24 August 2015

7 Tips Mengurus Pakaian!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Korang mesti ramai yang pening nak susun pakaian bila dah banyak2 kan... Dapat dalam rumah tu ramai orangnya...kan..kan.... Jom ambik tips idea dari sharing FB Kisah Suami Isteri. Mana tahu membantu korang kan... Sebenarnya tips ni memberi sumber ilham kepada saya juga ('',)


1) Jika anda menyimpan baju di dalam laci, susun baju menegak begini. Mudah untuk diambil ketika mahu dipakai nanti kerana tidak akan menyepahkan baju lain. Boleh menjimatkan ruang juga!


2) Tuala. Bagaimana kalau cuba gulung tuala dan letakkan di dalam bakul begini? Tuala biasa nya akan memakan banyak ruang di dalam almari kerana ia tebal. Cara ini lebih kreatif dan menarik! Tapi pastikan ia disimpan di tempat selamat atau anak-anak akan jadikan tuala sebagai satu permainan pula! 


3) Penggantung berpoket ini boleh didapati dengan harga yang sangat murah di Mr. DIY atau Daiso. Udah peningkan kepala mencari stokin dan panties lagi. Anda juga boleh labelkan mengikut nama Tuan punya supaya tidak bertukar-tukar pula! 


4) Satu perkara yang kita mungkin tidak perasan adalah kita sering mengurus dan menyimpan baju yang kita langsung tidak pakai! Pakaian tersebut kekal tersimpan di ceruk almari pakaian kita dan tiada siapa mahu memakainya lagi. Ini akan mengurangkan ruang almari dan menyemakkan! Apa kata sediakan kotak begini, yang mana sudah tidak mahu dipakai dimasukkan ke dalam kotak ini dan apabila penuh, susun kembali untuk diberikan kepada yang lebih memerlukan. Mudah, kemas dan tidak perlu pening-pening lagi! 


5) Apa kata asingkan baju anak-anak terus mengikut hari? Anak hanya ambil sahaja apa yang perlu di pakai untuk hari itu. Tidak perlu menjerit-jerit lagi memangil nama ummi bertanya “Mahu pakai baju apa hari ini?”


6) Selalu saya kepeningan apabila suami bertanya tentang kopiah nya sebelum ke masjid untuk berjemaah. Saya telah gunakan penggantung berpoket ini untuk menyimpan kopiah nya dan soalan itu tidak kedengaran lagi!


7) Pening mencari cadar dan sarung bantal secorak? Apa kata selepas kita melipat sarung bantal, selimut dan cadar, kita masukkan semuanya ke dalam salah satu sarung bantal untuk corak itu. Mudah! Ketika mahu menggunakannya, ambil dan keluarkan semua isi dalamnya (cadar/sarung bantal lain).

Sharing is Caring!

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

No comments:

Post a Comment