19 March 2013

Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Hari ni saya nak kongsi tips tentang penyimpanan susu badan yang kita pam di pejabat dengan cara yang betul. Alhamdulillah, saya dapat berjuang mengepam & menyimpan stok susu badan sehingga anak saya umur 2 tahun. Sehingga sekarang anak saya masih menyusu dengan saya tapi rutin mengepam di pejabat tiada lagi dijalankan kerana anak saya telah berumur 2 tahun 2 bulan. Dia hanya menyusu apabila dia berada di sisi saya. Kenangan mengepam & menyimpan stok susu adalah kenangan yang terindah bagi saya.. Di situ lah lahir pengikat kasih sayang antara kami ('',)


1) Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejuk beku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
2) Membersihkan Bekas Penyimpanan:

  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
3) Panduan Menyimpan Susu Ibu:

  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.


4) Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
  • Pastikan peti sejuk menyediakan aras yang khas untuk penyimpanan susu ibu sahaja.
  • Susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk dingin (0°C - 2°C) selama 48 jam. Buangkan susu ibu yang telah disimpan melebihi 48 jam. Bagi memastikan keselamatan minuman, susu ibu yang baru diperah juga perlu diberi kepada bayi dalam masa 48 jam.
  • Susu ibu yang disimpan dalam bahagian sejuk beku (-18°C - 0°C) boleh tahan sehingga 3 bulan. Sekiranya bekalan elektrik terputus, susu ibu perlu digunakan dengan segera. Elak menyimpan semula baki susu.
  • Amalkan kaedah first in, first out iaitu susu lama digunakan terlebih dahulu.
  • Susu ibu yang dinyah sejuk beku boleh digunakan dalam tempoh masa 24 jam.



Penting!
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
5) Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
6) Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.
Edit Sumber: http://nursayangummi.blogspot.com

Bagi yang beragama Islam, anda boleh mengamalkan antara doa-doa di bawah yer semasa sesi mengepam... Sambil berusaha membuat stok susu sambil berdoa untuk yang terbaik bagi anak kita. Sebagai umat islam doa adalah senjata untuk memberi kita lebih kekuatan & semangat terus berjuang. InsyaaAllah...



141 comments:

  1. Anonymous15/6/13

    Salam...thanks for info...nak tanya,susu yg di letakkan di bahagian fridge selama 48 jam boleh dibekukan tak klu tidak digunakan lg?

    ReplyDelete
  2. Wassalam... TQ sudi menjengah di blog saya :)
    Selepas pam kita letak susu dibahagaian fridge dulu..jika ada lebih botol sehari kita pam...cth ada 4 botol sehari..2 botol simpan di fridge. 2 botol terus bekukan..pastikan tulis tarikh dan masa habis kita pam..

    Katakan susu yang diletak di fridge tidak digunakan lagi..kita boleh simpan untuk dibekukan.tiada masalah. Tapi seeloknya susu yang disimpan di fridge jangan lebih 3@4 hari. Masuk hari keempat terus susu simpan ke tempat freezer (beku). Pastikan susu kita tidak berbau masam sebelum nak dibekukan...

    Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..TQ

    ReplyDelete
  3. salam..tumpang tnye blh? rumah sye cume ade peti sejuk 1 pintu..sy simpan susu dlm plastik khas n letak dlm tupperware utk elak die bau ikan or ayam..sy simpan semalaman dan esok nye sy tgk susu tu msih cair..blh gune lagi ke? or kne buang..sy tk brape pasti la cre simpan susu yg btul..msih confius lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Puan sudi menjengah blog saya :)

      Jika peti ais dirumah satu pintu... bahagain bawah boleh bertahan 3-5 hari... cuba bau dulu kalau masih ok, jika dah lebih 4-5 hari simpan dibahagian bawah. Puan boleh pindahkan susu ke bahagian atas (freezer) pula. Bahagian freezer kalau peti ais 1 pintu hanya bertahan sebulan. Jika dah lebih sebulan tidak boleh digunakan lagi..atau susu sudah bertukar cair perlu gunakan susu tersebut dalam masa 24jam.

      Harap puan memahami apa yang saya terangkan. Jika masih confius boleh bertanya saya lagi :)

      Delete
  4. assalam sis..nak tanya..kalu sda kuarkn dari peti sejuk beku brapa jam susu boleh digunakan? saya lepas raya ni nak hantar baby g umah pengasuh, jadi saya nak bekalkan susu dalam 6botol(6oz stiap 1)..so mcam mana tu sis kalu da kuarkn dr pti sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... TQ Pn Noraziah sudi menjengah blog saya :)

      Jika susu dari peti beku dikeluarkan ke peti ais bawah. Susu itu boleh digunakan dalam masa 24jam sahaja. Selepas 24jam tidak boleh digunakan lagi. Puan boleh refer di bawah tajuk No.5=Menyahbeku Susu Ibu...

      Ohh yer, puan bekerja lebih 10 jam ker? coz saya lihat puan bagi 6 botol & kuantiti yang agak banyak 6oz setiap satu. Puan dah membuat latihan selama waktu puan bekerja di rumah lum? Untuk lihat anak puan menggunakan kuantiti susu yang diperlukan.. Jika puan sudah membuat latihan dengan anak puan & susu yang puan sediakan itu betul dengan kuantiti yang diperlukan oleh anak, it's ok! Takut berlebihan..membazir susu nanti..

      Biasa setiap botol sediakan dalam 4-5oz. Kuantiti botol bergantung pada anak puan... Macam saya dulu, bb gurl saya sediakan 5 botol sehari.. Kalau bb lelaki maybe memerlukan lebih dari itu ;)

      Harap Pn Noraziah memahami apa yang saya terangkan yer :) Jika masih konfius boleh bertanya saya lagi. Saya just kongsi berdasarkan ilmu yang saya tahu & pengalaman yang dilalui.

      TQ puan...

