11 July 2013

Variasi Resepi ESP + PD

Assalamualaikum Semua....

Macammana berpuasa untuk hari ni? Tak lalu nak bersahur2 pagi ('',) Apa kata anda cuba variasi resepi minuman ESP + PD yang bertenaga & menyelerakan di bulan Ramadhan ni. Ada kawan share di blog dia untuk anda cuba. TQ Salwa sharing resepi ni! Yerlah kan dah jemu asyik minum macam tu jer. Apa kata kita cuba kelainan sedikit untuk bersahur ataupun berbuka...




ESP CREMO STRAWBERRY LASSI

2 sudu makan ESP
3 biskut Cremo yang dihancurkan
1 gelas Lassi berperisa Strawberry
1/3 cawan air

- Shake kuat kuat. Sedia untuk diminum! 
- Pastikan lassi dan air dalam keadaan sejuk untuk rasa yang segar

ESP & PD Manggo Nata de Coco

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 gelas jus Mangga Peel Fresh
1/3 cawan air
3 sudu makan Nata de Coco

- Shake kuat-kuat.
- Mangga kalau nak blend sendiri lagi terbaik.

ESP & PD Kurma Ice Blended

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
3 biji kurma dibuang biji
1 cawan susu
1/2 cawan air
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nak rasa creamy, tak perlu bubuh air

ESP & PD Walnut Chocolate Ice Blended

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
2 sudu walnut yang dibakar
1 1/2 cawan susu
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nk tukar dengan badam, kacang tanah, pistachio pun boleh

ESP VICO Shake with Mixed Nuts

2 sudu makan ESP
2 sudu makan Vico
1 sudu badam dibakar dan dihancurkan
1 sudu kacang hazelnut dibakar dan dihancurkan
1/2 sudu walnut dibakar dan dihancurkan
1 cawan susu

- Shake kuat-kuat

ESP & PD Banana with Vanilla Ice Cream

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 biji pisang yang dah masak
1 cawan susu
2 sudu makan Vanilla Ice Cream
1/2 gelas ais

-Blend sampai hancur

******************************************************
Bagi saya, antara pelbagai resepi ni yang saya pernah cuba ialah ESP & PD Kurma Ice Blended. Memang terbaik & Marvellous ! Saya akan cuba resepi yang lain pula. Mesti sedap... Jom kekal sihat & bertenaga walaupun di bulan puasa untuk tingkatkan amalan ibadah kita.

05 July 2013

Testimonial Shaklee GLA COMPLEX !

Assalamualaikum Semua...

Petang ni saya hanya nak share testimonial Vitamin Gla Complex yang tengah offer untuk bulan Julai ni ('',) Ramai yang berpuas hati dengan vitamin ni tau.. Jom kita tengok apa pendapat diorang yang sudah mencuba Gla Complex ni... Testimonial ni saya ambil dari Group FB Shaklee GL, group untuk customer yang membeli dengan kami....





Jika anda ingin mencuba vitamin ni... Nak order atau nak tahu lebih info tentang vitamin ni boleh lah menghubungi saya... Saya sedia membantu anda...

















* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

03 July 2013

Gla Complex !

Assalamualaikum Semua...

Pada bulan Julai 2013 ni Shaklee bagi promosi untuk vitamin GLA COMPLEX! 

Anda tahu apa sebenarnya Gla Complex ni? 
Nama penuhnya ialah Gama Linolenik Asid. Ia merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Vitamin ni boleh diambil oleh lelaki & perempuan. 

Salah satu fungsi vitamin ni yang paling orang suka ialah dapat menstabilkan hormon badan kita. Malah jika makan berterusan kulit kita akan lebih lembab & cantik berseri-seri... Sebab tu saya memang sangat suka vitamin ni.. Makan sebelum nak tidur.. Lagi satu yang saya suka bila time "Cik P" menjelma setiap bulan, senggugut saya dah berkurangan.. Alhamdulillah syukur sangat.. Kalau tak mesti rasa kurang selesa bila nak buat aktiviti seharian... Asyik nak baring jer! Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. Maybe sebab itulah Gla Complex dapat membantu mengurangkan senggugut...
 
