10 March 2014

Minuman 3-in-1 Membahayakan!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Anda suka minum minuman 3 in 1 tak? Anda tahu tak apa risiko yang membahayakan mengambil minuman 3 in 1 ni? Antara salah satunya ialah dalam paket minuman mengandungi gula yang berlebihan selain digembar gemburkan mampu menambah tenaga.


Selain kandungan gula yang amat tinggi lebih dari 3 sudu teh, kebanyakkan minuman 3 in 1 menggunakan krimer susu bukan bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit. Krimer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar. Jika anda menghidapi penyakit jantung atau diabetes yang suka meminum minuman 3 in 1 ni secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit anda menjadi lebih serius.

Gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan dengan jadual kerja harian tambahan pula kosnya yang murah antara 50sen ke RM1 bagi setiap paket menyebabkan minuman 3 in 1 sangat popular kerana mudah dibancuh walaupun ditempat kerja.

Pengambilan minuman ini bukanlah tak dibenarkan, tetapi perlu diambil secara bersederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain lebih-lebih lagi sesiapa yang menghidapi penyakit kencing manis/diabetes dan penyakit jantung. 

"Perut besar yang selalu dipenuhi makanan itu adalah rumah penyakit, sedangkan menjaga diri sebelum sakit adalah pengubatan. Jika dihinggapi penyakit sukar untuk diubati dan memakan masa untuk sembuh. Oleh itu bersederhanalah dalam makan dan minum"



INFO KANDUNGAN MINUMAN 3 IN 1
  • Mengandungi lebih 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
  • Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
  • Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
  • Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
  • Setiap pek turut mengandungi sehingga 200 kalori.
  • Jumlah kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
  • Jika diambil 3 paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
  • Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperolehi. 
Dari minum minuman 3 in 1 baiklah saya minum ESP ker, Performance Orange ker, atau Collagen kan... Selamat dan memberi tenaga sepanjang hari. Siapa yang dah minum jer tahu kebenarannya. Tak perlu lagi risau risiko membahayakan diri :) Bulan ni promosi ESP. Jadi rugi tak ambil peluang untuk membeli borong 6 tin sekaligus.
BELI 6 TIN PERCUMA 1 TIN SEHINGGA 31 MAC 2014

No comments:

Post a Comment