10 November 2014

Puding Soya Bubur Cha Cha

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Semalam hujung minggu kebiasaan memang suka mencuba resepi baru untuk masak terutama kek atau puding-puding ni. Saje wat makan-makan untuk kudapan si comel Irdina :) Berapa kali ulang dia makan puding tu.

Dah lama sebenarnya simpan resepi ni tau, semalam baru ada kelapangan untuk mencuba. Memang mudah nak membuatnya, cuma rajin dengan tak jer.. Lagi pun empunya resepi ni Kak Yatie memang bagi resepi mudah faham. Suka sangat refer resepi dari blog dia.. So far cuba memang menjadi... TQ Kak Yatie! 

Saya ada olah cikit resepi tu sebab cendol tak der, gantilah dengan bubur cha cha. Pastu tambah cikit gula dengan susu pekat manis supaya tak payah letak sirap gula melaka. Boleh makan macam tu jer. Tak manis sangat, tak tawar sangat.... Sedang-sedang jer manisnya ('',)

Puding Untuk Irdina :)

Bahan-Bahan

10 gm serbuk agar-agar
1 cawan air
1/4 cawan gula pasir (saya guna 1/2 cawan)
1/2 cawan susu cair
4 cawan air soya Yeo's- (1 liter)
2 sudu besar tepung kastad-(bancuh dngn air soya dulu)
1 sudu kecil esen vanilla
250 gm cendol-toskan airnya (saya ganti dengan bubur cha cha)
*tambah 4 sudu besar susu pekat manis

Cara-Caranya
  1. Rebus bubur cha cha sehingga masak dan toskan airnya.
  2. Dalam periuk lain masukkan 1 cawan air, gula dan serbuk agar-agar dalam periuk. Masak guna api sederhana hingga mendidih.
  3. Masukkan susu cair, susu pekat, minuman soya Yeo's dan esen vanilla. Masak hingga mendidih dan kacau sentiasa. 
  4. Bila dah siap, tutup api dan ketepikan dulu. Sementara tu masukkan bubur cha cha dalam acuan.
  5. Tuangkan adunan puding dalam bekas yang berisi bubur cha cha tadi.
  6. Biarkan sejuk dan mengeras. Masukkan dalam peti ais.
  7. Sedap di makan sejuk.
Kalau nak tahu soya Yeo's mana yang saya guna. Saya guna yang macam gambar bawah ni sama macam Kak Yatie guna gak.. Soya dia lemak-lemak dan tak manis sangat...


Korang boleh lah mencuba resepi yang simple dan sedap ni untuk aktiviti hujung minggu anda dengan keluarga...

Selamat mencuba!

07 November 2014

Petua Mudah Bersalin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Ada banyak petua tradisional yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil menjelang tarikh kelahiran bayi mereka. Jom semak petua tersebut yang mudah diamalkan.


Makan Kurma



Kurma terkenal sebagai pembekal tenaga segera. Sepanjang hamil, ibu sememangnya digalakkan makan kurma. Ia berperanan membekalkan tenaga ketika sedang sakit kontraksi dan mengecutkan rahim.

Minum Air Kelapa



Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.

Makan Bendi


Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Pastikan ia direbus terlebih dahulu. Lendir yang ada pada bendi dipercayai memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika dilahirkan.

Telur Ayam Kampung



Supaya mudah bersalin, ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk melahirkan. InshaAllah proses kelahiran menjadi mudah.

Minyak Kelapa Dara


Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan. InshaaAllah berkesan.

********************************
Semua petua diatas kebanyakkannya saya boleh amalkan, satu jer tak sanggup :) Makan telur ayam kampung mentah... Wahhh ini memang tekak ku tak boleh nak telan. Alangkan telur separuh masak pun tak boleh nak telan, ni kan telur mentah... Memang tak lah kan..hihi.. Kalau korang boleh, memang hebatt lah ('',)

Selamat mencuba kepada ibu-ibu hamil seperti saya..... Mudahan kita dipermudahkan segalanya semasa proses bersalin nanti.. Dah 37weeks saya... Nerves makin terasa... Doakan yang terbaik buat saya yer!

