12 June 2015

Tips Memperkenalkan Makanan Pada Bayi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Di Malaysia, bubur nasi merupakan ‘makanan permulaan’ bayi. Ia adalah pilihan yang baik untuk memulakan makanan pelengkap, kerana nasi jarang sekali menyebabkan alergi atau alahan berbanding dengan bijirin seperti gandum.

Anda boleh mula memperkenalkan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan memberinya dalam bentuk puri. Dengan cara ini, bayi anda akan mengenali rasa yang berbeza dan membiasakan dirinya memakan pelbagai jenis makanan.

Adalah sangat baik sekiranya anda membiasakan bayi anda kepada sayur-sayuran sebelum memperkenalkan buahbuahan kepadanya. Ini adalah kerana bayi mungkin menolak sayur-sayuran kerana rasanya yang kurang enak berbanding dengan rasa buah yang manis secara semulajadi.

Cara Penyediaan Puri Sayur & Buah


Apabila anda mula memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi, berilah dalam jumlah yang sedikit sahaja kerana ini adalah mencukupi baginya. Pada peringkat awal tujuan memberi bayi makan adalah untuk membiasakan bayi kepada cara makan yang baru, maka anda tidak perlu menyediakan makanan dalam jumlah yang banyak.

Mulakan dengan memberi bayi susu ibu dan sebelum bayi terlalu kenyang, sendawakan bayi, dan kemudian dudukkan dia. Letakkan sedikit makanan di hujung sudu plastik yang bersih dan halakan kepada bibir bayi. Biarkan bayi menghisapnya. Jika bayi dapat membawa makanan ke bahagian belakang mulut dan seterusnya menelan, teruskan dengan memberikan dua atau tiga sudu lagi makanan tersebut.

Anda boleh cuba memberi bayi cecair seperti sup sayur yang telah ditapis bersama air barli. Jika anda ingin memberi bayi anda jus buah-buahan, cubalah sediakan jus dan gunakan penapis untuk membuang hampas buah. Sama ada anda memberinya dalam bentuk jus atau sup, jangan sesekali menambah gula atau garam. Biarkan bayi menggemari keaslian rasa makanan tersebut.

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

10 June 2015

Amalan Wajib Menjemput Rezeki

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Saya dapat ilmu ni dari kawan2 group tele beautiful & charming Shaklee. Best kawan kat citu. Walaupun kami hanya kenal melalui online tapi kami saling berkongsi ilmu...berkongsi pendapat tentang masalah customer..berkongsi testimonial...macam2 lah ilmu kami dapat. Itulah antara sebab kenapa saya pilih Shaklee di bawah group kami :)

Jadi saya letak kat blog ni untuk kawan2 lain dapat manfaat bersama dan nota peringatan untuk diri saya sendiri juga♡

♡Maksud REZEKI
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah

♡Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

♡Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

♡Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

*Pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorg camne nk buka tabung-tabung ni!

♡Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

1) Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

2) Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3) Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
- Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar mak dan ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi..

4) Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,


✅ Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dan lain2

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni('',)

08 June 2015

8 Tips Mengatasi Anak Memberontak @ Protest

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1) Pegang dia seperti dalam gambar ini.


2) Bisik kan anda sayang dia dan faham perasaan dia.
3) Baca ayat Quran dan A'uzu billahi minashaitanir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.
4) Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5) JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Kenali Apa Itu Tantrum?

Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:

1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.

FAKTOR PENYEBAB TANTRUM

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. 
Diantaranya adalah seperti berikut:

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.

4) Asuhan Ibubapa

  • Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
  • Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
  • Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.
5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma @ Fobia
Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.

8 TIPS MENGATASI ANAK MEMBERONTAK









Semoga bermanfaat untuk kita menangani tantrum yang mungkin terjadi pada anak-anak kita. Share di FB korang sekiranya ianya bermanfaat. 
Sharing is caring....

