30 June 2015

Rezeki Penghujung Bulan Biz Online Mudah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Alhamdulillah rezeki tak disangka di penghujung bulan Jun ni. Rezeki 13 Ramadhan. Semoga customer saya diberi kesihatan berpanjangan dan diberi cahayamata yang comel2 sepertinya.... SujudSyukurPadaMuYaAllah.


Mudah biz Shaklee ni sebab saya order online jer. Nanti barang akan sampai kepada saya dalam tempoh 2 atau 3 hari bekerja. Paling cepat hari ni saya order esok dah sampai. Selepas tu barang shaklee sampai ke tangan saya baru barang tersebut saya agih2kan pada customer saya untuk saya berikan sentuhan ekslusif pada customer tersayang. Itu cara saya lah. Ada lagilah tips2 istimewa yang lain menyor shaklee saya ajarkan.

Kalau ada kawan2 berminat nak tahu meh lah join biz mudah ni. Dari rumah jer leh buat.. Nak buat side income pun boleh. Hubungi saya untuk info lanjut tau. Jangan segan...

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

25 June 2015

SIAPA SANGAT MEMERLUKAN VITAMIN C?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Nak tahu tak siapa di kalangan kita yang memerlukan sangat vitamin C ni? Jom kita semak diri kita ('',)

Sumber Page FB Shaklee

Anda sangat-sangat memerlukan vitamin C jika anda:


1. PEROKOK
Kerana asap rokok memusnahkan vitamin C dengan cepat. Perokok perlukan vitamin C untuk membersihkan darah daripada logam berat dan untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang

2. PESAKIT KENCING MANIS 
Bagi pesakit kencing manis, vitamin C PENTING untuk menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah darah daripada menjadi keras bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat

3. Demam atau selsema 
Sistem imunisasi badan perlukan vitamin C dengan banyak untuk melawan jangkitan kuman/bakteria.

4. Menjalani pembedahan 
Untuk cepat baik pulih luka pembedahan dan melawan jangkitan kuman akibat pembedahan.

5. Orang yang sering STRESS
Vitamin C MUDAH termusnah akibat 'stress'

6. Ibu Hamil
Amat PENTING ibu hamil mengambil vitamin C kerana banyak kesan kekurangan vitamin C untuk ibu hamil. Antaranya: gusi mudah berdarah, sering demam dan selsema. Akibat kepada bayi, kemungkinan lahir kurang matang dan bayi mengalami eczema.

7. Mengambil pil perancang, antibiotik
Kerana ubatan ini boleh MEMUSNAHKAN vitamin C

8. Untuk CANTIK dan AWET MUDA
Menurut pakar kecantikan, seseorang itu perlu mengambil 3000mg vitamin C sehari untuk tampil cantik dan awet muda.

24 June 2015

Resepi Oat Epal Midnight

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Wahhh... nak cerita ni sebenarnya keinginan nak buat oat midnight ni dah lama. Tapi baru malam tadi tercipta hasilnya. Sebab dengan kesibukan melanda dan keterlupaanku...hahaa...padahal malas.hehe.. buat dia kejap jer. TAPI KAN.... saya tak sempat nak ambil gambar selepas siap tu. Dah kosong baru teringat nak ambil. Lain kali kalau saya buat saya tepek gambar yer kawan2 :)



Haaa tengok tu saya makan licin habiskan. Tu tandanya sedapp.. korang mesti cuba. Lagi2 bulan puasa ni. Malam2 biasa lapar cikitkan lepas terawih tu. Korang boleh buat ni untuk bagi tenaga.

Bahan2 dia senang jer. Korang mesti ada

1) Oat
2) Susu Full Cream @ Low Fat
3) Yogourt Plain @ Perisa
4) 1 biji Epal atau korang boleh letak buah2an apa yang korang suka mcm strawberry ker, kiwi ker, mangga ker, blueberry ker...

Cara2 buat...haa lagi senang. Main masuk2 jer.

