19 October 2012

First Aid Di Rumah & Tingkatkan Imunasi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Sekarang ni memang musim hujan kan? bila petang jer hujan...kat opis ni dah lah econ jer setiap masa..huhhh bertambah sejuk :) hari tu anak saya demam..maybe nk tumbuh gigi kot...asyik tunjuk gigi dia jer...Alhamdulillah 3 hari jer dia demam...dia ok..ibu dia plak rasa mcm nk demam..ngan selsema teruk...tapi nasib baik saya dah siap-siap sedia First Aid Kit kat rumah...Saya minum Nutriferon sepeket sehari...campur ngan air panas...sedap gak...pastu saya gandakan ambil vitamin C Shaklee..sehari 2 biji...leh baca sini macam mana saya atasi anak saya demam. Apa erkk Nutriferon ni?? Jom kita baca apa itu Nutriferon...


Apa itu Nutriferon?

NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.

Apakah interferon? Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.


Siapa yg perlukan Nutriferon?

1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan

2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara

3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum

4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti

5. Individu yang diet mereka tidak optimum

6. Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan

7. Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif


Kenapa perlu Nutriferon?

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu

- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat

- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.


Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.


>> Kenapa Nutriferon Shaklee?

1. Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi – saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan secara semulajadi.

2. Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.

3. Penyelidikan selama 40 tahun – selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik empat elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.

4. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. NutriFeron mempunyai MACH, 1 campuran interferon drpd ekstrak tumbuhan yg telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckle.

  • Biji Labu >> Berfungsi untuk meransang pengeluran interferon semulajadi di dalam tubuh dan menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser
  • Bioji Plantago Asiatica >> Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun
  • Honeysuckle >> menentang pencerohohan virus dan kuman
  • Bunga Safflower >> Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman
5. disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia- 4 kajian klinikal yang dikeluarkan mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di NutriFeron.

6. Formula eksklusif dilindungi oleh tiga paten - Nutriferon disokong oleh tiga paten dan hanya boleh didapati melalui Shakee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee.

7. Dibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik – supplemen tambahan yang berkesan, NutriFeron telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi, dan prestasinya.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Jika anda berminat untuk membeli Nutriferon untuk jadikan First Aid Kit anda di rumah...Boleh menghubungi saya untuk mendapatkannya :-





17 October 2012

Testimonial Basic H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Pagi ni nak cerita pasal kegunaan Basic H... Saya teruja tengok ada kawan beritahu pengalaman dia sendiri menggunakan Basic H untuk segarkan sayur sawi dia yang layu... Semua kehendak dari Allah juga kan..tanpa keizinananya mungkin xkan terjadi...tapi ni salah satu kejaiban yang Allah tunjukkan pada kita...TQ DeAuniCB kongsi pengalaman awak...

Klik Gambar Untuk Melihat Dengan Jelas erkk :)
" kisah Basic H...mmg berbaloi beli Basic H....rendam sayur sawi yg dh 6 hari dlm peti ais..ingt nak buang jaa....lps rendam dlm lbh krg 4-5 minit cm tu, sayur jd segar balik...tak jadi nk buang...hhahaha..so, sape2 yg nk try Basic H ni, blh kontek distributor masing2...memang berbaloi la..kalo ank demam pon, sapu Basic H + air ni ja.....(^___^)" DeAuniCB

Banyak lagi kegunaan Basih H ni sebenarnya...pengalaman saya sendiri 2-3 hari ni..saya kena ulser dalam mulut..mmg sakit bila nak makan..tak terfikir basic H ni boleh hilangkan..Tiba-tiba teringat Basic H..Apa kata try guna...So semalam saya ambik setitik sapu kat tempat ulser tu...pastu saya kumur-kumur dengan air...Alhamdulillah 2x saya sapu..hilang dah sakit ulser saya..wahhh memang best..Alhamdulillah...

Lagi satu bila saya gatal2 badan..mandi ngan basic H...masuk 2-3 titik jer dalam baldi..pastu mandi lah ngan air tu...anak saya bila merah2 badan pun saya mandikan dengan Basic H gak..biasalah budak..cepat berpeluh kan..badan naik merah...Alhamdulillah memang berkesan...xperlu lagi pergi klinik ambil ubat untuk hilangkan gatal-gatal ;)

Semua ni hanya usaha kita untuk cari penawar..betul tak?? tak Cuba tak Tahu macamana keberkesanannya... Saya dah jumpa dengan pencuci serbaguna ni... Alhamdulillah keluarga saya serasi dengan benda ni... memang best.. harga pun xmahal... tahan lama satu botol... hanya guna 2-3 titik sahaja setiap kali penggunaan... cecairnya memang pekat.. yang penting dijamin Selamat, Berkesan dan Mesra Alam...