Jadi, bila sengugut berkurangan, so automatik lah "moody" dah tak der kan... Senang lah hati si suami & anak-anak tidak menjadi bahan untuk melepaskan perasaan "moody" tu... Selain tu, ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, darah tinggi dan kencing manis.


Jika anda ingin mencuba vitamin ni... Jangan tunggu lama tau.. Selalu waktu promosi ni memang orang akan borong habis... Selalu jer produk Shaklee 'Sold Out' kat cawangan... Anda nak order atau nak tahu lebih info tentang vitamin ni boleh lah menghubungi saya... Saya sedia membantu anda...

















* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

02 July 2013

Tips Kebahagiaan Anak

Assalamualaikum Semua...

Hari ni saya terjumpa satu artikel yang sangat berguna untuk saya di page suami.isteri.bahagia. Jadi saya nak share dengan anda semua terutama yang dah bergelar ibu... Saya letak di blog saya untuk sumber rujukan saya masa akan datang. Jom kita sama-sama amalkan untuk kebahagian keluarga kita ('',) InsyaAllah...

====================================

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya
====================================

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh dikongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam (macam org tawaf) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Sumber : suami.isteri.bahagia

01 July 2013

Sihat Bertenaga di Bulan Ramadhan...

Assalamualaikum Semua....

Alhamdulillah, setengah tahun sudah berlalu dalam tahun 2013. Hari ni hari pertama dalam bulan Julai... Lagi berapa hari jer kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia.. Anda sudah bersedia belum nak sambut bulan puasa ni? Kebanyakkan kita sebagai ibu bekerjaya memang sedikit sebanyak akan rasa keletihan cikit dalam bulan puasa, tambahan pula nak uruskan persekolahan anak-anak, urusan kerja rumah, urusan kerja opis, urusan dapur lagi... urusan nak layan hati suami lagi ('',) macam-macam hal orang perempuan nak kena uruskan... 

Jadi apa kata tahun ni kita sediakan sedikit budget beli suplemen tambahan. Bukan untuk sesiapa pun... Untuk kita juga agar lebih kekal cergas di bulan ramadhan supaya dapat menguruskan pelbagai urusan & diberi kekuatan melakukan ibadah tambahan bagi mengumpul pahala kita di akhirat nanti... Bulan Ramadhan hanya muncul setahun sekali jer... Pada bulan mulia ni lah kita perlu ambil kesempatan untuk mendekatkan diri pada Ilahi & membuat amal kebajikan tambahan. InsyaAllah, mudahan kita semua di panjangkan umur lagi bagi merasai kenikmatan bulan mulia ini...

Orang kata, "Perut sarang Penyakit". Berpuasa sangat baik dalam membantu tubuh menyingkirkan pelbagai 'racun' yang bersarang di perut. Berpuasa sebenarnya memberi ruang masa yang cukup kepada organ percernaan seperti perut,usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki mana-mana bahagian yang rosak dek pertambahan beban makanan harian yang kita makan.

Dengan berpuasa, toksin daripada kolon buah pinggang, pundi kencing dan paru-paru serta kulit boleh dikeluarkan dari tubuh secara menyeluruh. Hasilnya, ia mampu melapangkan kesan sumbatan pada dinding saluran pernafasan dan pemakanan. Bekalan oksigen  yang lebih banyak menjadikan sel-sel lebih bertenaga. Kitaran pembersihan ini penting bagi sistem penghadaman sihat & pencegahan barah usus.

Selain itu, tabiat pemakanan seseorang juga dilihat turut menyumbang kepada faktor kesihatan. Deretan bazar Ramadhan yang menawarkan pelbagai juadah enak yang jarang dijumpai di bulan lain sebelumnya tanpa kita sedari menyumbang peningkatan berat badan & membuatkan kita senang menerima penyakit disebabkan peningkatan cita rasa. Oleh itu, pemilihan pemakanan seimbang di tambah suplemen berkualiti perlu untuk menghindar sebarang penyakit.


Saranan Pengambilan Produk Shaklee di Bulan Puasa!


Waktu Berbuka Puasa - Berbuka dimulai dengan kurma lebih afdhal berbanding kuih muih manis serta kurang serat yang dibeli di bazar ramdhan. Selain juadah utama, anda boleh tambahkan gabungan terbaik minuman Performance Orange & ESP untuk tenaga tambahan bagi menunaikan solat terawih di samping mengambil alfalfa untuk proses detoksifikasi tubuh.

Sebelum Tidur - Amalkan segelas ESP beserta vitamin lain seperti Vitalea, B Complex, Vit C Plus serta Nutriferon untuk meningkatkan sistem imun anda bagi mengelak penyakit biasa seperti batuk, demam & selsema memandangkan cuaca yang lebih panas di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Banyakkan meminum air.

Waktu Bersahur - Anda boleh mengambil nasi atau apa jua juadah sahur. Namun memandangkan waktu yang singkat ditambah kesukaran mengejutkan anak bersahur, gabungan minuman Performance Orange & ESP dapat memudahkan para ibu untuk memberikan yang terbaik buat keluarga agar kekal bertenaga pada siang hari. Alfalfa jangan dilupakan juga untuk program detoksifikasi anda!

Bulan Ramadhan bakal muncul tidak lama lagi... Jadi, mari kita membuat persediaan untuk lebih sihat bertenaga bagi menyambut bulan yang mulia ini agar kita dapat beribadah lebih banyak dari biasa 

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua sahabat beragama Islam. Moga anda lebih sihat jelita & langsing di Hari Raya nanti!

..................................................................................................

Jika anda inginkan suplemen tambahan untuk kekal sihat bertenaga di bulan Ramadhan, anda boleh menghubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.


19 June 2013

Makanan Mempengaruhi Kulit Wajah Lebih Sihat

Assalamualaikum Semua...

Semalam saya ada terbaca tentang pemakanan kita boleh mempengaruhi kulit wajah lebih sihat & cantik. Apa makanan yang kita makan juga mampu membersihkan wajah dan membuat kita kelihatan lebih muda dan bertenaga.

Terdapat 10 makanan yang boleh membantu membersihkan wajah untuk kelihatan sihat, bercahaya dan bertenaga.


Sumber dari Google :)
Avokado 

Bukan sahaja digunakan dalam pelbagai produk kecantikan, tetapi kulit serta isi avokado kaya dengan vitamin B. Ia sangat penting untuk mendapatkan kulit yang licin, sihat, membantu mencegah iritasi, merah dan bengkak pada kulit. Anda boleh mengambilnya bersama salad, smoothie atau boleh menyapu isi buah tersebut di muka untuk dijadikan skrub. 



Beri 

Vitamin C sangat penting untuk kulit yang sihat dan buah beri telah membuktikannya. Strawberi dan beri hitam mengandungi serat kolagen untuk membuat kulit tampak lebih muda. Diperkaya dengan anti oksidan yang tinggi, ia turut berkesan untuk membantu mencegah keradangan tidak kira anda mengamalkannya bersama smoothie atau cara biasa. 


Keju kotej (Cottage cheese) 
Selenium dan Vitamin E yang terdapat dalam makanan ini dapat membantu melawan radikal bebas dan membekalkan antioksidan yang tinggi untuk kulit sihat. Ada laporan mengatakan khasiat kotej keju ini dapat mencegah kanser apabila diamalkan dalam pelan diet yang sihat. 

Almond (kacang) 
Asid lemak dalam makanan ini dapat membantu mengekalkan sel membrane dan dapat menyahkan toksik di dalam badan. Almond juga mengekalkan air dalam badan yang akan menjadikan kulit wajah dan badan yang pejal dan sihat. Selain itu, minyak baik yang terdapat di dalam almond ini sangat bagus untuk kesihatan jantung dan mengekalkan kesihatan berat badan. 

Kentang
Kentang mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk keperluan tubuh. Diperkaya dengan zink dan vitamin C, kentang juga dapat membina kekenyalan kulit untuk tampil muda dan sihat sepanjang masa. 

Bijirin
Walaupun bijirin dapat menyebabkan peningkatan gula dalam darah, bijirin juga dapat membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan luaran yang anda mahu. Namun, anda harus memastikan bijirin ini mempunyai serat yang tinggi untuk mendapat manfaat yang baik kepada kulit anda. 

