04 June 2014

Vitamin E Untuk Cantik, Melawan Kanser, Meningkatkan Kesuburan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....


Kebiasaannya vitamin E ni sinonim orang katakan vitamin kecantikan. Sebenarnya vitamin E bukan untuk cantik sahaja tau.. Ada banyak lagi kelebihan lain yang anda boleh dapat melalui vitamin E... Saya nak kongsikan serba sedikit tentang vitamin E. Jenama lain saya tak pernah rasa & tak pernah kaji. Sebab saya dah jatuh cinta dengan jenama Shaklee.. Ia adalah selamat, halal, sumber semulajadi, tiada bahan sintetik. Jadi saya tak rasa was-was untuk mengambilnya sebagai makanan tambahan.

Anda nak tahu tak apa tanda2 badan kita kekurangan Vitamin E??

  • Kulit kering & kusam 
  • Kekurangan nafsu seks 
  • Masalah kesuburan 
  • Rambut gugur & kering 
  • Luka lambat sembuh 
  • Masalah Katarak 
  • Anemia 
  • Bintik penuaan 
  • Kekurangan fungsi otot, otak dan tulang sum-sum

Kekurangan vitamin E juga boleh menyebabkan kemandulan, pembesaran kalenjar prostate, keguguran janin dan mengurangkan peredaran darah.

Anda boleh mencegah kekurangan vitamin E dengan pengambilan sumber makanan yang kaya vitamin E seperti kekacang dan bijirin, sayur-sayuran hijau, kacang soya, minyak bunga matahari dan wheatgerm.

Jika anda rasa sukar untuk mengambil sumber2 makanan seperti tadi, anda boleh mengambil melalui vitamin/suplemen vitamin E secara konsisten 

Kesan pengambilan vitamin/suplemen vitamin E secara konsisten boleh di lihat dengan penampilan muka yang lebih berseri-seri, kulit terasa lembab dan licin serta rasa lebih muda. Ini kerana vitamin E adalah vitamin yang tinggi antioksidaan yang dapat membantu melambatkan proses penuaan. Malah ia juga membantu mencegah kanser, penyakit kardiovaskular, katarak dan juga mempercepatkan penyembuhan luka.

Untuk mendapatkan 400IU vitamin E adalah sama dengan 1 kg benih gandum + 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500gram badam. Jika anda ingin tahu 1 biji kapsul Vitamin E Shaklee mempunyai 400IU Vitamin E semulajadi & 10mcg selenium supaya lebih cepat berkesan penyerapannya.


Antara kelebihan Vitamin E
  • Anti Penuaan 
  • Meningkatkan keanjalan kulit , tekstur kulit & ton muka 
  • Memperbaiki parut 
  • Melindungi jantung yang sihat 
  • Melawan kanser & kukuhkan sistem imun 
  • Mempertingkatkan kesuburan lelaki & wanita 
  • Memperbaiki Arthritis 
  • Memperbaiki masalah penglihatan

Siapa yang memerlukan Vitamin E ni??
  • Sesiapa yang ingin mengatasi masalah kesuburan
  • Sesiapa yang ingin kulit muka berseri
  • Sesiapa yang ingin menghilangkan parut 
  • Sesiapa yang ingin melawan kanser
  • Dan sesiapa yang ingin sihat & cantik

Jika anda berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


No comments:

Post a Comment