1) Korang perlukan bekas apa2 yang plain macam gambar atas tadi. Macam saya gunakan bekas jem yang dah habis digunakan. Memang suka simpan bekas2 macam tu :) Memudahkan kerja nak buat makanan2 macam nilah...hehe...

2) Lepas tu, korang bolehlah start masukkan bahan2 kat atas tu. Ambik oat masukkan dalam bekas kaca tu. Pastikan bekas kaca tu basuh dulu yer ('',) Saya gunakan oat 3 in 1 jer... tu jer yang saya ada.



3) Dah masukkan oat, masukkan susu pulak. Susu saya guna yang jenis kotak macam ni. Susu jenama Dutch Lady memang kegemaran saya. Dah cuba susu kotak jenama lain tak leh ngam dengan tekak ni. Haha... mengadakan jer kan.. Tapi saya tak guna 1kotak penuh tau. Dalam 3/4 rasanya. Takut nanti mual pulak susu banyak sangat. Perasaan saya jer kot. Ikut korang lah yer. Kita yang nak makan kan.



4) Pastu korang masukkan pula yogourt apa2 yang korang suka. Paling terbaik plain lah. Sebab dah ada buah2 an yang masam2. Kalau tak der yang perisa pun ok. Macam saya ni. Huhu...



5) Last sekali korang masukkan buah2 an yang korang suka dalam tu. Ingat tau masa korang masuk2 kan tu jangan kacau dulu. Masuk jer. Last sekali baru kacau kesemuanya. Saya guna epal. Sebab buah tu jer ada dalan peti ais. Murahkan. Kang kalau strawberry mahaii...hehe...



Pastu korang kacau. Sebenarnya perlu simpan semalaman. Tapi sebab saya ni jenis tak tahan dah mencuba rasanya kan.. Saya letak dalam peti atas yang beku tu kejap. Pastu terus ngappp... haha...sedap jer ku rasa. Tu lah sebab bekas kaca tu jadi macam gambar kat atas tu sekali.

Jangan lupa mencuba tau! Pasti tak menyesal...

Ohh yer, lupa nak bagitahu satu rahsia. Last sekali sebelum nak makan tu saya campurkan 1 sudu KFC Vivix. Terus tukar wajah saya punya Oat Epal Midnight menjadi warna purple :) Vivix ni untuk korang awet muda tau. Nak tahu Vivix tu apa? MEh klik cini untuk korang baca apa yang BEST Vivix ni....

23 June 2015

20 Tips Ibu Menyusu Berpuasa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Korang ibu menyusu?? Nak tahu apa tips atau amalan nak teruskan kekal bertenaga walaupun anda berpuasa? Meh baca 20 tips kat bawah ni. Kebanyakkan senarai kat bawah ni memang saya amalkan. Syukur alhamdulillah saya dapat teruskan berpuasa walaupun saya ibu menyusu yang bekerja :) 


❤️20 Tip Ibu Menyusu Boleh Terus Berpuasa❤️


Biarpun mencabar namun ibu menyusu juga mampu meneruskan ibadah puasa dengan semangat dan iltizam yang tinggi. Kajian membuktikan bahawa puasa bagi ibu menyusu sememangnya selamat dan jumlah pengeluaran susu ibu tidak akan berkurangan asalkan ibu tidak mengalami dehidrasi.

Elakkan daripada mengalami stres kerana mengurus rumah tangga, mengasuh anak dan aktiviti lain. Justeru ibu menyusu juga boleh menikmati nikmat berpuasa di bulan Ramadan yang hanya datang setahun sekali. Cuba tip berikut agar memudahkan perjalanan puasa anda ketika menyusukan anak.

1) Dapatkan sokongan ibu menyusu lain

Sokongan satu sama lain membantu ibu menyusu menjadi lebih kuat dan bersemangat. Perkongsian pengalaman dan tip tentu sahaja berguna kepada semua.

2) Bereskan tugas rumah tangga waktu malam

Untuk mengelakkan keletihan di siang hari, selesaikan segala tugas rumah tangga pada waktu malam atau sebelum sahur.

