24 April 2013

Misi Membakar Lemak Semasa Penyusuan Susu Badan!

Assalamualaikum Semua....

Hari ni saya nak cerita lagi tentang penyusuan susu ibu dapat bakar lemak pada badan.. Saya memang menyokong 100% penyusuan susu ibu... Sebab saya memang sangat kagum dengan ibu-ibu yang menyusu kan bayi mereka secara ekslusif selama 6 bulan dan diteruskan penyusuan susu ibu sehingga anak 2 tahun... Alhamdulillah, syukur sangat saya adalah salah seorang ibu di kalangan itu.. 

Ikutkan pengalaman, saya memang agak berisi badan semasa hamil ... Kalau lihat balik gambar lama waktu saya hamil memang orang tidak kenal itu saya ('',) Jika diingat semula kenangan lama memang kelakar.. Semua lah kembang... hidung kembang.. badan kembang... kaki kembang... hihihi.. Anda boleh lihat gambar saya di sini jika tidak percaya... Tapi, Alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat turunkan berat badan secara perlahan sambil menjayakan penyusuan susu ibu.. Itulah impian saya dari awal kehamilan... Saya memang dah set minda ni dari awal kehamilan ingin menyusu anak sendiri... Allah mendengar impian saya dan alhamdulillah saya berjaya melakukan walaupun bersalin secara pembedahan. 

Yerlah ada orang kata, sebab bersalin pembedahan susah nak berjaya misi penyususan susu ibu ni sebab mula-mula lagi jururawat dah bagi anak kita susu formula masa kita lepas pembedahan... Selepas bersalin, anak saya memang telah diberi susu formula sebab saya agak lemah masa tu. Tapi saya nekad minta suami bawa pam ke hospital... saya pam susu sebab nak bagi anak minum pakai botol.. tapi memang agak kecewa kerana susu yang keluar dari badan adalah dalam 2, 3 titik sahaja. Saya menangis.. Mungkin sebab saya melahirkan anak sulung dan tiada pengalaman... Saya agak kecewa dan sedih... Tapi hasil dorongan & nasihat dari suami serta jururawat di hospital.. Akhirnya, saya berjaya menyusukan anak sendiri pada hari ketiga di hospital.. Tapi untuk menjayakan misi tu memang agak tertekan dan perlukan kesabaran yang tinggi... Jadi ibu-ibu di luar sana jangan putus asa jika di awal kehamilan anak tidak mahu menyusu dengan kita... Yang penting kita perlu berusaha, berdoa banyak2 pada Allah, dan cakap pada anak yang kita ingin beri dia yang terbaik, belai dia... susukan dia secara betul dengan bantuan jururawat.. Lebih-lebih lagi pada ibu muda yang bersalin anak pertama.. Ohh yer, sokongan suami juga penting yer.. Tanpa dorongan & bantuan dari suami disisi juga agak sukar untuk kita mengatasi masalah secara sendiri..

Wahh panjang lebar saya bercerita.... Saya hanya ingin kongsi cerita pengalaman saya pada kawan-kawan yang mengalami masalah seperti saya.. Jadi jangan kecewa tau... Usaha tangga kejayaan. Ok, sebut tentang penyusuan susu ibu dapat membakar lemak badan. Tahu tak anda bila kita menyusukan bayi, dapat membakar lemak lebih daripada 600 kalori sehari!

Mari kita baca info dibawah sumber dari : http://pama.karangkraf.com/

Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan antara agenda utama yang mahu dilaksanakan oleh para ibu yang baru melahirkan bayi. Ada segelintirnya gusar dengan keupayaan diri mengurangkan berat badan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu berlangsung. Alasannya, mereka mahu terus menyusukan bayi namun tidak mahu sebarang masalah timbul akibat terlalu obses dengan keinginan mengecilkan pertambahan saiz pada bahagian-bahagian tubuh tertentu. 

Atasi dilema anda dengan fakta ini. Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori sewaktu menyusukan bayi, anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari. Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan. 

Jadi, anda tidak perlu khuatir lagi. Matlamat anda dapat dipenuhi dengan menyusukan bayi secara eksklusif. Sewaktu hamil dahulu, anda menambah berat untuk menyimpan tenaga bagi menghasilkan susu ibu. Kini, sudah tiba masanya untuk anda menggunakan simpanan lemak itu dengan menyusukan bayi. 


1. Jaga Corak Pemakanan
Pengurangan berat badan sepanjang tempoh menyusukan bayi adalah sesuatu yang pasti! Dalam memastikan kejayaan ini, anda hanya perlu mengekalkan diet yang sihat agar anda dan bayi memperoleh zat makanan yang diperlukan. 

