22 August 2013

Kelebihan Gla Complex Shaklee Bukan Untuk Wanita Sahaja!

Assalamualaikum Semua...

Petang ni saya nak share tentang kelebihan GLA Complex... Ni adalah antara suplemen favourite saya & kawan-kawan. Jom kita semak apa kelebihannya... 

Gla ni sebenarnya ala-ala EPO (Evening PRIMROSE OIL) tapi produk keluaran Shaklee.. Kelebihan Shaklee semestinya suplemen yang tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 



GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. 


Kebanyakkan GLA (Gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower & vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, antioksida semulajadi yang dipaternkan. Bioavailibilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Manfaat Utama :-


1) Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.


2) Mengawal selia estrogen dan testosteron - Gla membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

3) Melambatkan menopous - Memperbaiki keadaan menopous seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, deprepsi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

4) Memperbaiki prostatomegaly - Gla memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

5) Menentang kanser -  Gla adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

6) Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.

7) Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan gula dalam darah serta meringankan kebas & kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.

8) Pelangsingan dan meghalang tambah berat badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.

9) Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.

10) Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

11) Hiperaktif and Autisma (ADD/ADHD) - Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.


GLA BUKAN UNTUK WANITA SAHAJA!

Ramai orang bersalah anggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, suplemen GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak (potong suplemen GLA seperti gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopaus dan andropause (menopaus lelaki).

Sumber : Buku Panduan Nutrisi Shaklee


Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen, bolehlah menghubungi saya untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda dari Shaklee... InsyaAllah, saya akan cuba membantu untuk membuat pilihan yang terbaik!


16 August 2013

Suntikan Vitamin C Bahaya atau Tidak?

Assalamualaikum Semua...

Hari ni masuk 9 Syawal, bermakna kita dah 9 hari dalam bulan raya... Minggu depan sekolah dah beroperasi semula... Jadi harus mengharungi jalan jem semula..hihi.. itu dah lumrah alam kan bagi yang sesiapa yang bekerja terutama di kawasan Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya.... Terpaksa lah redah jer :)

Masih sempat lagi rasanya saya nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" pada semua pembaca blog saya... ramai ker yang baca... huhu... xper yang penting saya nak ucap ribuan terima kasih pada semua yang selalu menjengah blog yang tidak seberapa ini.. Especially pada pelanggan-pelanggan yang mempercayai saya sebagai Pengedar Shaklee Anda.. Love You All...

Musim-musim raya ramai yang nak cantik..tapi kena berhati-hati tau.. Tahu tak anda bahawa produk Suntikan Vitamin C di salun-salun, klinik-klinik kecantikan, klinik perubatan, orang perseorangan yang menjual dan menjalankan perkhidmatan suntikan ini TIDAK BERDAFTAR dengan KKM.. Sanggup ker anda memperjudikan nyawa semata-mata untuk kecantikan dengan menggunakan ubat yang tidak berdaftar? Bahaya tau.. Ayat-ayat ni saya bukan reka sendiri.. Saya jumpa dari page FB Kementerian Kesihatan Malaysia. Jom kita tengok kat bawah ni...


Bagi saya, saya lebih suka mengambil suplemen vitamin C dari menyuntik bagai ni... bukan apa memang takut tengok jarum ni... tambahan terbaca artikel ni pula lagilah takut nak mencuba! Makan vitamin jer lagi senang... terus meresap dalam badan..xperlu sakit2 nak cucuk sana sini... Gerun jer tengok jarum ni ('',) hihi...

Suplemen Vitamin C saya sudah semestinya produk Shaklee.. Selamat & Semulajadi.. yang penting berdaftar dengan KKM & Halal... Alhamdulillah. Yang bestnya, Vitamin C Shaklee ni saya boleh berkongsi dengan anak saya yang berumur 2 tahun setengah.. Dari umur dia setahun dah pandai makan vitamin C ni.. Yerlah tengok ibu dia makan vitamin.. So, dia pun teringin nak makan.. Al-maklumlah gugurl.. ada naluri nak cantik gak..

Vitamin C Shaklee ni hanya hisap jer tau dalam mulut.. tanpa minum air... Vitamin ni akan cair dengan sendiri bila air liur kita meresap bersama dengan Vit C tersebut... Senang kan? botolnya pun comel.. senang nak bawa kemana-mana, masuk dalam handbag pun ok...



MAL 12095008NC, Itulah buktinya bahawa vitamin Shaklee telah DILULUSKAN oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi jangan ragu-ragu ye! Beli lah tanpa was-was...