3) Minta bantuan suami

Jangan lakukan tugas rumah tangga sendirian. Sebaliknya minta bantuan suami atau anak yang sudah besar. Berbahagi tugas itu lebih mengharmonikan rumah tangga.

4) Elakkan si kecil membuatkan ibu penat

Rancang aktiviti untuk anak agar dia sibuk sepanjang hari dan tidak merengek.

5) Elakkan berpanas

Jika boleh, jangan banyak lakukan aktiviti di luar rumah atau pejabat dalam cuaca yang panas. Jika terpaksa, pastikan pakai topi, pelindung cahaya matahari dan berpakaian cerah.

6) Banyakkan berehat

Walaupun sibuk di pejabat mahu pun di rumah, cari masa untuk berehat seketika.

7) Elak minuman berkafein

Minuman berkafein atau berkarbonat adalah penyebab utama dehidrasi. Kafein juga adalah zat diuretik yang meningkatkan keinginan mengunyah ibu.

8) Banyak makan buah dan sayuran segar

Buah dan sayuran mengandungi banyak air yang dapat menambahkan pengambilan cecair dalam badan.

9) Jangan banyak minum semasa sahur

Semasa sahur elakkan pengambilan air yang terlalu banyak kerana ia menyebabkan ibu kekenyangan. Sebaiknya aturkan pengambilan minuman sejam sekali selepas berbuka puasa sehingga mencukupi 2.5 liter air sehari.

10) Elakkan makanan pedas

Makanan pedas memang membuka selera tetapi ia hanya menambah risiko membuang banyak air sehinggakan badan akan mengeluarkan banyak cecair.

11) Elakkan terlalu banyak memasak

Memasak sendiri juadah berbuka puasa memang lebih menyeronokkan tetapi jangan terlalu sibuk di dapur sehingga membuatkan ibu cepat penat. Mungkin sesekali boleh ajak kawan atau saudara mara ‘pot luck’ berbuka puasa di mana setiap orang membawa satu hidangan.

12) Hadkan pengambilan produk tenusu

Makanan hasil tenusu seperti keju atau yogurt akan membuatkan badan lebih banyak mengeluarkan mukosa (cecair badan yang kental dan lekit).

13) Kurangkan kegiatan berbelanja di siang hari

Sebaiknya rancang menu mingguan dan buat perbelanjaan seminggu sekali.

14) Jangan lupa makan kurma

Berbuka puasa dengan segelas air dan tiga atau empat biji kurma supaya paras gula ibu kembali normal.

15) Sentiasa bertenang

Lakukan tadarus Al-Quran untuk membantu ibu tenang. Susu tidak lancar jika ibu tertekan.

16) Banyakkan berzikir

Sentiasa berzikir sepanjang hari dengan menyebut asma Allah Ar-Razaq (Maha Pemberi Rezeki) agar ibu sentiasa diberi kekuatan untuk berpuasa.

17) Membaca selawat

Jangan lupa perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam setiap doa yang dibaca.

18) Bersolat tepat pada waktunya

Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT akan menanamkan rasa percaya bahawa Dialah yang memberikan rezeki susu kepada anak dan kemampuan berpuasa kepada ibu.

19) Pastikan cukup tidur

Sentiasa pastikan ibu cukup tidur. Sekiranya ingin melakukan ibadah di malam hari, ibu boleh tidur awal dahulu dan bangun kemudian.

20) Jangan terlalu banyak minum air ketika berbuka

Biarpun ibu terlalu dahaga namun jangan banyak minum air sehingga hilang selera untuk menjamah makanan. Pastikan mengikut sunah Nabi dalam bab makan dan minum iaitu sepertiga air, makanan dan udara.

Edit Sumber : PA & MA

Jom kawan-kawan ibu menyusu bertahan berpuasa walaupun anda sedikit letih.


Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

20 June 2015

Cara Solat Tarawih Bersendirian di Rumah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Bijaksananya Allah swt.. wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar..

