17 July 2015

5 Tips Beraya Rumah Saudara Dengan Anak Kecil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Sumber : http://gambar-kartun-lucu.blogspot.com/

Selamat Hari Raya Aidil Fitri pada kawan-kawan semua ('',)

Hari Raya tidak lengkap tanpa melakukan budaya berkunjung ke rumah sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Setahun sekali berjumpa mengeratkan silaturahim sememangnya amalan mulia.

Adat hidup berkeluarga, sudah pasti anak-anak akan turut dibawa bersama berhari raya. Selain mengajar mereka tentang budaya kunjung mengunjung, inilah masa untuk membawa anak berjalan.

Namun, ada juga ibu bapa yang memilih tidak mahu pergi menziarah rumah sanak saudara kerana ada anak kecil yang lasak. Alasannya bimbang anak meragam dan merosakkan perhiasan rumah orang!

Mungkin tip beraya dengan anak kecil ini boleh anda praktiskan.

  • Pilih waktu sesuai untuk beraya
Seeloknya ada anak kecil jangan pergi beraya ke rumah orang pada waktu tengahari hingga ke petang kerana ketika itu waktu tidur mereka. Bimbang nanti si kecil meragam hendak tidur. Susah pula papa dan mama hendak bersembang.
  • Galakkan anak bersosial
Anak kecil cepat berasa bosan. Sekiranya rumah yang dikunjungi mempunyai kanak-kanak lain, galakkan anak anda untuk berkawan dan bermain bersama. Sekurang-kurangnya mereka belajar bersosial dan berkenalan dengan orang lain.
  • Pesan dari rumah
Beritahu anak ke mana tujuan kita pada hari tersebut. Pesan kepada mereka agar berkelakuan sopan sepanjang berada di rumah orang. Pesanan tersebut mesti diberitahu berulang kali sejak dari rumah lagi.
  • Pantau pergerakan anak
Walaupun papa dan mama gembira dan asyik bersembang tetapi jangan sesekali abaikan pergerakan anak sepanjang di rumah orang. Mungkin boleh bergilir antara suami isteri untuk memerhatikan pergerakan anak. Pastikan mereka hanya bermain di hadapan anda sahaja. Jangan sampai anak anda masuk bermain hingga ke bilik tidur tuan rumah pula!
  • Jangan lama sangat di rumah orang
Ingatlah yang anda kini mempunyai anak kecil jadi janganlah lama sangat beraya di rumah orang. Anak kecil cepat bosan dan mereka tidak faham mengapa perlu lama di rumah orang. Yang penting anda sudah bertemu sanak saudara mengeratkan silaturahim.

Edit Sumber : http://pama.karangkraf.com



Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

No comments:

Post a Comment