Jika anda berminat untuk kelihatan cantik tanpa perlu disuntik, bolehlah menghubungi saya untuk membuat pilihan suplemen kecantikan & kesihatan anda dari Shaklee... InsyaAllah, saya akan cuba membantu membuat pilihan yang terbaik!


05 August 2013

Produk CoQHealth™ Plus Mendapat Liputan Media

Assalamualaikum Semua...

Pagi ni just nak share produk baru Shaklee yang dilancarkan pada 8 Jun 2013.. Baru nak update ('',)


Vitamin CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat: 
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Perbezaan Produk Shaklee
  • Untuk mendapatkan jumlah setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth™ Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.
  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar & menjana semula Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
  • Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).
  • CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji & diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.
  • Tanpa Gluten
Sumber : Buku CoQHealth™ Plus


Dibawah ni adalah antara majalah yang terselit tentang Vitamin CoQHealth™ Plus ('',) Saya ambil dari Page FB Shaklee

Wanita Ogos 2013
Harmoni Ogos 2013
iSihat Ogos 2013
Jika anda ingin memiliki vitamin CoQHealth™ Plus, boleh menghubungi saya seperti details dibawah. Saya sudi memberikan khidmat nasihat yang terbaik buat pelanggan Shaklee saya :-




01 August 2013

Tips Mengatasi Anak Mengamuk!

Assalamualaikum Semua....

Alhamdulillah, hari ni 01 Ogos... Sekejap jer dah 23 Ramadhan... Lebih kurang seminggu jer lagi nak meraikan Hari Raya Aidil Fitri.. Macam mana persiapan nak menyambut bulan Syawal ni? Dah settle semua? Biasalah lagi seminggu jer ni, pergi pasaraya mana-mana semuanya ramai orangkan... Suara anak-anak menangis... Meragam, mengamuk lah... Yerlah, kadang-kadang keadaan tempat yang tidak selesa menyebabkan mereka berkelakuan begitu. Jadi kita sebagai ibu bapa harus bijak menangani masalah ini. Apa kata kita baca serba sedikit tips untuk mengatasi anak mengamuk dari majalah Pa & Ma... Saya harap artikel ini dapat membantu kita semua menyelesaikan masalah anak-anak yang sering mengamuk ('',) 
------------------------------------------------------

Anak mengamuk atau meragam di tempat umum mungkin akan membuat anda malu dan sangat marah. Anak pula akan menangis dan menjerit dengan sekuat hati dan berguling-guling di lantai tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya. Apa yang dia tahu, kehendaknya mesti dipenuhi. Akibatnya, segelintir ibu bapa sengaja memilih untuk ‘beralah’ dengan anak, yang penting dia tidak lagi menjerit. Hakikatnya, jalan mudah ini salah. Jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan perkembangan anak secara positif. Sebagai ibu bapa anda harus tahu cara yang betul untuk menangani anak yang bersikap begini.


Kenapa Mengamuk??

Situasi mengamuk atau meragam memang biasa dialami oleh ibu bapa. Ini kerana mengamuk adalah cara anak-anak kita melepaskan geram, kecewa, meluahkan apa yang terbuku di hati dan cara untuk mereka mendapatkan sesuatu dan bila mendengar perkataan ‘jangan’. Ada juga meragam kerana mereka ingin perhatian, penat, lapar atau merasa tidak selesa. Semua ini diluahkan dengan cara meragam. Cuma sebagai ibu bapa kita perlu kenal pasti situasi apa yang membuatkan anak meragam.

Sebenarnya kanak-kanak yang mahu membesar dengan bebas (independent) jika dihalang oleh ibu bapa, akan berpotensi untuk mengamuk. Sebagai contoh, jika anak hendak membuka penutup botol, anda cepat membantunya, mereka mungkin akan kecewa dan mengamuk dengan tindakan kita itu. Begitu juga permainan yang diidamkannya. Pastinya dia akan menjerit dan tidak mahu meninggalkan kedai sehingga kehendaknya dituruti.

Menurut Dr Brenna E Lorenz, peneliti dari University of Guam, kita perlu memahami mengapa anak mengamuk. Dia mengamuk kerana dorongan rasa marah dalam dirinya. Kemudian kemarahan ini akan menjadi rasa takut. Misalnya, “Kalau saya tidak mendapat mainan ini sekarang, sampai bila pun ayah tidak akan belikan pada saya.” Rasa takut ini kemudian digantikan dengan rasa sedih kerana merasa dia tidak mendapat apa yang diinginkan. Itu sebab itu dia menunjukkan perilaku yang tidak menyenangkan seperti menjerit dengan kuat dan menangis.

Semua ini berlaku disebabkan perkembangan anak itu sendiri. Menurut pendapat pakar kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga menjadi seorang yang egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.

Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ikuti panduan menghadapi anak mengamuk.

Panduan Hadapi Anak Mengamuk

1. Alih perhatian dia.

Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.

2. Jangan mengikut kehendaknya.

Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.

3. Elak daripada memarahi atau menjerit

Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

4. Jangan pedulikan

Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care, menjelaskan bahawa membiarkan anak ini meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahwa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.

5. Apabila anak berhenti mengamuk

Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak baik.

19 July 2013

Pengganti ESP...

Assalamualaikum Semua....

Hari ni tadi dapat berita dari Shaklee ESP 'sold out'.... Selalu time ramadhan atau promosi selalu terjadi ESP kehabisan di Shaklee... Anda jangan risau... Shaklee ada produk lain yang boleh menggantikan ESP untuk bagi tenaga di bulan Ramdhan ni..

Taaa Daaaaaa...... Ni lah produk tu ('',) MEAL SHAKES & PERFORMANCE DRINK. Mari kita lihat apa kelebihan 2 produk ni... 

Manfaat utama Meal Shakes 
  • Nutrisi lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar penyerapan vitamin & mineral oleh tubuh badan kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yg bekerjasama dgn vitamin larit lemak. 
  • Membekal nutrisi kepada sel tubuh – Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain 
  • Membantu tumbesaran – mengandungi asid folik, biotin kaya dgn kalsium & magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar 
  • Anti oksida- mengandungi vitamin A,C,E,zink,selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan & melambatkan proses penuaan 
  • Mengembalikan seri wajah- Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yg cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat sekaligus memeberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik 
  • Detoksifikasi – kaya dgn serat larut utk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus 
  • Kelazatan Rasanya – Minuman yang lazat utk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan. 
Mealshakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan – Bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. 

Manfaat Utama Performance Drink 
  • Meningkatkan saya ketahanan badan – memberikan tenaga kapada otot dan sel dgn cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh 
  • Membekalkan tenaga & daya ketahanan fizikal – Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dlm tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus eklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika & mereka yang aktif dalam kerja harian. 
  • Mencegah Penyahhidratan – mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda 
  • Mengekalkan paras gula –terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot. 
Satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa & dimana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshakes & ESP tau minuman lain. 

Sangat sesuai untuk : Para atlet, mereka yang berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, keletihan, penyahhidratan otot & kulit, vagina yang kering, cirit-birit, tiada selera makan, rendah paras gula, kepeningan & sebagainya.

Jika anda berminat ingin mendapat produk ni boleh menghubungi saya, saya sedia membantu anda


17 July 2013

Tips Menggalakkan Anak Makan!

Assalamualaikum Semua...


Petang ni saya nak cerita pasal kanak-kanak.. Sebab semenjak akhir2 ni saya teruja sebab anak saya dah makin berselera makan... Alhamdulillah ('',) Jadi saya nak share dengan anda semua panduan@tips menggalakkan anak-anak kita makan...



Kebiasaan rata-rata ibu mengadu anak-anak mereka susah untuk makan. Salah satu sebab mereka susah nak makan sebab habit kanak-kanak memang suka memilih makanan. Akibatnya, lebih banyak makanan yang ditolak berbanding dengan yang dimakan. Jadi, adakah kuantiti makanan yang diambil itu mencukupi?

Sebenarnya, kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Harus diingat, kekurangan berat badan tidak bermaksud anak anda kurus. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi bertubuh kecil, namun, mereka bukanlah kurang berat badan. Manakala kanak-kanak yang bertubuh agak besar sejak lahir tidak bermakna mereka cukup zat makanan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak itu tidak melambangkan tahap kesihatannya. Sekiranya anak anda ada banyak tenaga dan tumbesarannya normal, dia sebenarnya sihat meskipun hanya makan sedikit. Tetapi, jika berat badan anak anda tidak naik dan dia seakan tidak sihat, sesuatu perlu dilakukan.


Umumnya, kanak-kanak perlu makan untuk membesar secara normal. Oleh yang demikian, ibu bapa tidak boleh memandang ringan jika tumbesaran anak tidak seperti yang digariskan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses pemberian makanan kepada kanak-kanak berusia antara satu hingga enam tahun sangat mencabar. Namun, demi masa kesihatan dan masa depan anak-anak, ibu bapa perlu bersungguh-sungguh memastikan anak-anak mengambil hanya yang berkhasiat untuk keperluan tenaga dan nutrien anak sepanjang proses tumbesaran. Kekurangan berat badan bagi kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan kerana banyak implikasinya seperti kecerdasan otak terjejas, pertumbuhan fizikal terganggu dan mudah diserang penyakit. Sekiranya hal ini terjadi kepada anak anda, bawalah dia berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah dan mencari jalan mengatasinya.

