08 November 2012

Kelebihan Susu Ibu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Semalam saya baca buku RAHSIA MINDA HEBAT... Penulis Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood Haji Muhammad Zakaria, salah seorang kaunselor yang saya kagumi...rugi saper xbeli buku ni..memang best tau..banyak tips untuk dapatkan minda yang hebat..salah satunya ada disebut tentang penyusuan susu ibu. Susu ibu salah satu makanan berkhasiat untuk mencerdaskan akal bayi :)  

"Pemakanan merupakan asas utama bagi perkembangan dan pertumbuhan seseorang bayi. Pemakanan itu hendaklah seimbang dan mencukupi keperluan, sesuai dengan usia mereka"

Jadi hari ni saya nak share dgn kawan-kawan dari pembacaan saya dalam buku tu tentang kelebihan susu ibu...
Susu Ibu merupakan makanan paling berkhasiat untuk bayi yang baru lahir. Kolostrum (susu permulaan yang berwarna kekuningan) mengandungi tahap protein yang tinggi.

Susu ibu selain membekalkan bahan keperluan untuk pembesaran, pertumbuhan dan perkembangan tubuh dan otak bayi, ia juga mempunyai kuasa pelindung bayi daripada jangkitan pelbagai jenis penyakit.

KANDUNGAN SUSU IBU


Kajian menunjukkan susu ibu dpt melindungi bayi daripada penyakit. Antara penyakit-penyakit yang biasa menyerang bayi adalah seperti sakit telinga, kolkol(pertussis), taun(typhoid), lumpuh(polio), gastro enteritis dan meningitis. Malah bayi yang diberikan susu ibu dikatakan kurang terdedah kepada kemungkinan mendapat penyakit lelah dan juga pelbagai penyakit alahan.

Malangnya ada segelintir ibu-ibu moden sekarang tidak memberikan susunya ada bayi mereka kerana sibuk bekerja,sering berjauhan dgn bayi atau faktor-faktor lain seperti bimbang payudara akan mengendur dan menghilangkan kecantikannya apabila menyusukan bayi. Sangkaan ini tidak berasas sama sekali.

Maha Suci Allah 
Yang Menjadikan Payudara Yang Dipenuhi Susu 
Ketika Melahirkan Bayi Kalau Bukan Untuk 
Makanan Bayi Itu Sendiri !!!


Sumber Google
Mari kita lihat apa KELEBIHAN SUSU IBU...
  • Susu ibu sesuai untuk bayi secara semulajadi.
  • Susu ibu tersedia dalam keadaan steril atau terpelihara dan bebas drpd kuman atau hama.
  • Kandungan nutrien yang seimbang.
  • Susu ibu kurang kandungan protein dan kasein berbanding susu lembu. Kasein(casien) ialah protein yang dimendakkan drpd susu dan merupakan asas keju dan plastik
  • Susu  ibu mudah hadam kerana lembut dan cair berbanding susu haiwan yang pekat dan susah dihadam, terutama bayi.
  • Susu ibu mengandungi protein yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan keman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan cirit-birit
  • Susu ibu lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. Laktase ialah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa (gula ringkas) dan galaktosa (gula ringkas yg kurang larut dan kurang manis drpd glukosa)
  • Najis bayi yang minum susu ibu akan menjadi asidik dan ini menyebabkan ketidaksuaian utk pembiakan kuman dalam sistem usus
  • Susu ibu juga mempunyai sel yang datangnya daripada badan ibu. Sel itu berupaya membasmi jangkitan kuman serta virus selain mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi
  • Sistem penghadaman bayi berupaya menyerap kandungan zat besi drpd susu ibu dgn lebih sempurna berbanding susu lembu
  • Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan ransangan kasih sayang kedua-dua pihak, ibu dan bayi.
  • Hisapan mulut membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan semula rahim ibu. Ini menjadikan ibu tidak hamil dan menjarakkan kelahiran selagi menyusukan bayi.

No comments:

Post a Comment