Showing posts with label Family Wellness. Show all posts
Showing posts with label Family Wellness. Show all posts

26 April 2013

Suplemen Perlu atau Tidak!

Assalamualaikum Semua...

Semua sihat hari ni? Alhamdulillah saya sihat... Saya harap semua yang tengah membaca blog saya ni sihat hendaknya yer...mudah-mudahan.. Saya nak cerita tentang amalan nutrien yang seimbang dalam pemakanan kita seharian.

Badan yang sihat sebenarnya bermula dengan nutrien yang seimbang. Kalau kita lihat, untuk nak memulakan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang merupakan salah satu aspek terpenting dalam kehidupan seharian kerana kita perlu makan untuk hidup. Tapi, kita pun sebenarnya tak pasti dengan cara hidup zaman sekarang ini yang tidak sihat disebabkan pemakanan, pencemaran, tekanan hidup serta kurangnya aktiviti sihat seperti bersenam dan rekreasi.


Pada zaman dahulu, mereka tidak memerlukan suplemen sebab aktiviti harian seperti bertani membuatkan badan mereka sentiasa aktif. Berbeza dengan cara hidup kita sekarang yang bekerja depan komputer setiap hari, kalau keluar meeting pun ada kereta, LRT, bas dan sebagainya. Realiti sekarang kalau nak pergi kedai pun nak cari parking yang betul-betul depan kedai. Jadi, kurangnya senaman, bahan makanan yang tercemar, air bertoksik, dan ditambah lagi dengan pencemaran yang banyak unsur bebahaya menyebabkan kehadiran radikal bebas dalam badan kita.

Radikal bebas adalah sangat berbahaya kepada badan kita dan perlu adanya bantuan untuk mengeluarkannya sebelum ia merosakkan sel badan yang boleh menyebabkan kepada pelbagai penyakit degeneratif seperti kanser, sakit jantung, osteoporosis, diabetes, parkinson yang berisiko untuk tubuh badan kita. Logiknya kita lihat sendiri semakin banyak penyakit degeneratif yang meningkat setiap tahun, dan semakin ramai yang berisiko untuk mendapat penyakit ni.

Puncanya? Salah satu sebab ialah tak cukup nutrien yang seimbang dan diperlukan oleh badan, untuk menyingkirkan sel-sel radikal bebas yang hadir dalam badan kita, serta dapat menguatkan sistem imun badan untuk mencegah daripada dijangkiti pelbagai penyakit dan virus. Jika kita tak singkirkan radikal bebas daripada badan kita, sel-sel yang rosak akan menyebabkan kepada keadaan badan yang lebih teruk seterusnya boleh menyebabkan penyakit2 degeneratif yang berbahaya seperti kanser, jantung, diabetes dan sebagainya.

Jadi, jagalah kesihatan anda semua. "Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati". Mari kita amalkan gaya hidup sihat & ambil supplemen yang berkualiti tinggi.


Alhamdulillah saya semenjak amalkan supplemen Shaklee hampir 2 tahun ni dah jarang  sangat kena demam ngan selsema...Dalam setahun adalah kena sekali dua jer... Syukur sangat... Jika kawan-kawan nak mulakan makan suplemen boleh lah mula dengan asas vitamin yang dicadangkan oleh Shaklee iaitu "Family Wellness".

Apa ada dalam Set "Family Wellness" ni? 
  • Vitalea (Multivitamin)
Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.
  • B Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.
  • Vitamin C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • ESP
Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.


Apa yang perlu anda ADD-ON bersama-sama set ini?


Jika anda berminat untuk dapatkan supplemen Shaklee ni.. Boleh pm/sms/call saya seperti dibawah :


22 October 2012

Kenapa Badan Kita Perlukan Suplemen??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Alhamdulillah, rasanya dah setahun lebih saya mengamalkan suplemen Shaklee ni, ramai yang bertanya, rajinnya awak makan vitamin/suplemen erkk...Kenapa erkk saya rajin makan? Penting ker pengambilan vitamin/supplemen ni untuk badan kita?? 

Inilah sebabnya:



1) Kerana kita sering terdedah terhadap PENCEMARAN alam sekitar.
Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser. Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung didalam rumah.

2) Badan kita memerlukan DOS yang LEBIH TINGGI bagi sesetengah nutrien. 
Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat crucial bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.

3) Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin TERJEJAS atau TERCEMAR. 
Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan.Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.

4) Mengamalkan GAYA HIDUP yang TIDAK SIHAT. 
Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!
Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS
STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown.
Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI
Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.

5) Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa. 
Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!
Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan calori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yg dilakukan.

6) Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan. 
Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.

7) KEHILANGAN NUTRIEN dalam makanan. 
Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Itu dia 7 sebab yang perlu anda fikir-fikirkakan... Bagi saya,saya dah memilih yang terbaik.. Suplemen dari jenama Shaklee, 50tahun menjadi perintis di dunia pasaran suplemen... Anda bagaimana??

"Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee."
*Shaklee website*


Sumber : Buku Total Wellness Connection

Kekurangan nutrisi boleh meningkatkan RISIKO KESIHATAN seperti :-
  • Penuaan pramatang
  • Kelesuan
  • Mudah mendapat penyakit dan jangkitan
  • Keguguran rambut
  • Osteoporosis
  • Masalah kulit
  • Dan banyak lagi...
Dan KENAPA saya memilih SHAKLEE? Kerana KEISTIMEWAANNYA..


Sentiasa Selamat
  • Lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar.
  • Lebih daripada 350 ujian dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya.
Sentiasa Berkesan
  • Lebih $250 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk.
  • Bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen.
  • Disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan.
Sentiasa Mesra Alam
  • Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk kita, rumah dan juga bumi kita.
  • Peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam.
Untuk permulaan bagi anda yang ingin mencuba atau berminat dengan Vitamin/Suplemen Shaklee, boleh mulakan dengan "Family Wellness Set". Set ni sesuai untuk seisi keluarga...


Set Shaklee Family Wellness memberkan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

Kebaikan :-
  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu anda berasa lebih bertenaga
  • Menguatkan sistem imun anda
  • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jika anda berminat untuk mencuba Family Wellness Set dari Shaklee ini, boleh menghubungi saya untuk mendapatkannya :-