15 October 2012

Diri Anda Adalah Apa Yang Anda Makan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Petang ni nak citer cikit pasal makanan yg kita makan...Pernah dengar tak pepatah pernah berkata "Diri Anda Adalah Apa Yang Anda Makan"...Pepatah ni memang ada benarnya dlm soal kesihatan dan diet seharian kita. Ramai kita tak perasan akan peranan pengambilan makanan berkhasiat utk memastikan kesihatan yg baik sehinggalah diri sendiri mengalami penyakit-penyakit yg kronik.

Pakar kesihatan & pemakanan bersetuju bahawa punca utama berlakunya penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan sakit jantung ni adalah kerana amalan pemakanan yang tidak sihat..Jadi kita perlu ingat erkk, jagalah pemakanan kita seharian..jangan main belasah jer makan...kesihatan kita adalah sgt bernilai utk diri kita sendiri, utk suami/isteri, dan utk anak-anak...Hargailah kesihatan kita yang Allah berikan pada kita...Bersyukur...

Corak pengambilan makanan yg teratur perlu di amalkan sejak awal lagi..kerana corak pemakanan kita mempengaruhi keadaan kesihatan kita pada masa akan datang.Pelbagai faktor yang membawa amalan pemakanan yg tidak berkhasiat dalam kehidupan seharian kita. Salah satu daripadanya ialah jadual harian kita yg ketat memaksa kita mengambil makanan yg tersedia contohnya makanan segera dan makanan yg dibeli diluar tanpa menyedari kesannya pada kesihatan.

Ada 6 Amalan Pemakanan Tidak Sihat diambil oleh masyarakat kita yang mengundang risiko pelbagai penyakit :-

1) Terlalu Banyak LEMAK & KOLESTROL


Makanan seperti daging, telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik apabila diambil dalam kuantiti sederhanana. Tetapi ia mengandungi banyak lemak dan kolestrol.

Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong kepada serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolestrol adalah punca utama penyakit jantung. Makanan seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Jadi, pengambilan makanan kategori ini hendaklah dikawal :)

2) Terlalu Banyak GULA


Makanan yang siap diproses dan manis seperti kek, coklat dan aiskrim mengandungi gula berlebihan yg memberi sejumlah besar kalori tanpa sebarang khasiat dan serat. Memakan gula berlebihan adalah bermakna anda akan mengundang risiko merosakkan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain seperti kencing manis dan serangan jantung.

3) Terlalu Tinggi Kandungan GARAM


Pengambilan makanan segera, makanan dalam tin, daging yang di awet dan makanan ringan adalah popular di kalangan masyarakat kini. Makanan ini mengandungi terlalu banyak garam yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

4) Terlalu Sedikit SERAT


Tanpa pengambilan serat yang mencukupi, sistem pemprosesan makanan dalam badan akan mengambil masa yang lebih panjang utk melalui saluran penghadaman dan boleh mangakibatkan serangan kanser pada usus besar kerana kehadiran bahan beracun.

Tapi makanan berserat yang mencukupi boleh menghindarkan risiko ini. Serat yang tinggi dapat melancarkan sistem penghadaman. Contoh makanan nya adalah roti, sayur-sayuran dan buah-buahan perlulah diambil dgn mencukupi.

5) Bahan PENAMBAH


Sebilangan besar pengusaha makanan segera atau makanan yang diproses ada campuran pelbagai jenis bahan kimia yang bertujuan untuk memastikan ketahanan dan kelazatan makanan tersebut. Hal ini akan mengundang pelbagai risiko penyakit sekiranya diambil secara berterusan. Ada 3 bahan utama yang sering dimasukkan dalam makanan ini iaitu bahan Perasa, Pewarna & Pengawet. Kesemua ini amat berbahaya kepada kesihatan tubuh manusia. Oleh itu, elakkan memakan makanan segera dengan kerap.

6) ALKOHOL


Alkohol hanya akan memberikan banyak kalori tetapi rendah bagi kuantiti zat yang lain. Alkohol boleh menghapuskan kandungan vitamin dan dan zat galian dalam bahan sekaligus memburukkan kesihatan peminumnya melalui sirosis hati, masalah gastrik, serangan jantung, gangguan otot, masalah sistem saraf dan sebagainya. Alkohol yang diambil secara sederhana dan terkawal mampu mengubati penyakit tetapi sekiranya diambil secara berlebihan akan membawa padah. Apa yang pastinya alkohol adalah HARAM di sisi ISLAM... Jadi sebagai umat ISLAM adalah diharamkan sesekali mengambil minuman ini...

No comments:

Post a Comment