09 July 2015

Suplemen Wajib Bagi Wanita Berkerjaya


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Apa khabar kawan2? Macam mana persiapan raya kawan2? Selagi belum raya ni memang ada jer kan barang yang tak cukup... Biasa lah tu. Tapi ingat tau kawan2 sebelum nak membeli tu fikir dulu kemahuan atau kehendak? hehe... Buat kira2 dulu sebelum membeli belah. Kang lepas raya, duit tinggal ciput. Zaman sekarang semuanya barang mahai... Nak buat macam mana kan. Sebagai rakyat kita harung jerlah selagi mampu. 

Ohh yer, saya nak cerita tentang wanita zaman sekarang. Kebanyakkan wanita zaman sekarang ramai yang bekerjaya kan? Macam saya ('',) Yerlah kalau kita tak bekerja macam mana nak mengharungi kos sara hidup zaman sekarang ni yang main tinggi. Tak khesah lah kita bekerja di opis atau bekerja di rumah.. Bekerja jugak kan.. Ramai sekarang ibu2 yang bijak pandai bekerja dari rumah jer menjalankan biz online. Tu cita2 saya sebenarnya. Insyaa Allah mungkin suatu hari nanti akan tercapai. Aminnn.... Yerlah dapat jaga anak2 di depan mata sendiri. Best kan.


Tahu tak kawan2 kenapa wanita memerlukan suplemen? Terutama wanita bekerjaya.
Kebiasaan wanita bekerjaya ni selalunya senang menghadapi stress dalam kehidupan. Lebih2 lagi wanita yang dah bekeluarga & mempunyai anak. Di pejabat tekanan dengan bebanan kerja dan pihak atasan, balik rumah pula perlu hadapi pelbagai ragam anak2 dengan timbunan urusan kerja2 di rumah lagi. Itu belum lagi nak melayan karenah si suami kan... Tidak hairan lah kenapa ramai wanita2 muda yang bekerjaya dah dapat pelbagai penyakit. Semuanya berpunca daripada tekanan hidup.

Kalau kawan2 nak tahu stress atau tekanan ni sebenarnya mampu mengundang pelbagai penyakit kronik yer! Stress juga akan menganggu sistem pencernaan (sakit perut,cirit birit), menjejaskan tahap imuniti (mudah sakit), meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah tinggi, sukar tidur, dan pertambahan berat badan...

Jadi macam mana nak kawal stress? 
Wanita2 bekerjaya ni harus mengambil vitamin B Complex kerana vitamin ini memainkan peranan yang sangat penting kerana mampu membantu sebagai penenang. Vitamin B Complex Shaklee mengandungi - Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12. Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan kita. Bila jiwa seorang wanita tenang, maka urusan kerja dan rumahtangga dapat diuruskan dalam keadaan teratur.

Apa lagi suplemen yang boleh wanita bekerjaya perlu ambil? 
Korang boleh refer pamplete kat bawah ni. Antara yang penting secara minimum untuk mengambil suplemen adalah Multivitamin dan Protein. Kemudian berasaskan keperluan dan gaya hidup tambah vitamin C, B Compleks dan Vitamin E. 


Kenapa perlu memilih Suplemen Shaklee?
Ramai yang bertanya kenapa perlu memilih Shaklee daripada jenama lain? Shaklee sering menekankan THE SHAKLEE DIFFERENCE ~ SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN, SENTIASA MESRA ALAM. Semua produk Shaklee semuanya sentiasa selamat digunakan kerana bersumberkan bahan semula jadi yang mesra alam sesuai sangat dengan tubuh badan manusia. Ia juga sentiasa berkesan kerana telah menjalani uji kaji dan mempunyai bukti sains yang kukuh yang dibukukan di dalam jurnal-jurnal perubatan.

JANGAN BIARKAN STRESS MENGGANGU KEHIDUPAN SEHARIAN ANDA SEBAGAI WANITA BEKERJAYA YANG PROFESIONAL!

No comments:

Post a Comment