22 July 2014

Tampil Sihat & Kurus di Hari Raya

Assalamualaikum & Salam 24 Ramadhan Semua... 

Sekejap jer masa berlalu kan? Lagi 6 hari umat Islam nak menyambut bulan Syawal. Kebiasaannya kalau hari raya ni orang akan makan terlebih dari biasa. Al-maklum lah makanan banyak yang sedap-sedap depan mata. Tak makan nanti orang kata tak sudi kan :) Jadi nak ambil hati, makan lah cikit. Kalau 6 rumah dah jadi banyak kan?? Badan kita makin banyak kalesterol lah....

Jika anda nak tampil sihat & rasa nak jaga badan tak mahu naik terlalu mendadak disebabkan makanan sedap2 di hari raya, bolehlah mencuba suplemen shaklee. Suplemen shaklee ni berunsurkan bahan-bahan semulajadi supaya bila kita makan vitamin ni akan senang meresap dalam badan...

Istimewanya suplemen shaklee ni boleh diambil bersama-sama suami dan isteri yer... Join makan sekali untuk kawal nafsu makan tu.... Jimatkan? Suami isteri boleh ambil... Tak perlu beli asing-asing. 

Antara suplemen yang dicadangkan untuk anda ialah :- 

1) Alfalfa & Herblax 
2) Lechitin atau Omega Guard 
3) Esp atau Cinch Shake



Pertama : Detox

Herblax - kombinasi dari tumbuhan herba yang terkenal secara tradisional membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Diperlukan untuk detox iaitu untuk membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru la badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. 

Alfafa - bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega 

Kedua : Bakar atau Pecahkan Lemak (Lechitin/Omega) 

Lechitin - Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sgt diperlukan oleh badan. 

Omega Guard – Berfungsi membantu proses membakar lemak dan membantu mengawal selera makan. EPA & HDA didalam omega boleh merendahkan lemak dalam darah. 

Ketiga : Bina Otot & Tingkatkan Metabolisma (Cinch Shake/ESP) 

Kenapa perlu mengambil protein? 

Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan) 

Cinch Shake - didatangkan dalam perasa coklat, vanilla dan cafĂ© latte. Protein soya membantu rasa kenyang, meningkatkan metabolisma badan serta mengandungi Leucine untuk membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan, supaya badan anda tak menggeleber setelah berat badan turun nanti. 

ESP - sumber protein, mempunyai Indeks Glisemik yang rendah yang membantu dalam proses mengurangkan berat badan

Jika anda adalah ibu hamil boleh ambil ESP & Omega Guard untuk membantu mengawal selera makan... 

ESP- membantu ibu hamil tetap kekal bertenaga...yerlah musim raya banyak nak gunakan tenaga berjalan menziarahi sanak saudara & sahabat kenalan.... Bila minum Esp ni dapatlah membantu badan cergas sepanjang hari walaupun seharian berjalan sakan ('',)

Omega- membantu membakar lemak & membantu mengawal paras kolesterol dalam badan. Disamping itu, omega ni baik untuk pembentukan otak & mata bayi..... Nak anak bijak makan lah omega guard...

************************************************************

TIPS LEBIH BERKESAN DENGAN PENGAMBILAN SUPLEMEN

  • JANGAN lupa minum banyak air masak 2-3 Liter sehari.. WAJIB (basically setiap 25kg berat, perlu ambil 1 liter air) 
  • JANGAN sesekali skip minum air putih ye.. 

************************************************************


Jom sediakan bekalan vitamin secukupnya untuk kekal badan ideal menawan tetapi juga sihat berseri di hari raya anda yang istimewa ini... Amalkan cara hidup sihat!



Jika anda berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!















Boleh juga membuat pembelian terus dengan Shaklee melalui Credit Card atau Debit Card
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d950e8c6b584dfac7d569aacf43519a7

No comments:

Post a Comment