Jika anak anda enggan makan, berusahalah untuk mencipta suasana makan yang menceriakan. Pada masa yang sama, pelbagaikan menu dan cara sajian makanan untuk mereka. Harus diingat, kepelbagaian makanan yang disajikan perlulah mengutamakan vitamin dan zat agar tumbesaran tubuh dan perkembangan minda kanak-kanak tidak terjejas. Kuantiti makanan yang diambil anak anda biarpun sedikit tetapi mestilah berkhasiat. Ini lebih baik daripada makan banyak tetapi tidak berzat.


Kenapa Anak Tidak Mahu Makan?

  • Bermasalah dengan gigi.
  • Bosan dengan makanan yang diberikan.
  • Terlalu banyak bermain.
  • Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama.
  • Tidak berselera untuk makan.
  • Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan. 
Tip Makanan Untuk Anak Kurus : 
  • Pastikan anak diberi pelbagai makanan mengikut saranan Piramid Pemakanan Malaysia. Jangan beri anak makan makanan yang rendah lemak. 
  • Makanan tinggi kalori sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal.Beri anak makanan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali sehari. 
  • Bekalkan anak snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwic dan kekacang setiap kali dia ke sekolah. Rehatkan anak anda daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan. 
  • Elakkan memberi anak anda makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat. 
Makanan Khas Untuk Anak Kurang Berat Badan : 
  • Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak. 
  • Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang. 
  • Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang. 
  • Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat. 
  • Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega. 
  • Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega. 

Panduan Menggalakkan Anak Makan : 
  • Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan. 
  • Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yang belum tentu berkhasiat. 
  • Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan agar anak anda lebih berselera. 
  • Sekiranya anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa. 
  • Jangan menyuap anak secara paksa
  • Sediakan makanan seimbang yang mereka suka makan & berkhasiat
  • Berikan Supplemen atau makanan tambahan yang sesuai untuk anak anda....Salah satu yang dicadangkan ialah Shaklee Meal Shakes yang dilengkapi pelbagai jenis vitamin... Paling best, minuman ini berperisa Vanilla dan sangat sedap!

Penerangan serba sedikit tentang Shaklee Meal Shakes

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 


11 July 2013

Variasi Resepi ESP + PD

Assalamualaikum Semua....

Macammana berpuasa untuk hari ni? Tak lalu nak bersahur2 pagi ('',) Apa kata anda cuba variasi resepi minuman ESP + PD yang bertenaga & menyelerakan di bulan Ramadhan ni. Ada kawan share di blog dia untuk anda cuba. TQ Salwa sharing resepi ni! Yerlah kan dah jemu asyik minum macam tu jer. Apa kata kita cuba kelainan sedikit untuk bersahur ataupun berbuka...




ESP CREMO STRAWBERRY LASSI

2 sudu makan ESP
3 biskut Cremo yang dihancurkan
1 gelas Lassi berperisa Strawberry
1/3 cawan air

- Shake kuat kuat. Sedia untuk diminum! 
- Pastikan lassi dan air dalam keadaan sejuk untuk rasa yang segar

ESP & PD Manggo Nata de Coco

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 gelas jus Mangga Peel Fresh
1/3 cawan air
3 sudu makan Nata de Coco

- Shake kuat-kuat.
- Mangga kalau nak blend sendiri lagi terbaik.

ESP & PD Kurma Ice Blended

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
3 biji kurma dibuang biji
1 cawan susu
1/2 cawan air
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nak rasa creamy, tak perlu bubuh air

ESP & PD Walnut Chocolate Ice Blended

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
2 sudu walnut yang dibakar
1 1/2 cawan susu
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nk tukar dengan badam, kacang tanah, pistachio pun boleh

ESP VICO Shake with Mixed Nuts

2 sudu makan ESP
2 sudu makan Vico
1 sudu badam dibakar dan dihancurkan
1 sudu kacang hazelnut dibakar dan dihancurkan
1/2 sudu walnut dibakar dan dihancurkan
1 cawan susu

- Shake kuat-kuat

ESP & PD Banana with Vanilla Ice Cream

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 biji pisang yang dah masak
1 cawan susu
2 sudu makan Vanilla Ice Cream
1/2 gelas ais

-Blend sampai hancur

******************************************************
Bagi saya, antara pelbagai resepi ni yang saya pernah cuba ialah ESP & PD Kurma Ice Blended. Memang terbaik & Marvellous ! Saya akan cuba resepi yang lain pula. Mesti sedap... Jom kekal sihat & bertenaga walaupun di bulan puasa untuk tingkatkan amalan ibadah kita.