26 April 2013

Suplemen Perlu atau Tidak!

Assalamualaikum Semua...

Semua sihat hari ni? Alhamdulillah saya sihat... Saya harap semua yang tengah membaca blog saya ni sihat hendaknya yer...mudah-mudahan.. Saya nak cerita tentang amalan nutrien yang seimbang dalam pemakanan kita seharian.

Badan yang sihat sebenarnya bermula dengan nutrien yang seimbang. Kalau kita lihat, untuk nak memulakan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang merupakan salah satu aspek terpenting dalam kehidupan seharian kerana kita perlu makan untuk hidup. Tapi, kita pun sebenarnya tak pasti dengan cara hidup zaman sekarang ini yang tidak sihat disebabkan pemakanan, pencemaran, tekanan hidup serta kurangnya aktiviti sihat seperti bersenam dan rekreasi.


Pada zaman dahulu, mereka tidak memerlukan suplemen sebab aktiviti harian seperti bertani membuatkan badan mereka sentiasa aktif. Berbeza dengan cara hidup kita sekarang yang bekerja depan komputer setiap hari, kalau keluar meeting pun ada kereta, LRT, bas dan sebagainya. Realiti sekarang kalau nak pergi kedai pun nak cari parking yang betul-betul depan kedai. Jadi, kurangnya senaman, bahan makanan yang tercemar, air bertoksik, dan ditambah lagi dengan pencemaran yang banyak unsur bebahaya menyebabkan kehadiran radikal bebas dalam badan kita.

Radikal bebas adalah sangat berbahaya kepada badan kita dan perlu adanya bantuan untuk mengeluarkannya sebelum ia merosakkan sel badan yang boleh menyebabkan kepada pelbagai penyakit degeneratif seperti kanser, sakit jantung, osteoporosis, diabetes, parkinson yang berisiko untuk tubuh badan kita. Logiknya kita lihat sendiri semakin banyak penyakit degeneratif yang meningkat setiap tahun, dan semakin ramai yang berisiko untuk mendapat penyakit ni.

Puncanya? Salah satu sebab ialah tak cukup nutrien yang seimbang dan diperlukan oleh badan, untuk menyingkirkan sel-sel radikal bebas yang hadir dalam badan kita, serta dapat menguatkan sistem imun badan untuk mencegah daripada dijangkiti pelbagai penyakit dan virus. Jika kita tak singkirkan radikal bebas daripada badan kita, sel-sel yang rosak akan menyebabkan kepada keadaan badan yang lebih teruk seterusnya boleh menyebabkan penyakit2 degeneratif yang berbahaya seperti kanser, jantung, diabetes dan sebagainya.

Jadi, jagalah kesihatan anda semua. "Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati". Mari kita amalkan gaya hidup sihat & ambil supplemen yang berkualiti tinggi.


Alhamdulillah saya semenjak amalkan supplemen Shaklee hampir 2 tahun ni dah jarang  sangat kena demam ngan selsema...Dalam setahun adalah kena sekali dua jer... Syukur sangat... Jika kawan-kawan nak mulakan makan suplemen boleh lah mula dengan asas vitamin yang dicadangkan oleh Shaklee iaitu "Family Wellness".

Apa ada dalam Set "Family Wellness" ni? 
  • Vitalea (Multivitamin)
Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.
  • B Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.
  • Vitamin C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • ESP
Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.


Apa yang perlu anda ADD-ON bersama-sama set ini?


Jika anda berminat untuk dapatkan supplemen Shaklee ni.. Boleh pm/sms/call saya seperti dibawah :


No comments:

Post a Comment