Biji flaks
Jika anda tidak suka makan ikan dan makanan yang mengandungi lemak asid omega tiga yang tinggi, biji flaks ini merupakan penyelesaian kepada anda. Omega 3 yang terdapat dalam biji ini dapat membantu menhidratkan kulit, mengurangkan sebum, menutup liang roma serta membantu mencegah jerawat. Minyak yang terdapat di dalam biji ini memberikan kulit wajah yang berseri secara semulajadi serta kulit yang muda dan sihat. 

Yogurt
Kaya dengan protein, yogurt membantu untuk membina kulit yang lebih anjal. Yogurt dari Greek mengandungi dua kali lebih protein dan kaya dengan serat. Terdapat pelbagai perisa yogurt dan anda juga boleh mengamalkan yogurt dengan tambahan buah beri, madu dan pelbagai buah lain. 

Lada
Warna hijau, kuning, oren, dan merah pada lada dapat menyerlahkan hidangan anda. Karotenoid (antioksidan di dalam lada) dapat mengurangkan kedutan pada wajah, menampakkan wajah lebih muda dan sihat jika selalu diamalkan. 

Mangga 
Bukan sahaja sedap, mangga juga dapat membantu memulihkan kulit. Mengandungi lebih daripada 80 peratus vitamin A, anda perlu amalkannya sekerap mungkin untuk melawan radikal bebas atau kulit tidak akan berkedut pada usia yang muda. Berkalori rendah, mangga amat sesuai diamalkan sewaktu diet.


Sumber : 10 makanan mampu bersihkan kulit wajah

**********************************
Tips dari saya pula yang saya rasa boleh diamalkan oleh semua orang terutama yang beragama Islam ('',) Ada antaranya mak saya yang ajar... dan ustazah saya pernah ajar.. Malah saya ada tonton rancangan pencarian ratu rania tips dari ziana zain.. ada yang sama saya amalkan... Nak tahu apa tak?

  • Selepas bangun pagi, sebelum kita cuci muka & berus gigi minumlah air masak segelas sambil berselawat 3x
  • Setiap kali waktu mencuci muka niatkan dalam hati semoga Allah elokkan wajah kita & perilaku agar disenangi oleh semua orang sambil tu kita berselawat
  • Air masak kena cukup...sebab 70% dari badan kita memerlukan air.. sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari. Tapi jangan minum air sekaligus banyak.. minum ikut masa sehingga cukup 2-3 liter sehari dalam tempoh 24jam.
Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:


“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”


Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah dari sekarang!

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:



“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah 

dunia ini miliknya.”

13 June 2013

Sarapan Berkhasiat Untuk Otak Cerdas & Ligat

Assalamualaikum Semua...

Lama sungguh saya tak update blog ni :) Hampir sebulan setengah juga. Kebelakangan ni agak sibuk dengan urusan kerja di opis dan urusan keluarga. Nak jadikan alasan jer ('',) Ok lah, hari ni dah 13hb... Jadi dah 13 hari berlalu dalam bulan Jun. Untuk bulan ni Shaklee Malaysia bagi promosi Meal Shakes. Ni adalah antara produk kegemaran juga oleh ibu-ibu termasuklah saya. Tapi KENAPA yer? 

Meal Shakes ni adalah Makanan Segera, Tanpa Was-Was untuk anak-anak kita. Biasa orang kata makanan segera @ fastfood ni tidak baik diamalkan. Tapi berbeza dengan produk Shaklee ni. Ia adalah makanan segera yang sihat. 'Segera' disini bermaksud ianya segera diserap... Protin berkualiti tinggi dan mudah diserap dalam tubuh manusia dari kanak-kanak hingga dewasa.. 

Jom kita tengok apakah antara kelebihan Meal Shakes.

Klik Gambar Untuk Melihat Paparan Lebih Jelas


Sumber : Shaklee Today Vol 6|2012

Dengan tabiat yang sering berkejaran & tergopoh-gapah, kanak-kanak selalunya tidak punya waktu untuk duduk diam menikmati hidangan mereka. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makanan yang bukan hanya segera tetapi juga berkhasiat untuk mereka seperti pilihan berkhasiat hidangan Shakes Shaklee yang rendah lemak dan rendah glisemik.

