaklee ni dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas racun perosak dan ditanam secara organik. Dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual mengandungi Allicin aktif). Dwi-teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000 mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

Antara khasiat Garlic Shaklee yang patut anda tahu!


Nak tahu lagi kelebihan bawang putih ni? Jom kita baca sumber dari  laman web Pa & Ma ni http://pama.karangkraf.com/

Bawang putih bukan sahaja enak menjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan satu-satunya antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.
Pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil.

Selain dari itu, bawang putih juga menjadi satu cara untuk menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selsema. Caranya, ibu cuma perlu makan bawang putih. Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Banyak kan kelebihan bawang putih ni... Apa yang bestnya Nutritionist Shaklee, Celine ada bagitahu lagi Garlic ni bagus untuk nak bagi kulit cantik :) Sebab tu saya sekarang rajin tau nak makan padahal sebenarnya tujuan asal ambil garlic nak turunkan kalesterol... Tu best produk Shaklee tujuan makan sebab lain, dapat benefit lain yang lagi best!

Jika anda berminat nak mencuba suplemen Garlic ini, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... In Shaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!



09 January 2014

Alfalfa Untuk Detox

Assalamualaikum Semua...

Bulan januari 2014 ni Shaklee membuat promosi produk Alfalfa Complex untuk botol kecil & besar. Bagi botol kecil mengandungi 330biji. Manakala botol yang besar pula mempunyai 700biji.. Dah tentu botol besar paling menjimatkan.. Nak tahu lebih info tentang produk Alfalfa anda boleh kilik di sini



Untuk pengetahuan anda, Alfalfa boleh diambil untuk semua golongan dari berusia 12 tahun dan keatas. Jangan fikir orang perempuan jer boleh ambil.. Lelaki pun boleh ambil yer ('',) Contoh macam suami saya mengambil alfalfa untuk masalah resdung & elergic/ekzema. Saya pula mengambil alfalfa untuk merawat keputihan & bagi sessi pembuangan berjalan lancar. Semasa saya membuat stok susu badan dulu, alfalfa sangat membantu meningkatkan pengaliran susu badan, Alhamdulillah saya dapat fully menyusukan anak saya selama setahun setengah. Selepas dari itu baru mix dengan susu formula. 

Alfalfa ni terkenal dengan bahan semulajadi untuk detoks segala toksin dalam badan... Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Jadi, sebelum kita mengambil sebarang suplemen untuk kecantikan ker, untuk kesihatan berpanjangan ker, atau pelbagai masalah kesihatan... sebaiknya perlu detox dulu badan kita. Baru lah badan rasa lebih ringan dan sebarang vitamin/suplemen yang kita makan dapat menyerap lebih baik...

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Alfalfa Complex Shaklee dengan harga promosi hanya untuk bulan Januari ini, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... In Shaa Allah, kami akan cuba membantu untuk membuat pilihan yang terbaik!


08 January 2014

Menangani Sikap Pasangan Panas Baran!

Assalamualaikum Semua....

Belum terlambat lagikan saya nak wish "Selamat Tahun Baru 2014" kepada semua pembaca-pembaca yang sudi menjengah ke blog saya ni :) Semoga tahun baru ni kita semua lebih gembira & hati kita diberi hidayah untuk sentiasa berubah ke arah kebaikan. In Syaa Allah, mudah-mudahan... 

Saya terbaca di FB Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah tentang cara untuk menangani masalah pasangan atau ornag yang panas baran... So, saya salin semula dari FB Dato' untuk sharing dengan anda semua. Semoga bermanfaat & memberi sedikit tips pada kita semua.
....................................................

Dari : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

As salamu'alaikum...
Ramai yang bertanya cara tangani pasangan/ orang yang baran. Baran ni mungkin sebab genetik/ keturunan, jahil coping skills untuk tangani baran, TAK JAGA SOLAT, hati yang kotor, alah dengan bisikan setan, terlalu stress, etc. Prinsip hidup, jika kita berubah maka Allah akan ubah semua orang di sekitar kita. Justeru mulai hari ini, cuba overhaul diri kita & pujuk orang yang baran tu untuk overhaul diri dengan: 

1) Jaga solat 5 waktu & lakukan solat-solat sunat qabliah & ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardu. 