Cara terbaik ialah dengan ambil hanya sedikit kalori dengan mengurangkan amaun “tambahan” yang biasa diambil. 

Apa yang dimaksudkan ialah gula tambahan dan lemak tepu yang biasanya terkandung di dalam makanan seperti manisan, masakan bergoreng, keju, susu penuh krim dan daging berlemak. Sebagai alternatif, gantikan jenis-jenis makanan ini dengan pilihan rendah lemak, bebas lemak, kurang manis dan tanpa gula tambahan. 

2. Senaman
Ada pendapat menyatakan sesetengah jenis senaman boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Merujuk kepada kenyataan Kumpulan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Antarabangsa La Leche League, setakat ini tiada data kajian yang membuktikan pandangan berkenaan. 

Faktanya, kajian yang pernah dilakukan oleh C.A Lovelady pada 1990 mendapati ramai wanita yang melakukan senaman secara tetap mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Oleh yang demikian, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin. Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu terutamanya bagi anda yang melahirkan bayi secara caesarean. Dengan cara ini, anda dapat menyingkirkan lemak dan pada masa yang meningkatkan tahap metabolisme dan tenaga tubuh. 

3. Diet
Pakar laktasi menyarankan anda untuk memulakan rutin berdiet hanya selepas 2 bulan menyusukan bayi. Ini bagi memastikan penghasilan susu sedia ada berada di tahap yang stabil. Selepas tempoh itu, anda boleh mengurangkan pengambilan kira-kira 100 kalori sehari. Usah khuatir, pengurangan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan bayi. Menurut kenyataan La Leche League, anda boleh mengurangkan kira-kira 0.7 kg seminggu sepanjang menyusukan bayi tanpa kesan merbahaya. 

Untuk makluman, kekurangan zat makanan tidak akan menjejaskan kualiti dan amaun susu ibu tetapi ia memudaratkan tahap kesihatan diri anda. Walaupun begitu, anda tidak perlu melakukan diet melampau kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada diri anda dan bayi juga. 

4. Buat pertimbangan
Beringatlah! Anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. Jadi, diet melampau yang menjurus kepada pengurangan berat badan secara pantas berpotensi memudaratkan bayi. Ketahuilah, toksin dan racun perosak boleh hadir dalam tahap yang rendah menerusi susu ibu. 

Lebih daripada itu, ia mungkin boleh dilepaskan ke dalam susu ibu. Jadi, diet melampau sememangnya boleh menyingkirkan lemak di tubuh anda tetapi dalam masa yang sama menghapuskan zat makanan berharga di dalam susu ibu. 

5. Pandangan Pakar
Kebanyakan pakar perubatan menasihatkan agar anda tidak perlu bimbang tentang pengurangan berat badan sehingga usia bayi mencecah 6 bulan. Memandangkan penyusuan susu ibu membantu melenyapkan lemak yang ada. Oleh yang demikian, sentiasa dapatkan pandangan daripada mereka yang pakar sebelum memulakan apa jua jenis program pengurangan berat badan.

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu bukan perkara sukar tapi bukan mudah seperti yang disangka. Dalam proses menjayakan misi penyusuan susu ibu anda perlu konsisten mengepam & melengkapkan diri dengan makanan berzat serta nutrisi lengkap dari sumber makanan yang kita makan. Kebanyakkan ibu pada zaman sekarang kurang menjaga pemakanan yang berkhasiat termasuklah saya.. Oleh sebab itu, saya mengambil suplemen tambahan untuk melengkapkan nutrisi lengkap dalam badan. Apa yang ibu makan, itulah makanan yang akan disalurkan pada anak melalui susu badan. Jadi saya memang pengamal suplemen yang konsisten. Kelebihannya, saya berjaya mencapai misi untuk menyusukan anak saya sehingga 2 tahun. Alhamdulillah badan pun sihat, kurang dapat demam & selesema. Begitu juga dengan anak saya... Syukur sangat.. Apa yang saya dapat, anak saya pun turut sama memperolehinya. Bagi saya, suplemen amat membantu dalam penyusuan susu ibu & mengembalikan badan kepada bentuk asal sebelum hamil di samping membantu tumbesaran anak saya berkembang dengan baik & sentiasa sihat. 

Ini adalah antara cadangan vitamin untuk penyusuan susu ibu. Vitamin ni lah antara vitamin yang saya makan semasa menyusukan anak.. Alhamdulillah, misi saya berjaya! (Susukan baby hingga 2 tahun + kembalikan bentuk badan sebelum melahirkan baby)


Jika anda inginkan suplemen tambahan untuk melengkapkan nutrisi yang lengkap dalam badan & ingin menjayakan misi membakar lemak semasa penyusuan susu badan boleh menghubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.



No comments:

Post a Comment