      Delete
  5. Anonymous24/7/13

    salam sis, nak tanya kalau susu beku dah dcairkan n bg baby tp x habis minum boleh tahan berapa lama dlm suhu bilik?
    thanx...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... TQ sudi menjengah blog saya :)

      Susu yg beku bila dah dicairkan untuk diberi pada bayi hanya boleh digunakan dalam masa 1-2jam sahaja. Jika bayi tidak habis minum susu hendaklah dibuang...

      Boleh rujuk di no.6- Panduan Memberi Susu Ibu

      TQ Puan...

      Delete
  6. Anonymous24/7/13

    salam, macamana nak bg susu beku x jadi cair kalau travel 3 jam? blh x letak dlm cool bag?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... TQ sudi menjengah blog saya :)

      Jika hendak bawa travel susu yang dibeku supaya tak cair puan boleh cuba letak dalam ice box yang diisi ketulan ais dan sedikit garam ;) Garam diletakkan supaya ais tidak cepat cair dalam perjalanan..

      Lagi satu jangan letak dibonet kereta semasa dalam perjalanan.. takut cuaca panas akan menyerap lebih banyak di bahagaian bonet..

      TQ Puan...

      Delete
  7. Anonymous31/7/13

    salam..nak tanya, susu beku yg cair mesti guna dlm 24 jam kan?kalau elektrik putus lama n stok susu cair, apa nak buat ye? nape tak boleh bekukan semula? thanks sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... TQ sudi menjengah blog saya :)

      Kalau elektrik putus... kita kena ambil inisiatif untuk pindahkan susu ke dalam ice box yang diletak ais... Kita perlu selalu lihat susu dalam ice box tersebut & menukarkan ais yang cair ke ais ketul jika bekalan elektrik terputus terlalu lama.

      Susu yang dibeku menjadi cair perlu guna dalam masa 24jam. Ini kerana, apabila susu dibekukan, sebahagian antibodi dan khasiat susu akan hilang. Namun, ia jauh lebih baik dari susu formula yang tidak mempunyai sebarang antibodi melawan penyakit. Jadi, apabila susu yang telah cair tidak digalakkan untuk dibeku semula untuk menjaga khasiat susu tersebut. Kemungkinan semasa proses susu mencair, bakteria mungkin menghinngap susu berkenaan..

      Saya bagi jawapan berdasarkan pembacaan & pengalaman saya. Jika puan ingin memastikan jawapannya betul atau tidak puan boleh bertanya pada yang pakar laktasi... Saya cuma membantu mana yang saya faham dari segi pembacaan saya...

      TQ Puan...

      Delete
  8. terima kasih...sangat membantu..mohon untuk copy yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... TQ Puan Rusmaliza sudi menjengah blog saya :)

      Silalah share untuk memastikan ibu-ibu di Malaysia khasnya dapat peneruskan penyusuan ibu secara eklusif, insyaAllah... Tapi, saya harap puan dapat memberi link ke blog saya semula yer...

      TQ Puan...

      Delete
  9. Salam,blh atau tidak mencampurkan susu yg baru diperah dgn susu yg telah disimpan di dlm peti selama 2 jam tp belum dibekukan lg.
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... TQ Puan Nurhaslinda sudi menjengah blog saya :)

      Susu yang disimpan didlm peti ais bawah boleh disatukan dengan susu yang baru diperah dengan syarat susu itu hendaklah berada dalam suhu yang sama...
      So, susu yang baru diperah tadi hendaklah disimpan dulu dalam peti ais bawah supaya suhu susu yang hendah dicampurkan kan tadi dalam suhu yang sama ;)

      Puan boleh rujuk di bawah tajuk No.3- Panduan Menyimpan Susu Ibu.

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..TQ :)

      Delete
  10. Anonymous19/8/13

    Salam.....rumah sy guna peti sejuk 2 pintu....adakah susu akan rosak jika disimpan dlm peti sejuk yg sma kita guna untuk simpan brg dapur spt ikan, sayur n lain2?....blh puan trgkn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Jika puan tiada budget untuk membeli peti ais beku yang hanya menyimpan susu perahan,puan boleh asingkan makanan basah seperti ikan atau daging dalam bekas makanan kedap udara... Ini mungkin boleh atasi bau makanan basah tersebut tempias pada susu perahan yang dibekukan.

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  11. Anonymous26/8/13

    salam puan,sy ingin bertanya mengenai latihan memberi susu perahan buat pertama kalinya krn mengikut nurse memerlukan org lain utk memberinya susu botol..bagaimn pula jika hnya sy seorang dirumah pd siang hari.soalan kedua utk travel boleh ke kita keluarkan susu beku/cair dari peti ais dan diletakkan dlm cooler bag yg tahan selama 12 jam dan disuamkan utk diminum dlm travel tersebut hal ini berlaku apabila sy drive kereta utk travel.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Latihan memberi susu perahan buat pertama kali seeloknya2 biar org lain yang memberikan..biasanya bb akan kenal bau ibunya, jadi takut bb xnak minum susu yang diberi oleh ibunya sendiri. Tapi jika tiada orang lain yang boleh diharapkan..boleh jer ibu yang memberikan tapi takut agak sukar memulakan :)

      Soalan ke2 susu yang telah beku & dibawa keluar untuk dinyah beku boleh bertahan selama 24jam. Selepas 24 jam puan tidak boleh gunakan atau bekukan semula. So, dalam tempuh 12jam boleh lagi susu itu digunakan. Puan boleh rujuk di tajuk no.5) Menyahbeku Susu Ibu...

