17 March 2014

Info Pemakanan Kudapan Sihat Untuk Si Manja

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Selalu kalau kita pergi pasaraya bersama anak mesti ada kan mereka minta untuk belikan snek ringan... Jadi, mulai hari ini apa kata kita tukarkan snek ringan atau jajan yang tidak berkhasiat kepada snek kudapan yang lebih berkhasiat. Nak tahu apa kudapan/snek yang berkhasiat tu? Teruskan bersama membaca artikel ini untuk mengetahui snek apa yang sesuai untuk anak anda ('',)


Penting bagi ibu bapa tahu apa kudapan atau snek yang berkhasiat dan bermanfaat untuk anak-anak. Kesilapan memilih snek yang betul untuk anak boleh menjejaskan kesihatan mereka. 
  • Potongan buah-buahan segar
  • Buah-buahan kering seperti buah prun, kurma dan kismis
  • Biskut oat bersama mentega kacang
  • Potongan lobak merah dan timun
  • Sandwic
  • Biskut lemak dengan jem buah-buahan
  • Kek
  • Yogurt
  • Bertih jagung
  • Keju
  • Bar bijirin (Cereal bars)

Kudapan yang perlu dielak:

1) Terlalu manis
Biskut yang ada di pasaran biasanya tidak mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan kanak-kanak. Tetapi, jika biskut itu terlalu manis seperti biskut gula, elakkanlah. Seeloknya, kandungan gula yang terkandung dalam makanan untuk anak perlulah seminimum yang boleh.

2) Garam
Pastikan anda tidak biasakan anak dengan makanan bergaram terutamanya bagi anak yang masih kecil. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melaporkan makanan ringan yang menjadi kegemaran kanak-kanak mengandungi dua kali ganda garam melebihi kadar yang selamat untuk orang dewasa. Kanak-kanak menanggung risiko kesihatan lebih besar kerana tubuh mereka lebih sukar menyingkirkan natrium berbanding dengan orang dewasa.

Info tambahan
Selain daripada kudapan, air yang anak anda minum juga perlu diperhatikan. Ramai kanak-kanak suka minum minuman berkarbonat kerana rasanya yang manis. Inilah yang perlu dielakkan. Sebaiknya, beri anak anda minum air kosong, susu atau pun jus perahan buah-buahan segar.

Jika anda ingin memberikan suplemen untuk anak-anak anda, boleh rujuk disini untuk memberikan suplemen yang terbaik buat si manja anda.

1 comment:

  1. Thanks untuk tips kudapan untuk si manja

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete