22 September 2015

Baby Carrier Jenis SSC Cuddle Me!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Ada tak kawan-kawan yang sedang mencari baby carrier jenis SSC yang harga bawah RM200? Ok, saya baru jer beli baby carrier jenama Cuddle Me. Cepatlah pengurusan nya.. Alhamdulillah. Barang saya sampai semalam. Saya membuat pembayaran pada hari jumaat minggu lepas. 

Kawan-kawan nak tahu saya order kat mana? Meh saya bagi link. Kawan2 bolehlah singgah tengok di ONE BABY WORLD. Harga2 barangan keperluan baby di sini berpatutan juga. Saya dah berurusan dengan syarikat ni dari tahun 2011 lagi. Masa tu beli keperluan barangan untuk si kakak. Sekarang untuk si adik pula :) Servis terbaik. 

Mana-mana kawan yang nak beli baby carrier SSC (Soft Structured Carrier) yang bawah RM200 tu boleh lah klik di sini. Tapi kalau nak membuat urusan pembelian perlu berdaftar dulu tau. Alaa yang simple2 jer soalan nya. Jangan risau data yang diperlukan hanya untuk urusan pembelian.

Saya order corak yang ni... Cantik tak?? hehe...


Harga siap postage bersama GST RM190.51. Ok lah kan dari nak beli SSC yang sampai RM300 ker RM500.. Bagi yang kurang kemampuan seperti saya boleh lah beli jenama Cuddle Me. Saya dah cuba pakai sangat selesa & yang paling penting anak suka dan happy duduk dalam tu kan. 

Kawan-kawan boleh juga join group FB Malaysian Babywearers untuk memahami tentang terperinci pemakaian baby carrier untuk anak2 anda & dan membuat pilihan yang mana satu carrier yang terbaik. Boleh juga tengok2 jualan baby carrier di group FB Malaysian Babywearers FSOT and Rental.

Semoga info yang saya kongsikan bermanfaat untuk ibu-ibu dan bapa-bapa yang baru nak berjinak-jinak nak wearing baby korang kan.... 


Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

No comments:

Post a Comment