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  12. Salam...
    Saya pam susu ketika di tempat keje dan menyimpannya bersama ice pack. Selalunya saya bekukan selepas pulang dari keje. Sebenarnya adakah itu langkah terbaik atau biarkannya dalam keadaan cair dan simpan di bahagian bawah peti ais je?
    Lg satu, susu y dipanaskan di taska saya lihat warnanya kekuningan dan terdapat lapisan kuning di bahagian atas dan berminyak. Ada kemunkinan susu tersebut dipanaskan terlalu lama atau suhunya terlebih panas. Adakah susu tu masih ok? X hilang ke segala nutrien?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... TQ Puan Zuraini kerana sudi menjengah blog saya :)

      Sebaiknya susu yang baru diperah di opis disimpan dlm peti ais bawah selepas dibawa pulang kerumah. Ini kerana susu yang belum dibeku lebih berkualiti dari susu yang dibeku. Susu yang dibeku lagi berkualiti dari susu formula :) Jadi bahagi2kan susu yang kita pam. Jika dapat 4 botol. 2 botol simpan untuk dibeku. 2 botol lagi simpan di peti ais bawah untuk digunakan bb pada esok hari. So tambahan botol untuk esok hari puan boleh ambil dipeti beku susu yang dibeku tarikh yang lama. Jadi amat digalakkna kita membuat stok susu untuk keperluan bb kita.

      Susu badan tidak sama warna dengan susu formula/susu tin yang kita beli. Susu badan bergantung pada pemakanan si ibu.. jika berminyak bermakna ibu ada memakan makanan berminyak berlebihan.. Sebab itu, ada orang menyusukan bb selepas kelahiran dapat kuruskan badan..sebab makanan yang kita makan terutama yang berminyak...yang tinggi zat...yang tinggi kalori akan berpindah pada anak kita melalui susu ibu :)

      Tau jika si ibu ada mengambil makanan tambahan/suplemen susu ibu juga akan bertukar warna... Lagi bagus untuk si bb.. Apa yang ibu makan akan dapat pada bb.. Ibu sihat, anak ceria :)

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  13. Salam...mitak kebenaran share ye..info yg sgt berguna bg mommy yg fully bf mcm sy...tq:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... TQ Puan Rose kerana sudi menjengah blog saya :)

      Silalah share untuk memastikan ibu-ibu di Malaysia khasnya dapat meneruskan penyusuan susu ibu secara eklusif, InsyaAllah...

      Tapi, diharap puan dapat memberi link ke blog saya semula yer dibawah info yang puan share...

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  14. Anonymous5/9/13

    Assalamualaikum wbt....
    Nk tny...boleh ke susu yg bru diperah( susu ni kan suam ckit) disimpan terus dlm pt ais

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Boleh terus simpan tapi simpan di peti ais bawah,bukan beku yer. Dah samapai rumah baru agihkan mana nak letak peti ais bawah dan perlu dibeku utk stock. Susu yang disimpan peti ais bawah untuk diguna keesokan hari...

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  15. mummy faiha7/9/13

    Salam..nak tny..stok susu beku..kalau sy keluar kan dr peti beku trs rendam dgn air panas boleh ke??

    Betul ke susu beku yg dicairkan bau nye agak hanyir berbanding susu yh baru di pam??
    .tetapi rs masih same

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... TQ Puan Mummy Faiha kerana sudi menjengah blog saya :)

      Untuk proses nyah beku puan boleh rujuk entry yang saya letak dibawah tajuk no 5 : Menyahbeku Susu Ibu

      Saya xpasti pula susu yang berbau hanyir.. Jika puan rasa was-was untuk diberi pada anak. Puan guna susu yang lain jer. Ikut pengalaman saya, susu yang dicair tiada pula berbau hanyir..
      Kalau berwarna kuning kehijauan atau ada minyak susu tu biasa..sebab susu ibu bergantung pada pemakanan si ibu itu sendiri :)

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  16. ofis saya tiada peti ais.
    tapi saya pam jugak n sebelum 3 atau 4 jam saya akan balik rumah dan simpan dlm tempat beku.
    adakah susu tersebut boleh di guna kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Jika di pejabat tiasa disediakan peti ais, puan boleh ambil inisiatif membeli bag sejuk beku khas (cooler bag) untuk penyimpanan susu sementara. Tidak perlu lah berulang alik kerumah semata-mata untuk menyimpan susu tersebut.. Ada terdapat pelbagai jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex. Harga ikut budget puan yang mana sesuai..
      Kebiasaannya, cooler bag tu boleh bertahan 12 jam untuk penyimpanan susu.Kira bertahan lah untuk seharian waktu kita bekerja. Dapat menjimatkan masa puan & puan tidak perlu terkejar2 untuk menghantar susu kerumah.

      Susu yang diperah hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 3-4 jam selepas diperah.

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  17. Terima kasih puan atas info yang sangat berguna ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Puan Cik Lala kerana sudi menjengah blog saya :)

      Saya just share ilmu yang saya tahu :)
      Sharing is Caring!

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  18. Anonymous15/9/13

    assalam.saya sdg mengandung anak pertama 35minggu dan brazam bf hingga 2 tahun.saya nak tanya waktu melatih anak minum ebm swaktu pantang elok guna sudu,cawan atau botol?sbb dlm buku yg saya bli kata guna sudu atau cwn tp mungkin ssh pngasuh nk bg guna cwn.tp kalau gna botol mgkin jd keliru puting.mcm mana ya puan? lg satu,sy bcadang nk bli breastpump spectra 3,pd pndpt puan ok ke breastpump tu?lg satu saya tgk breastpump ni ada jual online je,mmg xde di kedai ke?harap puan dpt jwb soalan saya yg xde pngalaman bf lg ni.tk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Alhamdulillah, niat puan nak BF bb dah tanam dlm minda dari pregnant lagi.. Itulah yg sebaik-baiknya...Saya doakan puan dapat menjayakan misi menyusukan baby sehingga baby 2 tahun,InsyaAllah.. Banyakkan berdoa yer...