06 November 2014

Tips memilih suplemen/makanan tambahan anak-anak


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Adakah kawan-kawan runsing atau tak tahu bagaimana nak memilih suplemen atau makanan tambahan yang sesuai untuk anak-anak? Hari ini saya nak kongsi serba sedikit info vitamin & mineral yang diperlukan oleh anak-anak kita. Semoga membantu ibu bapa zaman sekarang untuk membuat pilihan yang terbaik demi masa depan anak-anak comel kita :)

Tahu tak anda pemakanan seimbang & berkhasiat adalah perkara penting untuk kita memastikan anak-anak membesar dengan baik yer. Kita sebagai ibu bapa perlu memilih makanan yang sesuai untuk tumbesaran mereka. Di pasaran banyak pelbagai pilihan produk makanan tambahan dijual sama ada yang mengandungi khasiat semula jadi atau pun produk yang langsung tiada khasiat untuk si kecil. Jadi berhati-hati membuat pilihan tau! Jangan tersalah pilih...


Jika anda terfikir untuk memberikan makanan tambahan pada anak-anak pastikan makanan tambahan atau suplemen yang akan diberikan kepada anak-anak anda perlulah diperbuat daripada bahan semula jadi yang sesuai & selamat untuk mereka.

Vitamin & Mineral yang diperlukan anak-anak kita :-

1) Vitamin A
Untuk kesihatan mata. 
Sumber daripada lobak merah, telur dan marjerin.

2) Vitamin B1
Membekalkan tenaga kepada badan. 
Sumber daripada gandum, daging dan susu.

3) Vitamin B2
Membekalkan tenaga. 
Sumber daripada susu, daging dan ikan.

4) Vitamin C
Meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit. 
Sumber daripada sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.

5) Kalsium 
Pembentukan tulang dan gigi. 
Sumber daripada susu, keju dan lain-lain produk tenusu.

Pada pendapat saya, nutrisi yang lengkap dan gaya hidup yang sihat ketika kanak-kanak bukan sahaja pada kesihatan tetapi juga memberi kesan pada masa depan mereka. Jadi makanan tambahan masa kini amat diperlukan oleh anak-anak kita supaya mereka lebih tangkas, bijak dan menyerlah demi masa depan mereka... Lagi-lagi ibu bapa zaman sekarang kebanyakkannya bekerja. Jadi masa untuk memberikan makanan yang berkhasiat pada anak-anak sangat lah terhad. Salah satu cara yang mudah dan ringkas adalah memberikan makanan tambahan atau suplemen yang berkualiti dan semulajadi. Ini lebih selamat dari kita membelikan makanan 'fast food' atau makanan ringan yang mungkin banyak mengandungi msg atau bahan pewarna terlarang.

Memerlukan suplemen untuk tumbesaran anak-anak anda? Anda boleh cuba memberikan makanan tambahan dari produk Shaklee. 


Jika berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk info lanjut untuk membuat pilihan makanan tambahan terbaik anak-anak anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!




05 November 2014

Tanda Kontraksi Awal Kehamilan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Semalam saya pergi check up di klinik kesihatan untuk 36 minggu. Alhamdulillah tiada masalah kesihatan. Just bagitahu nurse hari sebelum tu rasa tegang di perut. Tapi tak kerap sangat. Datang dalam beberapa jam sekali. Kira on off lah gitu. Nurse suruh refer dengan doktor klinik kesihatan. Nurse adalah bagi info cikit tanda-tanda bersalin. Kalau ada salah satu tu perlu segera pergi ke hospital.

1) Pecah air ketuban
2) Keluar darah bercampur lendir
3) Sakit kontraksi yang kuat dan kerap

So jumpalah doktor, dia scan semua ok baby tiada masalah, alhamdulillah. Baby dah berat 2.687 kg. Kedudukan uri, air ketuban dan jantung semua dalam keadaan baik. Tapi doktor suruh refer hospital bersalin. Jadi semalam saya pergi PPUKM untuk check samada baby dah nak keluar atau belum. Pakai lah CTG tu untuk monitor pergerakan baby. Doktor check laluan bawah belum buka. Syukur tak kena tahan wad, boleh balik rumah. Kalau dah turun tanda darah atau pecah ketuban berserta kontraksi yang kerap, sila datang semula hospital.

Tu lah kadang2 konfiuskan macam mana kontraksi yang nak hampir kita nak bersalin. Semalam tu adalah tanda2 awal jer. Nak kenal tanda2 awal kontraksi jom baca kat bawah ni. Sumber dari PaMa.

Kehamilan pertama selalu menjadi pengalaman yang mendebarkan bagi setiap orang. Apatah lagi sekiranya semakin hampir waktu hendak melahirkan. Pergerakan rancak si comel dalam perut ibu menambahkan lagi debaran yang dirasakan.

