15 March 2013

Bahaya Pengambilan Panadol !



Assalamualaikum Semua...

Anda tahu tak apa risiko jika makan panadol berlebihan?
Kajian terkini yang dijalankan di University of Washington telah mendapati bahawa pengambilan acetaminophen secara kerap berkemungkinan meningkatkan peluang si pengambilnya untuk mendapat kanser darah tertentu!

Tahukah anda apakah itu acetaminophen? Acetaminophen merupakan istilah yang digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada, yang merujuk kepada sejenis sebatian yang kita kenali di negara kita dengan nama generik “paracetamol”. Ia digunakan secara meluas sama ada sebagai analgesic (melegakan sakit kepala) atau sebagai antipyretic (mengurangkan suhu badan ketika demam). Di Malaysia, acetaminophen/paracetamol boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai runcit, 7-eleven, supermarket, atau farmasi dan antara jenama yang sering didengari adalah “Panadol” atau “Uphamol”. Setiap satu tablet panadol mengandungi 500mg acetaminophen/paracetamol dan dos yang dibenarkan untuk sekali ambil secara selamat adalah 1000mg (2 tablet).

Jika rasa pening sahaja mesti orang akan mengambil panadol ni. Kalau sehari tu jika seseorang tu pening 10 kali, maka 10 kali tu jugalah dia akan telan Panadol! Padahal jika hendak diikutkan, pengambilan acetaminophen harus mendapat pengesahan daripada pakar perubatan atau individu bertauliah yang berkenaan terlebih dahulu.

Memang telah disahkan bahawa pengambilan acetaminophen secara kerap berkemungkinan meningkatkan peluang si pengambilnya untuk mendapat kanser darah tertentu. Ketua penyelidik kajian yang berkenaan, Dr. Roland Walter, merangkap pembantu profesor perubatan di bahagian hematologi, mendakwa “Kami mendapati bahawa penggunaan acetaminophen yang terlalu kerap, iaitu salah satu ubat yang paling kerap digunakan di seluruh dunia, mempunyai hubung kait yang berisiko meningkatkan insiden ‘hematologic malignancies’ hampir dua kali ganda” (hematologic malignancies merujuk kepada jenis-jenis kanser berlaku dalam darah, tulang sum sum, dan limfa)

Para penyelidik mendapati bahawa mereka yang mengambil acetaminophen sekurang-kurangnya 4 hari seminggu selama 4 tahun telah menerima hampir dua kali ganda risiko untuk mengidap beberapa jenis kanser darah. Kanser-kanser ini termasuklah myeloid neoplasms, non-Hodgkin lymphomasdan gangguan plasma sel. Walaubagaimanapun, kumpulan penyelidik ini mendapati penggunaan acetaminophen seperti ini tidak mempunyai kaitan dalam risiko peningkatan penyakit leukimia. Ramai pakar berpendapat kajian seperti ini harus diteruskan dan dijalankan dengan lebih mendalam agar kesan sampingan sebenar acetaminophen dapat dirungkai.



# Sumber lain ada juga menceritakan keburukan pengambilan panadol ni. Jom kita baca. 

Jangan ambil PANADOL Actifast atau Soluble jika anda rasa demam atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang. “Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya.

Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala,mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun .

Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik (Misal 100 plus kah) campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.

Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat.

Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat.Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber dari : http://www.kisahemasputih.com

Jika anda inginkan hilangkan sakit kepala tanpa merosakkan organ dalaman badan boleh lah cuba gabungan vitamin di bawah ini sementara Ostematrix masih promosi untuk bulan Mac.. Jadi, anda boleh ambil peluang tersebut untuk hilangkan masalah kesihatan anda ('',)





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee, bolehlah menghubungi saya seperti maklumat dibawah :-


2 comments:

  1. Anonymous17/11/13

    sebenarnya apa yang dikatakan alternatif , itu adalah yang utama...cuma kita hidup di zaman dajjal beginilah...semua org sanggup beriman dengan ubatan yang salah dan memudaratkan org lain...taggunglah dosa wahai doktor2 sekalian...kalau masih tak buka mata lagi tentang rawatan dadah yang tidak direka untuk bagi orang sembuh, malah untuk bagi orang sakit berterusan....maka anda juga adalah sebahagian dari konspirasi ini..
    Shaklee juga buatan USA...tapi memang ia adalah ubat sebenar...ubat sebenar manusia adalah dari tumbuhan dan haiwan yang halal...bukannya bahan kimia sintetik yang dibuat dari batuan dan mineral hasil galian perut bumi....amat menyedihkan bila mendapati ilmu kimia para ilmuan Islam kita amatlah lemah...sesungguhnya unsur mineral dalam tanah adalah toksik dan tumbuhan bertindak meneutralkan bahan tadi kepada bentuk yang boleh dimakan oleh manusia...maka ambillah tumbuhan...bayangkan apa akan jadi jika hamparan bumi ini dikorek untuk sumber galiannya? Maka akan hancurlah bumi ini...Projek Lynas di Kuantan contohnya telah menyebabkan tanah runtuh di cameron highlands kerana terjadi ketidakseimbangan alam di situ...benarlah manusia suka berbuat kerosakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi membaca blog saya dan memberi komen disini :)

      Delete