      Dari pengalamn saya sendiri utk permulaan nak bagi ebm boleh cuba dengan sudu atau penutup botol ubat. Lepas tu boleh mencuba menggunakan botol. Saya menggunakan jenama Medela. Alhamdulillah anak saya tiada masalah keliru puting. Tapi kebanyakkan dipasaran sekarang dah banyak jual botol susu yang putingnya seakan-akan puting ibu.. Puan boleh cuba servey mana yang terbaik.

      Untuk bagi EBM sepatutnya perlu latih baby awal sebulan sebelum masuk kerja semula. Boleh mula dengan peringkat by peringkat pada baby. Jangan puan yang beri susu tu walaupun puan berada dirumah, boleh minta suami,ibu,ibu mentua atau sesiapa bagikan susu EBM. Ini kerana baby dah biasa bau badan ibunya, bila ibunya yang beri susu tersebut.. Baby tak mahu minum menggunakan botol.

      Untuk breastpump saya xberani janji mana yang terbaik.. Ada sesetengah orang hanya menggunakan pam manual sahaja dapat menyimpan stok susu yang banyak. Alhamdulillah rezeki masing2 :) Tapi bagi saya sendiri, saya memilih jenama medela elektrik swing. Saya beli online gak dengan kak Aja..
      Boleh tengok disini : http://www.mybreastpumpshop.com/
      Kawan saya yang syorkan.. Nak beli yang doublepump medela freestyle belum ada budget masa tu:) So far,alhamdulillah saya dapat susukan anak saya sehingga 2 tahun.

      Ada gak rakan2 yang guna spectra 3, mereka kata ok. So, puan boleh pilih mana yang terbaik & mengikut budget mana yang perlu yer...

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  19. Anonymous17/9/13

    terima kasih byk2 utk maklum balas.insyaAllah bmanfaat.:)

    ReplyDelete
  20. Salam..sya nak tanya sya ada wat stock susu..pastu kat office sya pum dpt 4btol..blik umh sya simpan 2btol beku, 2btol x beku..soalan sya susu yg 2btol x beku tu dan sya akak kuarkan stock susu beku btrikh yg lma..so bla nak bg baby bgi stock yg beku btrikh lma tu dlu atau susu 2 btol yg sya x bekukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Puan Fazlin Hj Abdullah kerana sudi menjengah blog saya :)

      Puan hendaklah menggunakan susu beku yang telah dinyahbekukan dengan meletakkan di bahagian peti ais bawah selama 4 jam atau
      melalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Susu beku yang telah dibawa keluar hanya bertahan selama 24jam sahaja. Jika tidak digunakan perlu dibuang.

      Susu yang baru dipam masih boleh bertahan 3-4 hari lagi jika disimpan di dalam suhu 4°C. (peti ais bawah)

      Jika bagi botol pada pengasuh, puan boleh labelkan setiap botol dengan no 1-no 4 (jika ada 4 botol untuk diminum baby) No 1 dan No 2 labelkan untuk susu yang beku tadi. No 3 dan No 4 susu yang dipam semalam. Jadi pengasuh tidak keliru melihat tarikh pada botol. Dapat menyenangkan pengasuh memberi susu pada baby kita :)


      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  21. Tq..oo jdi kita x leh bgi mcm ni ker btol 1 susu dpam smlm, btol 2 susu dnyahbekukan, btol 3 susu dpam smlm, btol 4 susu dinyahbekukan..x blh bgi glir2 ea? Mesti bgi susu yg dnyahbekukan dlu bru bgi susu yg dpam smlam..sory byk tanya kdang2 sya confius..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Puan Fazlin Hj Abdullah kerana sudi menjengah blog saya :)

      Seeloknya puan gunakan dulu susu yang dinyah beku dulu. Risau susu tersebut bertukar warna atau rasa sebelum sempat digunakan...

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
    2. Puan, bla waktu cti sya akan pum jga, blh ker susu tu trus sya bgi pd baby? Wlaupun sya ada stok susu kat pti ais.sbb bla bgi direct baby sya mrh2 sbb air susu terlalu laju dan banyak sampai mnitis2.bla sya kosongkan skit bru dia nal direct.

      Delete
    3. TQ Puan Fazlin Hj Abdullah kerana sudi menjengah blog saya :)

      Alhamdulillah, susu puan meriah... Jika susu puan menitis banyak puan boleh cuba direct bagi baby & sebelah breast lagi puan pam untuk wat stock. Jadi susu yang diminum oleh baby tidak terlalu banyak keluar kerana puan telah mengepam sebelah breast sambil susukan baby ;)

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  22. Anonymous22/9/13

    Salam sis, susu yg diletakkan di bawah suhu bilik (3-4 jam) adakah perlu dipanaskan sebelum diberi

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Kebiasaan baby suka minum susu yang suam dari suhu bilik. Jadi bergantung pada baby puan. Tapi lebih baik dipanaskan dulu sebelum diberi susu tersebut pada baby.

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  23. Anonymous23/9/13

    Salam,puan...
    Saya ada sedikit kemusykilan..berkenaan dgn susu yg telah dibekukan...pagi td saya br sedar rupa-rupanya pintu peti sejuk bhgn atas tak ditutup dgn betul.akibatnya saya lihat susu perah di dalam botol telah cair sepenuhnya, manakala yg di dalam plastik (jenama fiffy) separuh beku, separuh cair...adakah masih dpt dibekukan semula yg dlm plastik sbb sy tengok susu tu msh beku,hanya sedikit sahaja cair..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Apa yang saya faham, jika susu yang dibeku telah cair, susu tersebut hanya boleh digunakan dalam masa 24jam sahaja. Jika lebih dari itu perlu dibuang kerana risau susu berkenaan telah tercemar dgn keadaan sekeliling. Untuk mendpat kepastian puan boleh rujuk pada yang pakar tentang penyusuan susu ibu :)

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  24. As salam Puan,

    Jika sy mahu keluar jalan2 mcmne sy nk simpan susu yg sy pump utk bekalan anak sy dan brp jam susu itu blh bertahan.Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Puan Puteri Salju kerana sudi menjengah blog saya :)

      Susu badan yang dipam kebiasaan hanya bertahan lebih kurang selama 4-5 jam dalam suhu bilik. Selepas itu puan perlu simpan didalam peti ais atau alternatif lain boleh beli beg cooler yang banyak jual di pasaran ;) Jadi, selepas sejam sessi mengepam puan boleh menyimpan susu tersebut ke dalam cooler bag. Kebiasaan cooler bag boleh bertahan selama 12 jam.

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  25. Anonymous11/10/13

    Salam.. Sy bekerja dr pkol 8 hingga 5 ptg.. Fully bf.. Susu yng diperah sy letak dlm cooler bag dn kbtulan tmpt kerjaad penghawa dingin. Blh ke susu yng diperah sy letak dkt sejuk beku stlh pulang dari kerja? Lg satu biasa nya susu yng nk bg kt pengasuh sy kuarkn siap2 dari sejuk beku dlm pkol 6 pg.. Mean sy nyahbeku susu pada suhu bilik. Then pengasuh akn letak dlm peti ais pintu bwh. So berapa jam susu tu blh bertahan yer? Lg satu klu sy nyahbeku susu tu pada suhu bilik.. N x msuk peti ais.. Berapa jam susu tu blh brthn? Really need your help coz smlm i nyahbeku susu kt room temp.. Sekejap je susu basi.. Risau jgk kot stock ebm laen pun da basi.. Klu blh ap suggestion terbaek penyimpanan susu .. I confius..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Puan hendaklah menggunakan susu beku yang telah dinyahbekukan dalam masa 24 jam sahaja dari waktu keluar dari peti ais beku. Susu yang dikeluar dari peti beku perlu diletakkan di bahagian peti ais bawah dulu sebelum memberi pada pengasuh keesokan hari. Contohnya nak guna utk esok, pada jam 12 tengah malam dah boleh keluarkan dari peti beku letak dipeti ais bawah untuk cairkan bagi pada pengasuh utk paginya. Dari 12 tengah malam bermakna 12 tengah malam nanti susu tu tidak boleh digunakan lagi. Jika tidak digunakan perlu dibuang.

      Susu yang hendah diberi pada pengasuh seeloknya letak dalam cooler bag dulu sebelum letak di peti ais pengasuh.

      Jika bagi botol pada pengasuh, puan boleh labelkan setiap botol dengan no 1-no 4 (jika ada 4 botol untuk diminum baby) No 1 dan No 2 labelkan untuk susu yang beku tadi. No 3 dan No 4 susu yang dipam semalam. Jadi pengasuh tidak keliru melihat tarikh pada botol. Dapat menyenangkan pengasuh memberi susu pada baby kita :)


      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  26. Anonymous23/10/13

    Salam.... tumpang tanya. Sy perah susu td jam 6.30 letak d botol jak x masuk peti sejuk. Baby bangun jam 9 minum. Sy nak tahu sampai bila susu tu selamat d minum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)\

      Selepas susu diperah, kebiasaannya susu akan bertahan selama 3-4 jam dalam suhu bilik. Selepas tempoh itu, susu tersebut perlu dimasukkan dalam peti ais bawah untuk bertahan sehingga 3-4 hari. Dan untuk bertahan sehingga 3 bulan dalam peti ais beku atas fridge :)

      Tips nya : Dalam masa 3-4 jam selepas diperah susu tidak dimasukkan peti ais dan ingin memberikan susu itu pada bayi perlu bau dan rasa sendiri samada sudah basi atau rasa masam. Jika ya, bermakna susu tersebut tidak selamat untuk diberikan pada bayi anda ;)

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  27. Anonymous4/11/13

    as salam.sy skg sdg bpantang dan bniat utk fully bf ank sy nnti.

    sy ingin mgnetahui smada btl @tidk plan sy ini. jika esk sy akn bkrja..

    1) kul 12 mlm sy akn pindhkn susu beku ke bhgn bwh utk dicairkn (susu lm). jika mlm itu sy mampu pam@pg eskny, sy xperlu msuk beku, cm ltk
    bhgin bwh (susu baru). labelkn mcm puan ckp.

    2)pg eskny,kluarkn 4 btl dr bhgn bwh n msukkn dlm coolg bag @termos isi ais spy suhu sm n thn lbh lm (x jg suhu blik, klu jd suhu blik dh x blh sjukkn simpn dlm peti ais kn?)

    3) smpai umh pngasuh, dia simpn slm peti ais bwh n beg tu kmbalikn pd sy utk bw ke ofis utk simpn susu pam kt ofis.

    4) pengasuh klu nk berikn susu rendm botol dlm air pns.klu x hbs buang je susu tu kn?

    5) susu yg sy pam kt ofis mula2simpn bhgn bwh.nk blk bru msuk coolg bag.

    6) smpai umh msukkn susu bhgn bwh dlu.klu dh smpai mlm xde pam susu utk aritu jdkn ia 'susu baru' utk esk.klu de pam susu lg mlm tu , pindhkn ke sejuk beku utk jdkn stok.yg bru pam kt umh gn utk esk...

    btul x plan sy ni?agk2lm x nk pnskn susu dr peti ais.tkut bb tu mnangis lm bru dpt susu.risau klu pngasuh kalut, bg susu sejuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam :) Tahniah puan menerima orang baru dalam hidup & berniat untuk fully BF...In Shaa Allah, mudahan niat puan dipermudahkan olehNya...

      TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Soalan 1- Betul
      Soalan 2- Betul
      Soalan 3- Betul
      Soalan 4- Betul (Sebaiknya jika puan ada budget sediakan pemanas botol elektrik kerana suhunya sama dan tidak terlalu panas dan memudahkan pengasuh tidak perlu panaskan air untuk memberi susu pada bayi. Selepas dipanas susu hendahlah gunakan dalam tempoh 1-2jam sahaja. Jika tidak digunakan dlm tempoh tu buang baki susu)
      Soalan 5- Betul. Boleh gak terus simpan dlm cooler bag. Tapi pastikan ruang kerja ada penghawa dingin :) Kalau tidak, simpan susu di peti ais opis di bahagian bawah.
      Soalan 6- Betul

      * Jika menggunakan pemanas botol elektrik agak lama sedikit masa nak panaskan susu. Jadi sebaik-baiknya buat persediaan sebelum hantar ke pengasuh susukan bayi puan dulu agar dia tidak terlalu haus dan menangis kuat.

      # Bagus pengetahuan puan...InsyaAllah, puan pasti boleh susukan bayi sehingga 2 tahun.. Doa bnyk2 yer... Mudahan dipermudahkan perjalanan puan untuk fully BF....

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
    2. Anonymous16/11/13

      soalan n jwpn yg sgt bagus. sy pun beroleh manfaat drnya.

      Delete
  28. Anonymous4/11/13

    salam..thanks sis kerana berkongsi ilmu..bnyak yang saya pelajari dari tulisan sis ini...semoga dipermudahkan Allah segala urusan sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Mudahan kita sama2 dapat ilmu yang Allah pinjamkan pada saya untuk dikongsi bersama-sama... Terima kasih mendoakan saya...

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  29. Anonymous8/11/13

    Salam. Sis nk tnya kalo susu yg lps diperah trus disimpan dlm freezer tak apa ke? Ke trus x blh guna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Susu yang diperah boleh jer terus masuk dalam peti ais bawah atau dalam cooler bag. Tiada masalah.. Boleh diguna... Tapi jangan lepas pam terus masuk dalam peti beku... Kerana susu yang dipeti bawah lagi berkualiti dari susu di peti beku.. Tapi susu dari peti beku pula lagi berkualiti dari susu formula/susu tin!

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
    2. Anonymous19/11/13

      Tq for ur info.. byk lg yg perlu sy bljr tntg susu ibu ni. :)

      Delete
  30. Anonymous19/11/13

    salam..nak tanye..blh ke susu yg diperah kita smpn skali dalam freezer yg ade daging n ikan? xder freezer lain..ade effect ape2 tak kat susu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Jika tiada tempat pastikan ikan atau daging di masukkan dalam tupperware bagi bau tidak hinggap ke susu anak. Jika ada 2 aras di freezer asingkan aras 1 untuk susu, aras 2 untuk makanan beku :)

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  31. Anonymous1/12/13

    Salam..nk tnya..bole ke susu yg tlh dipanaskn diletakkn dlm beg panas/termos pemanas untuk penyusuan seterusnya (kes susu yg tidak dihabiskn oleh bayi) tetapi xlebih dr 2 jam la..ini adalah utk mengekalkan kepanasan susu trsebut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Boleh.. tapi pastikan susu yang telah diminum oleh bayi puan perlu dihabiskan dalam masa 1 1/2 jam ke 2 jam. Jika bayi tidak minum dari tempoh masa itu seeloknya dibuang baki susu itu. Dikhuatiri perut bayi meragam jika meminum susu yang terlalu lama kerana perut bayi amat sensitif.

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  32. Anonymous4/12/13

    Salam sis. Nk tnya kalo kita nk nyahbeku kan susu sblum bw ke rumah pengasuh mesti 4 jam ke? Mcm sis bgtau dlm kul 12 mlm letak kt bhgian bwh. Kalo kita letak awl lg blh x? Mcm sy kalo hari bkerja, slps isyak dlm kul 9.30 dh tdo. So, blh ke sy letak kt bhgian bwh peti ais dlm kul 8 @ 9 mlm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Boleh puan..tapi pastikan susu yang dinyah beku mesti digunakan dalam tempoh 24 jam dari waktu diturunkan ke peti ais bawah... contoh pukul 8 malam turunkan di peti ais bawah, bermakna sebelum pukul 8 malam hari keesokan nya mesti dah digunakan susu tersebut.. Jika tidak, perlu buang susu tu.

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
    2. Anonymous5/12/13

      Tq.. info yg sgt berguna.

      Delete
  33. Anonymous4/12/13

    salam puan,. nk tanye la..kalau susu yg sudah disejuk bekukan (da jd keras mcm ais) pastu kite simpan dalam cooler bag tanpa ais...susu tu boleh bertahan berape lame? pastu kalau susu tu da cair, bole ke kite sejukkan dlm tmpt sejuk beku semula kalau xhabis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Soalan puan lebih kurang soalan macam soalan puan diatas :)
      Susu yang dikeluarkan dari peti beku perlu digunakan dalam masa 24jam dari waktu kita keluarkan susu dari peti beku. Bila susu tersebut dah dipanaskan untuk diberi pada bayi, jika tidak habis perlu dibuang. Tidak boleh dibekukan semula ke dalam peti beku. Macam saya katakan sebelum ni perut bayi amat sensitif, jadi bila susu yang telah diminum tidak habis perlu dibuang. Takut dikhuatiri perut bayi mengalami masalah yang tidak diingini.

      Ohh yer susu yang puan simpan dalam cooler bag seeloknya perlu ada ais yer untuk memastikan susu tersebut berada dalam keadaan baik selepas dinyah beku. Tapi perlu ingat susu yang dinyah beku hanya bertahan 24 jam sahaja.

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  34. Anonymous5/12/13

    Salam puan. Sy nk tnya kalo susu yg telah dicairkn dan dipnskn ttp tidak abis diminum oleg bby, tahan smpai 4-6 jam kn. Blh ke kalau kita letak kt bhgian bwh peti ais n rendam kn air suam utk diberi kpd bby semula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Puan boleh rujuk entry saya diatas bawah tajuk no. 6 >> Panduan Memberi Susu Ibu
      - Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
      - Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
      - Jadikan penyusuan menyeronokkan, bercakap dan senyum dengan bayi.
      - Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
      - Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.