Edit Sumber : LeoZackery

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

03 June 2015

Makan Mee Tarik Bangi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Waktu tengah hari tadi korang makan apa? Ada menu best ker? Dah lama sebenarnya tak dating together2 ngan husband.hehe... so, tadi ambil kesempatan makan kat bangi. Tujuan asal nak g collect tiket NC Shaklee kat Faizland. Nak jumpa my mentor kesayangan tiada di opis plak. Saya pun satu tak bagitahu.. main redah jer. Hehe...



Alang2 dah sampai bangi kan. So kami ambil kesempatan makan Mee Tarik Warisan Asli.



Kat cini bukan ada mee jer tau nasi pun ada. Kami decide sorang ambil nasi sorang lagi ambil mee. Dapatlah rasa kedua-dua jenis makanan kan.. bijak tak idea tu ('',)





Sambil2 makan tadi sempat juga saya ambil gambar orang tu tengah membuat mee tarik. Macam best jer dia duk tarikk mee tu.. tapi seriously mee dia memang sedapp. Korang patut rasa. Husband pun cakap sedapp. So memang sedapp lah kan!



Tak sangka ada lambang Pilihan TV3 lagi kat papan tanda tu..hehe...



Jangan lupa kawan2 kalau dah sampai Bangi harus cuba Mee Tarik Warisan Asli ok...

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

01 June 2015

Promosi Cantik & Sihat Sebelum Syawal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Pejam celik pejam celik dah masuk 1 Jun 2015. Bulan ni menghitung hari nak masuk bulan Ramadhan. Tak sabar rasanya. Ada tak kawan-kawan yang nak cantik sebelum jumpa saudara serta kenalan di bulan Syawal ni?

Masih sempat lagi korang nak cantikkan kulit sebelum masuknya bulan Syawal. Sebab bulan jun ni Shaklee bagi promosi untuk vitamin kecantikan tau. Apa lagi vitamin cantik kalau bukan Vitamin C & Vitamin E. Saya tahu dah namanya wanita memng suka pada kecantikan kan termasuk lah saya juga :)

Untuk kawan-kawan yang ada anak umur 2 tahun ke atas ambil vitalea chew untuk kesihatan anak-anak sekali. Nak jimat korang kena beli masa ada promosi ni lah.



Jom lah kita sihat & cantik sebelum raya!
Bukan untuk sesiapa pun untuk diri kita juga supaya lebih yakin jumpa saudara mara dan kenalan.

Nak tahu lebih lanjut harga promosi vitamin-vitamin ni jangan segan meh whatsapp kami atau email pun boleh. Kami akan beri servis yang terbaik buat korang.



















Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

31 May 2015

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sehingga 6 Bulan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Alhamdulillah anak saya yang ke 2 dah lepas fasa pertama dalam penyusuan susu ibu selama 6 bulan. Syukur sangat saya dapat menyusukan dia dengan penuh kasih sayang :)



Kawan-kawan pun pasti inginkan memberi yang terbaik buat anak2 kan? So jom susukan anak2 kita dengan susu ibu. Banyak kelebihan tau untuk ibu dan bayi kalau korang beri susu ibu.

Antaranya kebaikan penyusuan susu ibu untuk bayi ialah :

1) Menguatkan antibodi bayi
2) Mengurangkan risiko diabetes dan obesiti
3) Mengelakkan risiko KZM dan cirit birit
4) Mudah penghadaman
5) Mendapat zat dan nutrien yang cukup
6) Mengurangkan risiko alahan
7) Suhu yang sesuai
8) Kurang masalah pergigian
9) IQ tinggi
10) Tumbesaran yang sihat

Antara kebaikan penyusuan susu ibu untuk ibu pula ialah :

1) Mudah dan tidak perlu persediaan
2) Kecutkan ragim dan kurangkan pendarahan
3) Eratkan kasih sayang (bonding)
4) Jimat masa dan wang
5) Jarak kehamilan
6) Kurang risiko kanser payudara dan ovari

Kepentingan penyusuan sepenuhnya (Ekslusif) sehingga 6 bulan
  • Mengandungi nutrien/zat cukup untuk pertumbuhan bayi sehingga berumur 6 bulan.
  • Memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu
  • Air/ makanan pelengkap/ susu formula merbahaya-sistem pencernaan dan penghadaman belum matang
  • Makanan pelengkap terlalu awal-bayi mudah mendapat diarrhea (cirit-birit) kerana enzim belum bersedia sepenuhnya.
  • Air atau Cecair lain selain susu ibu- menghakis salutan pelindung penyakit pada sistem pencernaan - bayi terdedah risiko jangkitan dan alahan.

