12 June 2015

Tips Memperkenalkan Makanan Pada Bayi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Di Malaysia, bubur nasi merupakan ‘makanan permulaan’ bayi. Ia adalah pilihan yang baik untuk memulakan makanan pelengkap, kerana nasi jarang sekali menyebabkan alergi atau alahan berbanding dengan bijirin seperti gandum.

Anda boleh mula memperkenalkan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan memberinya dalam bentuk puri. Dengan cara ini, bayi anda akan mengenali rasa yang berbeza dan membiasakan dirinya memakan pelbagai jenis makanan.

Adalah sangat baik sekiranya anda membiasakan bayi anda kepada sayur-sayuran sebelum memperkenalkan buahbuahan kepadanya. Ini adalah kerana bayi mungkin menolak sayur-sayuran kerana rasanya yang kurang enak berbanding dengan rasa buah yang manis secara semulajadi.

Cara Penyediaan Puri Sayur & Buah


Apabila anda mula memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi, berilah dalam jumlah yang sedikit sahaja kerana ini adalah mencukupi baginya. Pada peringkat awal tujuan memberi bayi makan adalah untuk membiasakan bayi kepada cara makan yang baru, maka anda tidak perlu menyediakan makanan dalam jumlah yang banyak.

Mulakan dengan memberi bayi susu ibu dan sebelum bayi terlalu kenyang, sendawakan bayi, dan kemudian dudukkan dia. Letakkan sedikit makanan di hujung sudu plastik yang bersih dan halakan kepada bibir bayi. Biarkan bayi menghisapnya. Jika bayi dapat membawa makanan ke bahagian belakang mulut dan seterusnya menelan, teruskan dengan memberikan dua atau tiga sudu lagi makanan tersebut.

Anda boleh cuba memberi bayi cecair seperti sup sayur yang telah ditapis bersama air barli. Jika anda ingin memberi bayi anda jus buah-buahan, cubalah sediakan jus dan gunakan penapis untuk membuang hampas buah. Sama ada anda memberinya dalam bentuk jus atau sup, jangan sesekali menambah gula atau garam. Biarkan bayi menggemari keaslian rasa makanan tersebut.

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

No comments:

Post a Comment