Rasa yang hebat, pek minuman extra nutrisi yang mudah dibancuh dan dicampur dengan hidangan lain. Shake tersebut menawarkan 19 vitamin dan mineral penting dan kaya dengan sumber kalsium serta sumber protein yang hebat. Ia juga merupakan nutrien asas untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar untuk kekal kuat dan sihat.

Tentu mereka akan menggemari pilihan bukan soya berperisa vanilla dicampur dengan susu yang berbuih. Cubalah rasai bancuhan shake Shaklee di pagi hari yang dicampur bersama yogurt tanpa perisa atau pun susu rendah lemak beserta buah- buahan.
  • Snek nutrisi yang enak pada bila-bila masa
  • Hidangan ideal yang rendah kolesterol, lemak dan sodium
  • Hidangan segera bagi para atlet
Menurut pertubuhan Pemakanan Amerika, lebih daripada 40% kanak-kanak perempuan dan 32% kanak-kanak lelaki tidak bersarapan secara teratur pada waktu pagi. Kebanyakan ibubapa berasa pelik mengapa anak mereka sukar mengambil sarapan pagi sebaliknya mengambil makanan ringan menjelang tengah hari. Puncanya adalah kerana kanak-kanak tidak mengambil sarapan pagi tidak mendapat nutrisi dan tenaga yang diperlukan tubuh untuk mereka menumpukan pembelajaran di sekolah.

Kajian bagi kolerasi dia antara sarapan pagi dan pencapaian di sekolah menunjukkan "kanak-kanak yang mengambil sarapan sebelum ke sekolah mendapat keputusan yang lebih baik di dalam mata pelajaran matematik dan cepat membaca serta mempunyai daya tumpuan lebih lama dan bersikap lebih sopan".

Bagaimanakah pengambilan sarapan pagi memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak di sekolah secara keseluruhannya?
  • Memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari persekolahan.
  • Menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai.
  • Membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan bertindak atau menjawab pertanyaan yang diutarakan guru dengan lebih tepat.
  • Meningkatkan pencapaian berfikir.
  • Menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah.
  • Membantu mereka untuk tidak 'berkhayal' semasa di dalam kelas.
  • Membuatkan mereka lebih tenang dan kurang menggelabah.
------------------------------------
Apa orang nak kata tentang Meal Shakes ni, saya xkhesah.... Cuma yang saya tahu.. Saya ingin memberikan yang terbaik untuk anak saya :)

Alhamdulillah, saya dah jumpa makanan tambahan yang senang di ambil untuk anak saya iaitu Meal Shakes. Disebab kan saya ni ibu yang bekerja, jadi saya tak dapat nak pantau anak saya 24 jam. Jika masak pun belum tentu setiap hari. Kadang2 beli jer makanan di luar tanpa mengetahui kesahihan kebersihannya. Betul tak? Makanan yang saya masak sendiri pun tak dapat nak diukur lagi zat dan vitamin di dalamnya.

Jadi saya sudah memberi Meal Shakes untuk membantu anak saya kekal sihat, bijak dan cergas!!
Alhamdulillah saya lihat anak saya kurang sembelit... senang sangat membuang.. kulit pun cantik gebu.. jarang demam & selsema. Pelaburan yang terbaik untuk kesihatan anak kesayangan saya... Anda bila lagi?? Apa pelaburan untuk anak anda? Tak kan pelaburan untuk pakaian mahal, kasut mahal, barang permainan mahal jer.. Kesihatan nya pula bagaimana?? Mencegah lebih baik dari mengubati...
Inilah Puteri Kesayangan Saya
Jika berminat untuk mendapatkan Shaklee Meal Shakes dengan harga promosi hanya untuk bulan ni sahaja.. Hubungi saya untuk mendapatkannya.. 

Harganya sangatlah berbaloi-baloi untuk kesihatan anak anda! 
Retail Price : RM 113.75 Harga Promosi : RM **.00