Biasanya pada usia kehamilan memasuki trimester ke-3, kontraksi awal akan mula dialami oleh ibu hamil. Kontraksi ini merupakan tanda bahawa kelahiran semakin hampir. Tetapi jangan sampai anda berasa panik kerana ia mungkin juga adalah false kontraksi awal sahaja.

Jadi untuk membuatkan anda boleh mengenal pasti rasa yang dialami itu adalah kontraksi lebih baik anda kenali cirri-ciri kontraksi awal tersebut agar tidak bingung.

  • Sakit pada punggung
Kontraksi akan menyebabkan anda berasa sakit pada punggung dan sakit tersebut cukup jelas terasa. Namun rasa sakit tersebut akan cepat berkurangan dan hilang apabila tubuh badan kembali relaks.
  • Perut terasa tegang
Rasanya sama seperti saat anda sedang menahan untuk membuang air kecil, perut akan terasa tegang dan seperti ditarik. Itu tandanya sakit kontraksi sedang datang menyerang.
  • Sakit perit
Rasa sakit yang sangat perit menyerang bahagian atau mahu pun bawah yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
  • Rembesan air
Apabila Anda merasa ada air yang merembes keluar dari saluran air kencing, maka periksa sama ada iar tersebut adalah air ketuban atau bukan. Bila diikuti dengan pendarahan, anda harus segera menuju ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan.

Biasanya sakit kontraksi akan semakin cepat jaraknya apabila proses melahirkan semakin hampir. Oleh itu pastikan anda sudah menyediakan segala kelengkapan barang-barang bersalin yang hendak di bawa ke hospital. Jadi apabila sakit kontraksi kuat sedang dialami anda tidak perlu kelam kabut dan panik memikirkan apa barangan yang hendak dibawa.

Jom kita tengok perkembangan bayi dari minggu 36 hingga minggu 40. Apa yang tubuh ibu dan bayi akan rasa tempoh tersebut.

Perkembangan Bayi Minggu 36-40

Minggu 36

Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.

Tubuh anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Minggu 37

Bayi Anda
Bulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.

Tubuh anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.

Minggu 38

Bayi Anda
Lemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.

Tubuh anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Minggu 39

Bayi Anda
Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.


Tubuh andaMasa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

Minggu 40

Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.

03 November 2014

Salam Hari Asyura 10 Muharram

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Hari ini 03 November 2014 bersamaan 10 Muharram 1436 H. Dipanggil juga sebagai hari Asyura. Korang tahu tak apa sejarah Asyura ni? Saya jumpa artikel ini dari sumber http://ms.wikipedia.org/ untuk tambahan info saya sendiri. Saya letak di blog untuk kita sama-sama ambil tahu apa yang ada pada 10 Muharram :) 
Semoga bermanfaat untuk kawan-kawan yang membaca di blog ini...

...........................................................

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Sejarah Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah keMadinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pendalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Sayyidina Hussein bin Ali r.a. telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di padang Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid dari Bani Umaiyah membunuh Saiyyidina Hussein r.a. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyyidina Hussein r.a.

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura
  • Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
  • Melapangkan masa / belanja anak dan isteri.
  • Memuliakan fakir miskin.
  • Menahan marah.
  • Menunjukkan jalan yang lurus / membetulkan orang yang sesat / orang yang salah (terpesong aqidah (tauhid) dan akhlaknya).
  • Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka).
  • Bersedekah.
  • Memelihara kehormatan diri.
  • Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • Bercelak.
  • Membaca Qulhuwallah (Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali.
  • Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  • Menjamu orang berbuka puasa.
Selamat Hari Asyura Semua!

01 November 2014

Promosi November 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Alhamdulillah dah masuk 1November 2014. Bulan dijangka kelahiran anak yang kedua :) Rasa berdebar-debar pun ada.. Korang doakan saya selamat yer melahirkan baby nanti. Mudahan dipermudahkan segalanya. InsyaaAllah.

Bulan ini ada promosi untuk Omega Guard. Saya sekeluarga memang ambil suplemen ni. Jadi tak boleh lepaskan peluang untuk beli Omega ni. Suami, anak & saya sendiri makan omega ni untuk kesihatan, kecantikan dan otak yang bijak....


30 October 2014

Tanda Anda Hampir Nak Bersalin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....


Minggu ni saya dah hampir nak masuk 36 weeks. Kejap jer masa berlalu kan? Jadi saya google2 lah cara nak tahu tanda nak bersalin. Sebab tak der pengalaman sakit nak bersalin masa 1st bb dulu kan. Itu yang gali2 info untuk tambah ilmu. Mana tahu ada ibu-ibu hamil seperti saya yang tak tahu tanda-tanda nak bersalin kan :) Boleh korang rujuk nota ni. Masa anak pertama dulu saya di paksa bersalin masa 38 weeks disebabkan ada tanda-tanda pre-eclampsia. Harap sangat bb kedua ni dapat bersalin normal. Korang doakan untuk saya yer...

