23 October 2012

Sayangi Payudara Anda...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Petang ni nak share pasal "Breast Cancer". Anda tahu tak bahaya nya kanser ni...dia menyerang tanpa kita sedari...Semalam ada kakak opis cerita pasal adik dia detect ada kanser payudara tahap 2..sebelum jumpa doktor dia perasan ada benjolan di bawah ketiak kirinya...dalam masa 2 minggu sahaja doktor suggest kena potong sebelah payudaranya kalau tidak kanser tu akan merebak...tapi kakak tu cakap adik dia mmg aktif sebelum ni..al-maklumlah cikgu...tapi Allah nak uji dia kan...Semoga dia tabah hadapi dugaan ni dan kuatkan semangat untuk teruskan hidup demi keluarga tercinta...Mudahan kita yg masih tidak tahu kesihatan kita camner..cuba lah jaga pemakanan kita erkk kawan-kawan, supaya kita terhindar daripada terkena kanser tersebut...


Bawah ni ada info cikit tentang penjagaan payudara untuk tatapan semua.... 
"Sayangilah Payudara Anda"



17 Okt - Ramai wanita yang mahukan payudara yang cantik dan tegang. Namun begitu, perincian apa yang cantik dan macam mana yang tegang adalah tidak nyata. 

Setiap wanita perlu tahu, payudara adalah berbeza bagi setiap wanita, daripada segi saiz, bentuk, warna dan ketegangan. Hanya kerana melihat gambar seorang model iklan dengan buah payudara yang cantik, seseorang wanita mahu menurutnya. 

Lambakan produk kesihatan dan kecantikan payudara di pasaran memberi informasi dan manfaat berguna buat wanita. Malah rekaan fesyen coli yang segar dan mengikut peredaran zaman juga tidak kurang hebatnya apabila memberi idea kepada wanita untuk tampil menarik dan berkeyakinan. 

Perkara paling utama adalah memakai coli yang bersesuaian dengan bentuk dan saiz payudara. Jangan memakai coli yang saiz terlalu kecil, ini akan membuat anda tidak selesa. Apabila memakai coli yang kecil dan dada dirasakan seperti terkeluar, maka saiz itu adalah kecil. 

Pelbagai petua boleh dimanfaatkan bagi memperolehi payudara yang cantik. Selain Omega 3, sayuran dan vitamin E, pengambilan teh hijau setiap hari juga mampu meminimumkan risiko menghidap kanser payudara. Jangan lupa selitkan teh hijau di dalam diet harian anda mulai hari ini! 

Umum mengetahui pengambilan alkohol dan rokok mengundang pelbagai penyakit. Fakta juga mengesahkan pengambilan alkohol dan rokok meningkatkan risiko kanser payudara. 

Kajian epidemiologi menunjukkan senaman membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan stress. Selain dapat membentuk payudara dengan cantik, ia juga membantu menganjalkan saiz di samping melancarkan perjalanan darah di sekitar kawasan payudara. 

Payudara perlu diperiksa untuk melihat sebarang perubahan. Kanser buah dada adalah pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Pengesanan awal dapat memberikan wanita peluang yang lebih besar untuk pulih. Bagi wanita yang mahukan payudara yang menarik dan sentiasa sihat, menjaga kesihatan badan adalah sangat penting.


FAKTOR RISIKO KANSER

1) Merokok dan pendedahan terhadap bahan tembakau 
  • Asap tembakau mengandungi sekurang-kurangnya 80 jenis bahan penyebab kanser. 
2) Alkohol 
  • Meningkatkan risiko untuk kanser: peti suara, esafagus, hati, payu dara dan kemungkinan dalam kolon dan rektum.
3) Pendedahan berlebihan pada sinar matahari 
  • Kerosakan akibat radiasi ultraviolet → kanser kulit 
4) Pendedahan terhadap pencemaran dan toksin 
  • Bahan dari persekitaran → risiko tinggi penyebab kanser 
5) Faktor genetik 
  • Sejarah famili adalah faktor risiko untuk kanser: payudara, ovari, kolon dan prostat
6) Pemakanan tak sihat, Kurang bersenam atau Gemuk 
  • Cancer Research and the World Cancer Research Fund, menunjukkan makanan, kurang nutrisi dan kurang bersenam menyebabkan kebanyakan kanser – kemungkinan satu pertiga daripada kesemua kanser
  • Obesiti meningkatkan risiko kanser payudara pada wanita yang menopos sebanyak 50% dan kanser endometrial sebanyak tiga kali ganda

Dianggarkan 40% DARIPADA KESEMUA JENIS KANSER BOLEH DIELAKKAN



8 PERKARA YANG PERLU UNTUK MENGURANGKAN RISIKO MENDAPAT KANSER
  1. Elakkan produk tembakau, asap rokok basi dan alkohol 
  2. Capai dan kekalkan berat badan ideal 
  3. Bersenam selalu 
  4. Makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan bijiran penuh 
  5. Ambil langkah keselamatan apabila berada di bawah matahari dan periksa kulit untuk apa-apa perubahan 
  6. Kurangkan pendedahan terhadap bahan karsinogen
  7. ketahui Sejarah keluarga anda dan lakukan ujian pemeriksaan

  8.  PILIH SUPLEMEN ANDA DENGAN BIJAK...


Jika anda berminat untuk mengetahui vitamin/suplemen Shaklee yang mana satu sesuai untuk anda mencuba bagi menghindarkan KANSER boleh lah menghubungi saya yer :)



No comments:

Post a Comment