06 July 2015

Amalan 10 Terakhir Ramadhan Bagi Muslimah Haid atau Nifas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Sekejap jer kan masa berlalu... Dah nak habis bulan ramadhan yang istimewa ni... Sedihnya. Diharapkan kita semua akan berjumpa lagi ramadhan akan datang yer kawan2 :)

Sumber Google
Ramai yang tahu kelebihan 10 ramadhan terakhir ni.. Yerlah pada 10 malam terakhir ni lah akan adanya malam Lailatul Qadar. Malam yang sangat istimewa buat seluruh umat Islam berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . 

Firman Allah SWT :


Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. 

Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" 
(Riwayat Muslim, no 1175 )

Tapi macam mana kan kalau golongan wanita yang uzur di 10 malam terakhir. Apa yang boleh kita buat? Nak gak rasa dapatkan kenikmatan berkatnya malam Lailatul Qadar kan. Semangat dah berkobar-kobar nak memenuhi 10 terakhir Ramadhan ini dengan lipat gandakan amalam ibadah tambahan. Tapi, apakan daya. Ia adalah taqdir ALLAH S.W.T  yang seseorang wanita itu mesti redha. 

Kawan-kawan muslimah jangan sedih tau jika 'uzur' di saat-saat akhir 10 Ramadhan sedangkan hati kawan-kawan bersemangat hendak beribadah. Jom kita semak beberapa senarai amalan ibadah yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada solat, puasa yang dilarang dilakukan ketika datangnya haid/nifas.


Ibadah & Amalan Muslimah Uzur Di Bulan Ramadhan


1) Membaca Al Quran tanpa Mus’haf seperti membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertulis di dinding atau di website dan youtube.
2) Mendengar bacaan Al-Quran daripada CD, TV, Radio dan seumpamanya
3) Membaca dan memahami ayat Al-Quran dari kitab tafsir
4) Perbanyakkan berzikir, selawat ke atas Nabi dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat

Bagi yang berzikir: 
Maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka 
dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman daripada azab 
dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari 
dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya

5) Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset, CD dan seumpamanya.
6) Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu
7) Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya senantiasa mengingati Allah dan berzikir sepanjang hari di bulan Ramadhan
8) Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk waktu
9) Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat dhuha, tarawikh, tahajud dan witir

Disamping amal ibadah dan zikir seperti yang disebutkan, wanita dalam haid dan nifas juga boleh mendapat ganjaran pahala bulan Ramadhan Al Mubarak dengan melaksanakan tugas-tugas harian rumahtangga.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a. daripada Nabi SAW sabdanya,
“Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, 
ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan 
pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. 
(At-Tirmidzi)

10) Menyediakan juadah berbuka dan bersahur .
11) Menghulurkan juadah kepada jiran-jiran atau ke surau-surau yang berdekatan.
12) Membangunkan ahli keluarga untuk bersahur.
13) Melibatkan diri dalam aktiviti dakwah dan kegiatan masyarakat pada waktu yang terluang dalam melaksanakan amal maaruf nahi mungkar.

Kesimpulannya setiap wanita yang datang haid dan nifas, tidak pernah dibeza dan diketepikan oleh Islam. Walaupun mereka tidak dapat menunaikan ibadah puasa (dan solat) mereka tidak kehilangan peluang untuk menikmati kelebihan bulan Ramadhan Al Mubarak.





Kadang2 kita sebagai wanita kurang sedar yang ibadah-ibadah lain yang ada di dalam islam yang boleh kita amalkan walaupun dalam keadaan uzur. Kita hanya terfikir solat dan puasa sahaja ibadah ('',) 

Ketidaksedaran ini membuatkan para wanita yang didatangi haid mati akal dalam mengisi masa yang berharga di dalam bulan Ramadhan. Terbuanglah peluang begitu sahaja. Malah ada juga yang tidur sahaja disebabkan beranggapan mereka tidak boleh melakukan ibadah. Mudahan kita kaum-kaum hawa ni dijauhkan dari sifat macam ni yerk...

ALLAH Maha Pemurah & Penyayang. Banyak peluang lain yang ALLAH sediakan buat hamba-hambaNYA. Dan pahala dariNYA memang DIA sediakan buat hamba-hambaNYA yang suka mencari keredhaanNYA. Konsep ibadah ini terlalu luas. Seluruh kehidupan kita juga boleh dijadikan ibadah jika kita melakukan perkara-perkara kebaikan. 
Selamat beribadah kawan-kawan di 10 terakhir Ramadhan ni.

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

No comments:

Post a Comment