Edit Sumber : Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya, Pejabat Kesihatan Putrajaya

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

30 May 2015

Membantu 1001 Pelbagai Penyakit Kronik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Apa itu VIVIX???



Hari ni nak cerita dengan korang tentang 4 bahan utama yang ada pada VIVIX aka TONIK AJAIB SHAKLEE yang boleh membantu mengurangkan pelbagai penyakit kronik.



EMPAT bahan utama dalam Vivix ni iaitu Anggur Muscadine, Elderberry, Purple Carrot dan Polygonum Cuspidatum.

1) ANGGUR MUSCADINE

Satu-satunya anggur yg mempunyai lebih satu kromosom yg bermanfaat untuk kesihatan. Anggur ini mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser, juga sebagai anti-virus dan anti-bakteria.

Anggur muscadine dan bijinya adalah salah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti-radang. Jika dibandingkan dengan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular,menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

2) ELDERBERRY / Sambucus Nigra

Berry yang bertaraf PREMIUM HIGH CLASS kalau dalam salasilah keluarga berry. Elderberry merupakan buah yang popular dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.

Antara manfaat lain yang sangat penting dari jus elderberry adalah:

♡Kemampuannya untuk mencegah dan mengubati cancer, fakta ini dikaitkan dengan antioksidan yang terkandung di dalamnya.
♡Meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta sangat membantu dalam mengubati penyakit AIDS dan cancer.
♡Berupaya untuk menurunkan kadar kolesterol untuk mencegah penyakit jantung.
♡Membantu mengatasi dan merawat masalah diabetes.
♡Meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal.

3) PURPLE CARROT

Purple carrot adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytochemical termasuk lah carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Asid klorogenik adalah anti oksidan paling banyak dalam semua carrot termasuk lah Purple Carrot. Ia bertanggungjawab mengurangkan risiko penyakit diabetes.

4) POLYGONUM CUSPIDATUM (Knotweed Jepun)

Sejenis tumbuhan perenial yang besar berasal dari asia, juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed jepun adalah sumber komersial Resveratrol.

Polygonum Cuspidatum banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplement anti penuaan. Kesimpulan dari ujian demi ujian menunjukkan resveratrol di dalamnya membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.

BAHAN-BAHAN dalam penghasilan ViViX adalah menggunakan bahan semulajadi tau. Jadi korang tak perlu risau untuk makan sebagai makanan tambahan membantu pelbagai penyakit kronik atau makan ViViX sebagai pencegah mendapat penyakit kronik ni. Kesihatan juga adalah rezeki buat kita kan.

Nak tahu lagi apa manfaat ViVix?



Jadi lepas ni korang tak perlu teragak-agak untuk membeli satu botol demi kesihatan anda. TAPI TUNGGU.....

Apa kata korang beli 2 botol sekaligus sebab korang dapat diskaun 5% dan akan dapat Multivitamin Shaklee secara PERCUMA dan satu lagi korang berpeluanag menjadi ahli Shaklee secara PERCUMA juga tau... pastu korang akan dapat duit Cash Rebate dari Shaklee lagi sebab 2 botol Vivix melayakkan korang dapat BONUS berbentuk wang ringgit pada bulan depannya. Bestkan?? Memang super JiMATTTTT. Rugi tak ambil peluang ni. Tawaran ni sah sehingga bulan Oktober 2015 sahaja!



Jika berminat nak tahu info lanjut atau ingin membeli untuk diri sendiri ker atau nak bagi hadiah kepada ayah ibu korang boleh hubungi kami:

















Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)