****************************************

Ketahui tanda-tanda bersalin dan apa yang akan doktor lakukan bagi memastikan tubuh anda bersedia untuk proses kelahiran seperti yang dinyatakan oleh Dr. Siti Esah Bahari dari Selangor Medical Centre. 

Di penghujung kehamilan, setiap ibu hamil akan melalui beberapa tanda yakni petunjuk bahawa masa untuk melahirkan sudah hampir tiba.Ramai yang cemas dan tertanya-tanya apakah tanda yang dialami benar-benar tanda bersalin atau sebaliknya. Oleh yang demikian, perlu anda ketahui bahawa hanya terdapat tiga tanda bersalin. Tanda-tanda yang dimaksudkan ialah:

1) Show

Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses bersalin.

2) Kontraksi

Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.

3) Air ketuban pecah

Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.

Amaran!!!

Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

Rutin Pemeriksaan

1) Vaginal examination

Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui sama ada ibu hamil sudah benar-benar bersedia untuk proses kelahiran ataupun tidak. Biasanya, pemeriksaan ini dilakukan setiap dua hingga empat jam. Apabila semakin hampir 10 cm, pemeriksaan lebih kerap dilakukan.

2) Cardiotopograph

Pemeriksaan yang turut dikenali sebagai CTG ini dilakukan untuk memeriksa kekerapan kontraksi.

3) Pemeriksaan tekanan darah

Pemeriksaan ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu proses kelahiran.

4) Palpation

Doktor akan memegang dan memeriksa kedudukan bayi di abdomen ibu bagi mengetahui kedudukannya normal ataupun sebaliknya.

Proses Kelahiran

1) Dari permulaan pembukaan pangkal rahim sehingga 10 cm

Dalam pada itu, peringkat ini terbahagi kepada dua:
Senyap (latent)

Pada peringkat ini pangkal rahim akan mula menipis dan membuka sehingga 3 cm.

Ia mengambil masa yang lama. Malah, ada yang mengambil masa sehingga beberapa hari. Biasanya jika anda mengalami tanda show dan serviks tidak terbuka, doktor biasanya akan mengizinkan anda pulang ke rumah.
Aktif

Peringkat ini bermula apabila serviks mencecah 3 cm. Inilah masanya anda ditahan di bilik bersalin. Proses pembukaan serviks akan bermula pada kadar yang cepat. Biasanya ia mengambil masa antara lapan jam (anak pertama) dan empat jam (lebih daripada seorang anak). Semakin ramai bilangan anak, semakin cepat serviks membuka. Kontraksi turut menjadi semakin kerap. Pada suatu ketika, kontraksi berlaku setiap 3 minit dan paling akhir setiap 40 saat.

2) 10 cm sehingga bayi keluar

Bagi kelahiran anak pertama, ia mengambil masa paling maksimum sejam untuk melahirkan anak. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melahirkan anak selepas sejam, doktor akan menggunakan alat bantuan seperti vakum atau forsep. Jika masih gagal, pembedahan segera akan dilakukan. Hal ini perlu kerana kepala bayi sudah pun berada di dalam tulang pelvis. Jika terlalu lama bayi akan kekurangan oksigen dan dikhuatiri berlaku komplikasi yang lain pula.

3) Uri dikeluarkan

Walaupun bayi telah selamat dikeluarkan dari rahim, namun mengeluarkan uri adalah lebih penting kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh membahayakan nyawa ibu. Doktor akan memberi ubat yang dikenali sebagai syntometrine bagi mengecutkan rahim. Setelah itu, uri dikeluarkan menggunakan kaedah control cord traction. Cara ini dapat mengurangkan risiko tumpah darah.

Info

>> Ubat membuang najis

Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanyaglycerine. Ubat ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.

Menyentuh tentang situasi bersalin di dalam tandas, hal ini biasanya berlaku kepada ibu yang beranak ramai. Ini kerana kontraksi yang dialami tidak lagi sekuat ibu yang hamil anak sulung. Oleh kerana itulah masalah ini jarang berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan. Sehubungan itu, rasa kontraksi dan gesaan membuang air besar adalah sama. Jadi, berhati-hatilah jika anda keliru. Untuk kepastian, segeralah ke hospital.