Selain menghindar diri dari fitnah, wanita yang solat di rumah dapat berehat rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih...sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, meh tengok caranya..


Cara Solat Sunat Terawih Bersendirian Di Rumah


Niatnya :

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”


Bilangan rakaat suka hati.. buatlaa yang termampu. Paling ringkas buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

NOTA:

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. 

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"


Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"


Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,

dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.

Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid/surau. Dan tiada alasan bagi yang ada anak kecil. Kita boleh buat lepas anak-anak dah tidur. Mari kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak buat solat tarawih, tahun ni kita buat.

Jika korang nak tahu klik kat cini PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

19 June 2015

8 Tips Bagaimana Berpuasa Tapi Bertenaga

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

8 Tips Bagaimana Berpuasa Tapi Bertenaga

1) Jangan tinggal waktu Bersahur
2) Jangan melambatkan Waktu Berbuka
3) Digalakkan mengambil hidangan utama selepas solat maghrib
4) Minum malam selepas solat terawih
5) Sertakan buah-buahan & sayur-sayuran ketika sahur & berbuka
6) Hadkan makanan yang tinggi garam
7) Hadkan makanan yang tinggi garam
8) Minum air secukupnya

Sumber : FB Page Kementerian Kesihatan Malaysia


Jika anda memerlukan air bertenaga. Anda boleh mencuba yang ni :) 
Pasti anda berpuas hati tau..


Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

18 June 2015

Puasa Secara Sihat di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Salam 1 Ramadhan 1436H semua :)



Jom baca info di bawah ni tentang berpuasa secara sihat di bulan ramadhan ini :) 

Berpuasa dengan cara yang betul mampu membantu menyihatkan badan. Seringkali puasa digunakan sebagai kesempatan untuk menurunkan berat badan. Ini boleh dicapai dengan pengamalan puasa yang sihat. Jika tidak berhati-hati, makanan berlebihan ketika berbuka puasa setelah mengawal diri seharian menjurus kepada bertambahnya berat badan.

Selepas tempoh puasa yang lama, setelah usus menyerap sepenuhnya zat-zat makanan dari sajian makan terakhir, simpanan tenaga dalam badan akan digunakan. Biasanya simpanan glukosa dalam hati dan otot digunakan dahulu kerana glukosa merupakan sumber tenaga utama badan. Apabila simpanan glukosa habis, lemak menjadi sumber tenaga seterusnya. Dengan masa dan pengulangan, simpanan lemak ini akan digunakan dengan kerap dan lama-kelamaan berkurang. Beginilah cara puasa membantu mengurangkan berat badan. Namun jika dilakukan terlalu lama, badan akan mula menggunakan protein sebagai sumber tenaga. Hal ini perlu dielakkan kerana otot-otot badan akan mula terhakis. Pengurangan berat badan seperti ini tidak sihat dan melemahkan tubuh badan.

Penurunan berat badan dalam kadar 5-10% dari berat asal bagi mereka yang kegemukan bermanfaat dalam pengawalan kencing manis, pengurangan kolestrol dan tekanan darah. Puasa juga menggalakkan pembuangan toksin dan hasilnya boleh dilihat dalam peningkatan kesihatan mental.

Pemakanan sihat ketika berpuasa tidak jauh beza dari pemakanan sihat di luar bulan puasa. Prinsip sama digunakan iaitu pemakanan sihat yang seimbang. Pemakanan ketika bulan puasa sama seperti hari-hari biasa. Ikuti piramid makanan merangkumi semua kumpulan makanan :
  • Nasi, roti, bijirin, dan makanan berkanji
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Daging, ikan, telur, dan soya
  • Susu dan hasil-hasil tenusu
  • Makanan berlemak dan bergula

Salah satu cara menghadapi puasa adalah dengan mengambil lebih banyak karbohidrat kompleks. Karbohidrat kompleks melepaskan tenaga pada kadar yang lebih rendah dan membantu untuk bertahan lebih lama sepanjang hari. Kadar perlepasan tenaga yang rendah memastikan kadar glukosa dalam badan rendah dan terkawal – ini sangat berfaedah bagi pesakit kencing manis. Contoh karbohidrat kompleks adalah seperti beras perang, beras basmati, oat, gandum, barli, tepung gandum bijiran penuh dan kacang dhal. Karbohidrat kompleks turut mempunyai kandungan serat yang tinggi.