Untuk lebih info tentang Basic H.. Klik Sini dan Sini

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Jika anda berminat untuk mencuba Basic H di rumah...Sila hubungi saya untuk dapatkannya


16 October 2012

Bila Anak Demam... Apa Perlu Buat???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Pagi ni saya nak share tentang pengalaman saya apa yang saya buat bila anak demam.. Sekarang ni mmg musim demam kan?? xkiralah anak ker..ibu ker ayah...tapi bila anak demam...ibu ngan ayah mmg risau kan...saper xrisau bila badan anak panaskan?? Lebih-lebih lagi anak bau sorang macam saya ni..hihi..tu lah pengerang jantung..tulah tempat kita berkasih saying bila si ayah sibuk ;) melalut plak..ok terus pada point apa saya buat bila anak demam??? 

Sumber Google
Pertama – Ambik bacaan suhu badan anak guna thermometer…benda ni boleh beli kat farmasi atau Watson..Setiap rumah perlu ada benda ni terutama bagi kita yang ada anak.. Setiap sejam sukat suhu badan anak bila badan anak mula terasa panas.. Bila saya sukat suhu badan dekat ketiak anak saya dah mencapai suhu 37°c…saya dah risau..nak tahu naper?coz anak saya pernah kes demam gigil2 mcm nak ke sawan tu…hanya Allah jer yg tahu perasaan saya masa tu..tu lain kali saya cerita erkk..apa yg saya wat plak.. 


Kedua – Saya mandikan anak saya dengan Basic-H… Orang2 tua kata bila anak demam jgn mandikan dia..nnti tambah teruk…salah sebenarnya..kita perlukan mandikan dia untuk buang haba panas dalam badan dia…lagi satu jgn selubung2 anak dgn selimut ker kain ker..pakai baju sejuk ker.. fakta ni memang betul..saya refer ngan doctor…masa anak saya kna demam panas teruk dulu…bagi anak-anak terutama yg bawah 5 tahun..kita mandikan dia air suam yer…doctor cakap antibody budak lain dgn orang dewasa..bila mandikan air suam..pengewapan panas dalam badan dia akan keluar bila mandikan air suam. Ohh yer apa tu Basic H..benda ni dalam bentuk cecair.. banyak kegunaannya yang lain ..cecair tu titiskan 2-3 titik dalam air mandian anak…pastukan mandikan dia.. fungsi dia untuk turunkan suhu. Kalau anak xmahu mandi..ambik kain rendam dalam air mandian dia tadi..kain tu perahkan..lap pada seluruh badan anak… 


Ketiga – Makan Vitamin C… Dinasihatkan agar mengambil 2 biji vitamin C. Satu pagi dan satu malam.. Sebiji vitamin dipatah dua sebelum dimakan. Kenapa erkk perlu di patah dua??? Ianya untuk mempercepatkan penyerapan Vitamin C sebab Vitamin C Shaklee ni sustained release. Maksudnya ia dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan. Tapi in case of demam/selesema/batuk, badan kita perlukan lebih Vitamin C dari biasa dan perlukan ianya cepat. Bila kita patahkan, ia akan terus masuk ke dalam tubuh. Disebabkan anak saya masih menyusu dengan ibunya lagi. Jadi ibu dia yang makan vitamin C ni. Vitamin C yang si ibu makan akan disalurkan ke dalam susu ibu dan manfaat dapat kat anak. 


Keempat – Bagi nutriferon…Nutriferon ni dalam bentuk minuman dalam paket kecil..leh campur ngan air panas,suam atau sejuk..sehari 1 paket jer.. Disebabkan anak saya 1 tahun 9 bulan.. masih menyusu dengan saya..jadi sayalah minum..saya just bagi dia 2-3 sudu jer..coz sibuk nak minum gak bila nampak ibu dia minum..hihi..Apa erkk fungsi dia?? Minuman ni untuk menguatkan system imun@ sebagai immune booster..bagi ibu menyusu..awak minum nutriferon tu..pastu kerapkan susu anak..so minuman tu akan berpindah pada anak..tambahan ngan khasiat susu ibu memang tidak boleh ditandingi J betul tak?? Yerlah bila anak kena kuning pun..nurse akan paksa kita susukan baby sekerap yg mungkin utk hilangkan kuning…

Shaklee Nutriferon (Credit : ShakleeGL Group)
Selain Nutriferon ni bagus untuk demam, selsema, batuk & resdung... sebenarnya, ada BANYAK LAGI faedah Nutriferon ni ...