2. Solat taubat & istighfar 70X sehari setiap hari. Bila dosa terampun, maka hati jadi bersih, doa makbul & semua orang sayang. Memang elok jika dapat SOLAT HAJAT UNTUK MOHON PASANGAN BERUBAH, JADI INSAN YANG SOLEH & SAYANG KELUARGA . Lakukan juga istikharah untuk mohon panduan tangani sikap baran ni & tutup dengan solat witir setiap malam. Nabi suruh kita solat witir setiap malam sepanjang hayat sebagai pembalut kepada segala amalan kita seharian agar dapat di serahkan kepada Allah dengan sempurna. 

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi cun, doa makbul & semua orang maafkan kita & Allah pulihkan pasangan daripada masalah baran. 

4. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa membuang sifat negatif, Bismillah 5 & ayat qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa2 tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, selesai masalah, langsai hutang, terhakis sifat mazmumah, dsbnya. Doa2 ni ada di Fanpage saya ni. Scrol ke bwh hingga jumpa doa2 tu. 

5. Pagar diri dgn Al-fatehah & surah 3 Qul, hembus tapak tgn & sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin & sihir. 

6. Lembutkan hati pasangan dengan Al-fatehah, Surah Al Hasyr: 21-24, Surah Ta Ha 1-5, Ayat qursi & hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang dah di pakai sebelum di cuci. Untuk lembutkan hati sendiri, sedut & telan air liur selepas membaca ayat2 di atas. 

7. Layan pasangan lebih baik daripada biasa agar Allah ubah hatinya & buat dia rasa bersalah melayan anda secara kasar & kurang sopan. 

8. Setiap kali nak masuk rumah atau pejabat, baca Bismillah 3X, senyum, beri salam & masuk dengan melangkah kaki kanan dulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM yang duduk atas pintu daripada masuk kepala & ganggu supaya manusia bergaduh, suami isteri bertengkar, ahli keluarga mudah jadi BARAN, mudah melakukan maksiat, anak2 melawan ibubapa, anak2 bergaduh sesama sendiri, dsbnya. 

9. Setiap kali nak bercakap dengan orang yang baran, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & hembus ke arah org tu jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hati sesiapa agar dapat mendengar cakap atau hujah anda. 

10. Puji dulu sebelum menegur agar tak tercalar egonya. 

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi saw: 

  • Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. 
  • Ya Allah, aku redha dengan segala ujian dari Mu ya Allah 
  • Ya Allah, aku ada masalah dengan pasangan yang baran, tak jaga solat, enggan terima nasihat ya Allah. Kau bantulah selesaikan masalah kami ya Allah. Jadikan dia insan yang soleh, pemaaf, lemah lembut, boleh di ajak berbincang, sayangi keluarga, bertanggungjawab, tidak baran,ELAK BUAT MAKSIAT, dsbnya. 
In Syaa Allah hati akan tenang & doa akan makbul. 

12. Rawat gangguan meta fizikal atau sihir yang ada pada pasangan (jika ada) dengan membaca DOA MANZIL & YAASIIN SEKERAP YANG MUNGKIN. Dapatkan DOA MANZIL daripada mana2 kedai buku Islam. 

13. Tukar penampilan agar lebih ayu dengan tukar fesyen rambut, tukar perfume baru, buat rawatan muka, exercise, tukar warna kegemaran kepada warna yang pasangan suka. Lakukan apa saja mengikut kemampuan kewangan & kemampuan diri. 

14. Tukar hiasan rumah -- recycle langsir, rearrange kerusi meja -- apa saja perubahan agar rumah nampak berbeza. Bila suasana di rumah berbeza, In Syaa Allah pasangan akan mudah berubah ke arah yang positif. 

Cuba amalkan amalan di atas selama 40 hari kerana tabiat baru terbentuk dalam 40 hari. In Sya Allah akan nampak perubahan positif, langkah demi langkah. Selepas istikharah & bincang dengan ahli keluarga yang lain, buatlah keputusan yang muktamad. Moga Allah bantu kita semua. Aamiin, wassalam.
...............................................

Semoga info yang saya kongsikan ni bermanfaat untuk kita semua jadikan sebagai amalan terutama yang berugama Islam agar hidup kita sentiasa tenang dikelilingi oleh insan-insan yang berhati lembut & bukannya insan-insan yang panas baran ('',)