      Jadi, susu yang telah dipanaskan yang telah diberi pada bayi hanya boleh digunakan dalam masa sejam sahaja... Jika tidak habis minum susu itu perlu dibuang & tidak boleh dipanaskan semula..

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  35. Anonymous7/12/13

    salam puan.. nk tanya... skrgni saya brpantang d rumah mentua,dan akn pulang utk brkerja xlama lg.. jd,sekiranya saya nk bawa balik susu yg telah d sejukbekukan mcmmana ek? blh tak saya simpan dalam cooler bag berisi ice pack? prjalanan memakan masa dalam 7 ke 8jam.bagaimana sekiranya setelah sampai ke rumah susu trsebut cair sedikit ataupn banyak?mc blh di mskkan dlm frezer ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Jika hendak bawa travel susu yang dibeku supaya tak cair puan boleh cuba letak dalam ice box yang diisi ketulan ais dan sedikit garam ;) Garam diletakkan supaya ais tidak cepat cair dalam perjalanan..

      Lagi satu jangan letak dibonet kereta semasa dalam perjalanan.. takut cuaca panas akan menyerap ais beku menjadi cair di bahagaian bonet..

      Susu yang beku menjadi cair perlu di guna dalam masa 24jam dan tidak digalakkan disimpan semula menjadi beku.. Ini kerana, apabila susu dibekukan, sebahagian antibodi dan khasiat susu akan hilang. Namun, ia jauh lebih baik dari susu formula yang tidak mempunyai sebarang antibodi melawan penyakit. Jadi, apabila susu yang telah cair tidak digalakkan untuk dibeku semula untuk menjaga khasiat susu tersebut. Kemungkinan semasa proses susu mencair, bakteria mungkin menghinggap susu berkenaan..

      Saya bagi jawapan berdasarkan pembacaan & pengalaman saya. Jika puan ingin memastikan jawapannya betul atau tidak puan boleh bertanya pada yang pakar laktasi... Saya cuma membantu mana yang saya faham dari segi pembacaan saya...

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
    2. Anonymous13/12/13

      ohh.. so mmg susu xblh langsung cair kan? if cair sedikit or bnyk hnya boleh d gunakan dlm tempo 24jm kan? ok da paham.. thanks puan..

      Delete
  36. Anonymous7/12/13

    salam puan... saya nk tanya.. saya br melahirkan baby boy..n baby saya ni mmg kuat mnyusu.. bila saya pam susu besany susu xsampai1aun pn.. so saya nk tnya boleh tak susu yg tlh saya pam kn tu (mc dlm botol pam,xdkeluarkan) di campur terus dgn susu yg di pam kemudianny (kurang dr 4jam) dalam suhu bilik? sbb klu keluarkan susu tu dan d smpan dlm bekas,susu tu sikit je...kekdang kurang dr 1/2 auns.. harap puan dapat membantu.. dan lg 1 prtnyan,mcm mna penjagaan peralatan pam susu? perlu d cuci setiap kali di gunakan? mcm sya bila pam susu,susu kuar sedikit,agak leceh utk mncuciny semula utk pam seterusny (if pam kurang dr 4jam).. tQ puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Susu yang puan pam pada waktu berlainan kalau boleh jangan campurkan terus.. Seeloknya asingkan dalam bekas berlainan.. Selepas susu yang dipam tadi dengan susu yang dipam 4jam sebelum tu berada dalam suhu yang sama, barulah dicampurkan dalam botol yang sama..

      Untuk pertanyaan peralatan pam susu.. Diharap puan mencuci setiap kali selepas digunakan supaya terjamin kualiti susu untuk diberi pada anak kita.. Hanya lalukan dengan air biasa atau menggunakan tisu basah (yang tiada alkohol,pewarna & perasa) pun dah mencukupi supaya tiada bakteria yang membiak di peralatan pam susu tersebut.. Jika puan sayangkan anak, berkorbankan tenaga sedikit untuk perkara-perkara remeh seperti ini... Untuk menyusukan anak puan perlukan banyak pengorbanan masa & tenaga.. Sebab tu jika puan dapat menyusukan anak sebaiknya, banyak sangat manfaat yang ibu akan dapat hasil dari menyusukan anak kita :)

      Saya bagi jawapan berdasarkan pembacaan & pengalaman saya. Jika puan ingin memastikan jawapannya betul atau tidak puan boleh bertanya pada yang pakar laktasi... Saya cuma membantu mana yang saya faham dari segi pembacaan saya...

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
    2. Anonymous13/12/13

      ok.. thanks.. sangat membantu ;-)

      Delete
  37. Anonymous11/12/13

    salam puan..
    brapa lama tahan susu perahan yg baru masok dlam rak bawah peti ais..kmudian saya keluarkan dan dpanas kan utk baby saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Susu yang disimpan peti ais bawah bertahan lebih kurang 3-4 hari... Kebiasaan saya simpan di peti ais bawah selama 3 hari. Selepas 3 hari jika tidak digunakan saya simpan di bahagian beku atas kerana boleh bertahan sehingga 3 bulan.

      Jika susu yang telah dipanas tidak kira samada susu yang berada di peti ais bawah atau dari tempat beku hanya bertahan dalam masa 1-2 jam sahaja. Jika susu yang telah dipanas tadi, bayi tidak dapat menghabiskan kesemuanya dalam tempoh masa 1-2 jam susu tersebut hendaklah dibuang untuk mengelakkan perut bayi meragam.

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  38. Anonymous12/12/13

    salam puan..
    sekiranya susu perahan yang saya simpan dalam rak bawah 4auns..kemudian saya panaskan...baby tidak habis minum...selebihnya 2auns
    dptkah saya simpan balik dlm peti ais didalam rak
    bwah utk dminum kemudian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Soalan puan lebih kurang soalan yang di atas... Saya jawab semula untuk pemahaman pihak puan..