Antara faedah utama Nutriferon :

Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangs
ang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.

Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi  kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

Kelewatan Penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.

Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

Meningkatkan Menopaus - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.

Membantu masalah PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.

Alhamdulillah..lepas 3 hari saya berusaha untuk anak saya...demamnya hilang...dah xpanas dah...Syukur sangat...Kita hanya berusaha kan..Allah penentunya...disamping kita ambil inisiatif makan supplement jangan lupa berdoa padaNya cepat sembuhkan anak kita...mudahan pengalaman saya ni dapat dimanfaatkan pada anda semua...

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Jika anda berminat untuk mencuba produk Shaklee yang selamat untuk anak-anak kita ni bolehlah menghubungi saya...


15 October 2012

Diri Anda Adalah Apa Yang Anda Makan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Petang ni nak citer cikit pasal makanan yg kita makan...Pernah dengar tak pepatah pernah berkata "Diri Anda Adalah Apa Yang Anda Makan"...Pepatah ni memang ada benarnya dlm soal kesihatan dan diet seharian kita. Ramai kita tak perasan akan peranan pengambilan makanan berkhasiat utk memastikan kesihatan yg baik sehinggalah diri sendiri mengalami penyakit-penyakit yg kronik.

Pakar kesihatan & pemakanan bersetuju bahawa punca utama berlakunya penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan sakit jantung ni adalah kerana amalan pemakanan yang tidak sihat..Jadi kita perlu ingat erkk, jagalah pemakanan kita seharian..jangan main belasah jer makan...kesihatan kita adalah sgt bernilai utk diri kita sendiri, utk suami/isteri, dan utk anak-anak...Hargailah kesihatan kita yang Allah berikan pada kita...Bersyukur...

Corak pengambilan makanan yg teratur perlu di amalkan sejak awal lagi..kerana corak pemakanan kita mempengaruhi keadaan kesihatan kita pada masa akan datang.Pelbagai faktor yang membawa amalan pemakanan yg tidak berkhasiat dalam kehidupan seharian kita. Salah satu daripadanya ialah jadual harian kita yg ketat memaksa kita mengambil makanan yg tersedia contohnya makanan segera dan makanan yg dibeli diluar tanpa menyedari kesannya pada kesihatan.

Ada 6 Amalan Pemakanan Tidak Sihat diambil oleh masyarakat kita yang mengundang risiko pelbagai penyakit :-

1) Terlalu Banyak LEMAK & KOLESTROL


Makanan seperti daging, telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik apabila diambil dalam kuantiti sederhanana. Tetapi ia mengandungi banyak lemak dan kolestrol.

Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong kepada serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolestrol adalah punca utama penyakit jantung. Makanan seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Jadi, pengambilan makanan kategori ini hendaklah dikawal :)

2) Terlalu Banyak GULA


Makanan yang siap diproses dan manis seperti kek, coklat dan aiskrim mengandungi gula berlebihan yg memberi sejumlah besar kalori tanpa sebarang khasiat dan serat. Memakan gula berlebihan adalah bermakna anda akan mengundang risiko merosakkan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain seperti kencing manis dan serangan jantung.

3) Terlalu Tinggi Kandungan GARAM


Pengambilan makanan segera, makanan dalam tin, daging yang di awet dan makanan ringan adalah popular di kalangan masyarakat kini. Makanan ini mengandungi terlalu banyak garam yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

4) Terlalu Sedikit SERAT


Tanpa pengambilan serat yang mencukupi, sistem pemprosesan makanan dalam badan akan mengambil masa yang lebih panjang utk melalui saluran penghadaman dan boleh mangakibatkan serangan kanser pada usus besar kerana kehadiran bahan beracun.

Tapi makanan berserat yang mencukupi boleh menghindarkan risiko ini. Serat yang tinggi dapat melancarkan sistem penghadaman. Contoh makanan nya adalah roti, sayur-sayuran dan buah-buahan perlulah diambil dgn mencukupi.