Buah-buahan dan sayur-sayuran juga kaya dengan serat. Serat berfungsi melancarkan perjalanan usus dan membuat anda rasa lebih kenyang selepas makan. Karbohidrat ringkas mudah dihadam dan diserap hampir serta merta tetapi membuat anda cepat lapar. Dengan menambahkan serat pemakanan dalam hidangan, khasiat diserap dengan lebih perlahan dan rasa kenyang berpanjangan. Sayuran dan buah-buahan turut memberi pelbagai vitamin dan mineral.

Makanan diproses yang mengandungi karbohidrat ringkas atau gula harus dielakkan kerana badan menggunakannya dengan cepat. Inilah sebab mengapa kita lebih cepat lapar selepas makan mi segera berbanding semangkuk kecil oat. Makanan berlemak juga perlu dielakkan kerana ianya tidak sihat dan penyebab pedih ulu hati yang sering berlaku ketika berpuasa.

Kafein merupakan sejenis diuretik. Diuretik mengurangkan kadar air dalam badan dengan menggalakkan pengeluaran air kencing. Kehilangan air yang terlalu cepat boleh mengakibatkan penyahhidratan. Oleh itu, kurangkan pengambilan minuman berasaskan kafein seperti teh, kopi, dan cola.

Sahur sebagai santapan pertama harian perlulah sihat dan seimbang secara menyeluruh. Cuba hidangan yang mengandungi nisbah karbohidrat kompleks lebih tinggi dan serat pemakanan yang lebih mengenyangkan serta memberi tenaga yang tahan berpanjangan suntuk sehari. Hidangan seimbang untuk sahur memastikan zat-zat yang mencukupi terutama sekali vitamin dan zat galian. Sajian protein yang cukup mencegah penghakisan otot akibat puasa berpanjangan. Elakkan makanan bergoreng untuk sahur jika anda cenderung mengalami pedih ulu hati kerana makanan berminyak memburukkan gejala ini. Gunakan cara masak yang sihat seperti bakar, panggang, kukus, rebus, dan tumis.

Pengambilan kurma ketika berbuka puasa merupakan amalan Rasulullah s.a.w atau sunnah dan digalakkan sesama Muslim. Kurma adalah sejenis karbohidrat ringkas yang memberi tenaga serta merta. Jus buah-buahan dan manisan memberi kesan yang sama. Pesakit kencing manis perlu berwaspada dengan amalan berbuka puasa dengan kurma kerana peningkatan kadar gula dalam darah yang terlalu cepat boleh mengakibatkan kadar gula yang tidak terkawal sepanjang malam. Minum air sewaktu berbuka puasa untuk menggantikan kehilangan air. Pada masa yang sama, meminum air memberi rasa kenyang lantas mengelakkan makanan berlebihan. Puasa tidak patut dijadikan alasan untuk makan lebih dari biasa kerana kesannya, berat badan akan bertambah. Sebolehnya ambil sajian yang lebih kecil dan kerap untuk mengagihkan tenaga dengan jajar justeru meningkatkan tahap metabolik.

Bulan puasa atau tidak, cara pemakanan sihat adalah sama. Sajian hendaklah seimbang, kepelbagaian, dan kurang ketumpatan tenaga. Amalan ini seharusnya berpanjangan dan tidak hanya terbatas pada bulan Ramadan untuk mencapai badan yang lebih sihat.

Encik Brian Lian Ding adalah seorang pakar pemakanan yang bertugas di sebuah hospital umum di Sarawak. 
Artikel ini diterjemahkan oleh Nur Nadhirah dari http://www.mmgazette.com/fasting-the-healthy-way-this-ramadhan-healthyramadhan-brian-lian-ding/