10 May 2020

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

HAPPY MOTHER'S DAY!
SELAMAT HARI IBU❤️

Buat semua sahabat saya yang bergelar wanita. Tidak kira di mana korang berada. Sahabat Tadika Abim, Sahabat Sekolah2 SKKT, SMKIS, SMK Teknik Bukit Piatu, Sahabat Politeknik Port Dickson, Sahabat Kerja di Kilang Cubics Elektronik, Infineon Technologi, Sahabat KPM & KPT, Sahabat alam Maya, Sahabat Facebook, Instagram, Telegram, Blogger. Sahabat jiran tetangga, sahabat jiran kampung, tak lupa juga sahabat2 Biz yg lama & baru. Semuanya sentiasa di dalam hati saya❤️


Paling istimewa saya nak tujukan khas buat Mak-Mak tersayang😍

Mohon semua sahabat doakan untuk insan2 yang sangat istimewa & hebat dalam hati kami ini diberi kesihatan berpanjangan & rezeki yang melimpah ruah lagi 🤲🏻

Semoga Allah panjangkan umur mak kami🤲🏻

Kami belum puas lagi melihat mereka dia atas muka bumi ini. Kami belum puas lagi membalas jasa-jasa pengorbanan mereka. Kami belum puas lagi menikmati air tangan mereka.

Mak adalah insan yang sangat2 istimewa dalam hidup kami.🥰 Tiada pengganti yang lebih hebat walaupun ada harta yang begitu banyak🥺

Happy Mother's Day!

Sempena Hari Ibu, anak-anak saya buatkan kad istimewa untuk saya. Terharu plak. Sajer jer tanya diorg hari ni hari ibu. Apa anak2 ibu nak bagi ibu ni ('',)
Tiba-tiba dapat kad dari anak-anak.

Tadaaa.... Ini lah Kad Ucapan dari hasil karya kakak & adik untuk ibu sempena Hari Ibu😍






Ayat kakak selalu menyentuh hati ibu tau🤧

Alhamdulillah, ibu bersyukur dikurniakan anugerah dapat merasa melahirkan kamu berdua secara pembedahan. Diberi rezeki menyusukan kamu berdua sehingga kenyang berkali2🤭 Diberi juga kekuatan emosi & fizikal dapat menjaga kamu berdua dari kecil hingga sekarang walaupun ibu still bekerja👸

Doakan ibu kamu ni selalu kuat, sihat, berilmu supaya dapat jadi ibu yg terbaik mendidik kamu menjadi insan2 yang hebat di dunia & akhirat 🤲

Bila ibu tiada nanti, sekurang2 nya kamu berdua sudah pandai berdikari sendiri, membaca, mengira dan menghafal ayat2 Al Quran untuk pendinding kamu sendiri agar lebih kuat berada di muka bumi Allah ini🌎

Ayat paling akhir tu tak menahan doakan bisnes ibu berjaya🤭 Tq kakak. Ibu buat semua untuk kita sekeluarga kakak. Kamu berdua sumber kekuatan ibu untuk lebih berjaya dalam kehidupan 🤗

Love kakak & adik till jannah❤️🥰

No comments:

Post a Comment