21 February 2014

Tips Mudah Bangun Pagi

Assalamualaikum & Salam Jumaat Semua...

Tips mudah bangun pagi ni sebenarnya untuk saya buat rujukan seharian hidup.. Ni tips yang dikongsi oleh Kak Shareena atau glemer dipanggil Kak Long :) TQ kak atas perkongsian yang sangat berguna untuk diri saya... Semoga info ni juga bermanfaat untuk anda semua.
.........................................

Sharing tips bagaimana untuk bangun awal pagi sebelum Subuh.

Tips ini hanyalah peringatan untuk diri sendiri untuk diamalkan dan dilaksanakan. Moga bermanfaat buat semua.
  • Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Niat juga dalam hati, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Contoh : “Esok saya akan bangun pada jam 5.00 pagi."
  • Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin. Akan ada malaikat yang mendoakan kita sepanjang tidur hingga sedar esok harinya
  • Dirikan solat sunat taubat dua rakaat sebelum tidur. Sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
  • Gunakan alat bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Setkan alarm telefon berhampiran dengan kita. 
  • Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
  • Baca doa sebelum tidur dan baca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas. Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.

  • Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan beristighfar, memuji dan memuja Allah SWT.  Astaghfirullahalla'zim, SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

  • Selepas itu bayangkan impian anda/ fikirkan yang positif-positif sampailah tertidur.
  • Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan jadi habit dengan amalan ini jika dilakukan terus-menerus tanpa berputus asa.
  • Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini pagi. 
Semoga tips ni berguna untuk anda semua :)

No comments:

Post a Comment