5) Bahan PENAMBAH


Sebilangan besar pengusaha makanan segera atau makanan yang diproses ada campuran pelbagai jenis bahan kimia yang bertujuan untuk memastikan ketahanan dan kelazatan makanan tersebut. Hal ini akan mengundang pelbagai risiko penyakit sekiranya diambil secara berterusan. Ada 3 bahan utama yang sering dimasukkan dalam makanan ini iaitu bahan Perasa, Pewarna & Pengawet. Kesemua ini amat berbahaya kepada kesihatan tubuh manusia. Oleh itu, elakkan memakan makanan segera dengan kerap.

6) ALKOHOL


Alkohol hanya akan memberikan banyak kalori tetapi rendah bagi kuantiti zat yang lain. Alkohol boleh menghapuskan kandungan vitamin dan dan zat galian dalam bahan sekaligus memburukkan kesihatan peminumnya melalui sirosis hati, masalah gastrik, serangan jantung, gangguan otot, masalah sistem saraf dan sebagainya. Alkohol yang diambil secara sederhana dan terkawal mampu mengubati penyakit tetapi sekiranya diambil secara berlebihan akan membawa padah. Apa yang pastinya alkohol adalah HARAM di sisi ISLAM... Jadi sebagai umat ISLAM adalah diharamkan sesekali mengambil minuman ini...

12 October 2012

Adam dan Hawa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Korang tengok tak Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD.. Saya suka lah jalan cerita dia... Drama ni adaptasi dari novel Adam dan Hawa... Karya Aisya Sofea...



Sumber Google
Dulu pernah baca novel ni masa zaman belajar..tapi dah lupa jalan cerita dia... So bila tengok drama bersiri ni.. wahh tersentap jiwa ;) memang besssst... Mesti nak tengok TV pukul 10 malam di Astro Mustika HD,134..hihi...penangan hero malaya...gabungan heroin nya pun mantap gak.. Aaron Aziz & Nadiya Nisaa

Sumber Google
Lagi satu OST Drama Adam & Hawa ni pun best.. MUARA HATI... Gabungan suara Penyanyi Lelaki & Perempuan Terbaik di Malaysia.. 

Sumber Google
~ Jom layan liriknya....
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali… padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku berhujung padamu

Kemanapun kan pasti kembali o..

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu… biarkan aku merasuk dalam hati cinta..

10 October 2012

SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Saya jumpa artikel ni kat FB Kawan, Norfila... Rasa artikel ni bagus untuk tips bagi para-para ibu bapa terutama ibu bapa muda... Mari kita baca untuk tambah ilmu erkk kawan-kawan :)

Read this! Important Info!
SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN





Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
  • Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
  • Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

RUJUKAN

www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm
www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
www.dontshake.org
en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome

Dr.Muna
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang

sumber : Elya Store

04 October 2012

Promosi Oktober 2012 - ESP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Hari ni dah 4 hari berlalu bulan Oktober...Bulan ni Shaklee wat promosi untuk produk ESP :) Produk yang paling laris di Shaklee. Paling HOT lah...Kalau nak tahu ESP boleh diambil oleh semua golongan.. lelaki perempuan.. tua muda... Mari kita lihat apa kelebihan ESP ni sehingga mendapat permintaan ramai :-


PROTEIN adalah ASAS dan MAKANAN kepada sel.. Jadi, ia penting untuk PEMBENTUKAN dan PEMBAHARUAN SEL.. ESP dapat membantu menyihatkan sel. Sebab tu ESP digalakkan ambil bersama dengan vitamin lain. Sel yang sihat dapat menyerap vitamin lain yang kita ambil dengan lebih baik. Kalau sel tidak sihat, vitamin ambil masa lebih lama untuk diserap dan efektif. Jadi, apabila sel SIHAT dan cukup ENERGY, PENYERAPAN nutrien adalah lebih OPTIMUM


Kenapa ESP Shaklee??? 
SEBAB ianya confirm bersih, halal dan selamat non-GMO [menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses] … Kalau kita beli homemade soya pun tak seasli ESP.

> Nak KURUS cari ESP... 

> Nak TAMBAH SUSU cari ESP... 

> Nak GEBU cari ESP... 

> Nak ANJAL cari ESP... 

> Nak KULIT CUN muda remaja cari ESP... 

> Nak SIHAT Cari ESP... 

> Nak KENYANG cari ESP... 

> Nak BERTENAGA Cari ESP... 

> Nak HAMIL Cari ESP..kerana dapat memelihara dan memulihara rahim.. 

> Ibu HAMIL cari ESP kerana dapat menguatkan rahim, untuk pembentukan otot baby 

ehh macam lagi laa boleh dapat dengan ESP ni...

Antara komen-komen pengguna Shaklee yang mengamalkan ESP...


"ESP Best...sya memang pengguna ESP tegar....Kebiasaannya..org yg berbadan besar seperti saya memang berpotensi ke arah berpenyakit...selalunya..kadar kolesterol sya "bermain2di antara 5-5>..pernah border line....sejak mengamalkan ESP nih... tengoklah kwn2...Alhamdulillah...paras kolesterol sya dh trn...syukur...hanya 1 scoop sehari... kulit pon jd supple..!!!"



"betol tu....coz saya pesakit gastrik...sejak amik ESP tak risau dah kalau lapo pon dah boleh tahan..kalau dulu tak leh nak tahan2 ni...kene makan kalau lapo.kalau tak jawabnye mmg pedih lar perut..try lar ESP...mmg bagus n working..."


"samala..ain mmg penggemar mknn..berat ain sblm lyn shaklee ni 64..slow2 amik brg shaklee start wit ESP..almaklumlah..surirumah..tggu mnteri kwgan (en.hubby) luluskan permohonan bru blh bli..hahaha..tp lps nmpk perubahan yg sgt3 mngujakan haa trus tanya xnk try ap2 lg ke produk shaklee??ambikkkk dia yg offer..hahaha..lari topik dh ni..tp ESP mmg terrbaikk la kak..jgn skip tau..benefit dia di luar jangkaan..ain minum ESP shj berat dr 64 trn 59kg..xtipu..ain pn xska sgt rsa dia tp bila minum air buat ngn air sejuk den thn nafas minum skli hadap..mst akn ade tggl skit dlm shaker tu tp xbanyak la sbb smpi bwhtu mcm ade serdak2 dia skit kn..tp ok la dr xminum langsungkn..paksa minum..nk cantik n shtkn..kna la paksa.hasilnya.. ni haa..(= senyum memanjang skang..hahaha"

"nak share pengalaman dan perubahan diri sy sejak ambil shaklee (consume set b dan ESP baru nak masuk 2 bulan):
1. eczema pd seluruh badan hilang - sy alah kpd peluh - bhabis duit beratus2 setiap kali jumpa doc pakar kulit.
2. rambut kurang / hampir tidak gugur lagi - sblm ni penat nak bersihkan rambut atas lantai tiap2 hari.
3. kulit rasa makin lembut dan tegang - sblm ni biasa2 aje.
4. senggugut hilang - sblm ni tpaksa bgantung pd ubat tahan sakit setiap bulan tapi kadang2 x ade kesan ape2.
5. kulit muka sentiasa lembab dan tidak lagi bminyak - kulit mira jenis oily combination.
6. hasil perahan susu makin bertambah dan sudah mencecah 22 oz - sblm start mengepam, mira letakkan tangan kat ke2-2 B, sambil baca surah al-kauthar 3 kali. pastu niat dalam hati, 'Ya Allah, limpahkanlah rezeki buat anakku, lancarkanlah susu ku keluar, dan kau berkatilah ia. hanya padaMu aku berserah kerana KAU maha berkuasa atas segalanya. amin'. then, bismillah, mula mengepam.."

"setahu sy ESP bagus utk kulit, kuku dan rambut. Dulu sy consume ESP kuku sy nampak berkilat dan cantik je, rambut kurang gugur.. :)"

"Hari ni sy nak share mengenai ESP.setelah mengambil produk ini selama 3bln, makcik sy tegur "eh, mana pergi bekas jerawat kt muka ko?"...hehe...wahhh...memang betul la, ESP memperbaiki tisu kulit muka.dan yang paling saya x sangka, parut czer saya juga semakin cantik!sbb selepas czer 2x, jahitan jd menggurutu...tp skrg dh mula nak rata dan licin...Alhamdulillah, dapat faedah2 lain selain niat asalnya nk tambah susu badan je.so, moh la kite..."



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

SHAKLEE: OCT'12 PRODUCT PROMOTION - ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER
(BUY 6 FREE 1)

Jadi, jika berminat untuk mendapatkan ESP Shaklee pada harga SPECIAL OFFER...boleh pm saya utk mengetahuinya :)