      Jika susu yang telah dipanas tidak kira samada susu yang berada di peti ais bawah atau dari tempat beku hanya bertahan dalam masa 1-2 jam sahaja. Jika susu yang telah dipanas tadi, bayi tidak dapat menghabiskan kesemuanya dalam tempoh masa 1-2 jam susu tersebut hendaklah dibuang untuk mengelakkan perut bayi meragam.

      Tidak kira samada susu tersebut ada lebih 2 auns atau 3 auns, selebihnya susu yang telah dipanas atau susu yang telah diminum oleh bayi anda tidak boleh disimpan semula dalam tempoh lebih 2 jam.

      Jika hendak disimpan semula, perlu asingkan botol.. Contoh ada 4 auns susu. 2 auns dipanaskan untuk beri pada bayi minum.. 2 auns lagi simpan di peti ais bawah.. Jika susu yang telah dipanas tadi habis di minum, barulah panaskan pula susu 2 auns yang disimpan tadi.

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  39. Anonymous17/12/13

    Salam puan...sy nk tnye..bole x susu perahan kanan dan kiri dicmpurkan dlm 1botol sblum disimpan dlm peti ais?susu diperah pada mse yg same...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Susu yang diperah (pada waktu yang sama) sebelah kanan dan kiri boleh dicampurkan dalam satu botol yang sama. Tiada masalah.. Saya doakan mudahan puan dapat susukan bayi sehingga 2 tahun... Jangan mudah putus asa yer....

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  40. Anonymous19/12/13

    Salam,terima kasih atas perkongsian ilmu.bagaimana carajika saya igin membawa balik susu perahan yang diletakkan di peti ais bawah maksud saya stok susu yang cair unuk perjalanan lebih kurang 5jam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Susu yang cair lagi senang untuk diuruskan berbanding susu yang beku :) Caranya sama juga dengan susu yang telah beku.. Cuma kita tidak perlu khuatir susu tersebut akan cair semasa dalam perjalanan...

      Puan boleh cuba letak dalam ice box yang diisi ketulan ais dan sedikit garam ;) Garam diletakkan supaya ais tidak cepat cair dalam perjalanan.. Lagi satu jangan letak susu dibonet kereta semasa dalam perjalanan.. takut cuaca panas akan menyerap ais beku menjadi cair di bahagaian bonet..

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
    2. Anonymous20/12/13

      Terima kasih :D

      Delete
  41. Anonymous27/12/13

    salam puan..
    sekiranya susu cair yang saya simpan dlam peti ais bawah dlm satu hari kmudian saya keluarkan untuk perjalan 2 jam balik kampong menggunakan cooler bag ...kmudian saya simpan drumah emak dpeti ais bwah untuk kegunaan keesok hari nya....adakah masih dpt digunakan?
    terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :) Alhamdulillah, puan berjaya menyusukan anak puan. Saya doakan mudahan puan dapat susukan bayi sehingga 2 tahun... Jangan mudah putus asa yer....

      Untuk soalan puan, saya cuba menjawab, kerana saya bukanlah seorang pakar yang mempunyai sijil untuk membimbing penyusuan susu ibu. Info yang saya kongsikan hanya berbekalkan pengalaman dan pembacaan saya :) Jika ada kesilapan saya minta maaf yer...Saya hanya ingin cuba membantu ibu-ibu yang ingin berjaya dalam penyusuan susu ibu...

      Untuk makluman puan, susu yang belum di bekukan jika disimpan pada suhu lebih kurang dalam 4°C. (peti ais bawah) boleh bertahan selama 3-4 hari. Pastikan semasa puan simpan susu tersebut semasa dalam perjalanan balik kampung dlm cooler bag berada dalam keadaan suhu yang sejuk.

      Untuk keselamatan sebelum susu diberi pada bayi tengok dulu keadaan susu tersebut samada telah bertukar warna atau berbau masam. Jika ya, susu tersebut hendaklah dibuang. Jangan diberi pada bayi puan. Risau susu telah tercemar semasa proses perpindahan..

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
    2. Anonymous2/1/14

      terima kasih puan.

      Delete
  42. Anonymous29/12/13

    Sy nk tnye..boleh x nyahbeku susu dgn cara merendam dlm bekas berisi air pd waktu mlm,dh cair isi dlm botol,msukkn dlm peti ais bwh utk diberi kpd pengasuh esok nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :) Alhamdulillah, puan berjaya menyusukan anak puan. Saya doakan mudahan puan dapat susukan bayi sehingga 2 tahun... Jangan mudah putus asa yer....

      Boleh jer nak rendam dalam bekas berisi air sebelum masuk ke peti ais bawah. Tapi lebih mudah puan lalukan botol dengan air paip yang dikeluarkan dari peti beku.. kemudian masukkan botol tersebut ke dalam peti ais bawah sebelum puan masuk tido. Keesokan hari, susu tersebut dah cair sendiri untuk dibawa kepada pengasuh esoknya :)

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  43. As salam,
    Sis, saya nak tanya, bagaimana nak simpan susu jika saya selalu outstation untuk jangkamasa 5-7 hari? Maksud saya walaupn saya outstation saya masih membawa pam dan mengepam susu saya. Soalannya bagaimana saya nak simpan susu perahan saya sedangkan jika tinggal di hotel cuma ada fridge yg bersaiz kecil yg hanya ada satu ruang kecil utk bahagian beku. Ada cara ke utk saya simpan susu perahan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :) Alhamdulillah, puan berjaya menyusukan anak puan. Saya doakan mudahan puan dapat susukan bayi sehingga 2 tahun... Jangan mudah putus asa yer....

      Tahniah puan kerana mempunyai niat untuk mengepam walaupun puan 'outstaion'.. Tahniah sekali lagi.. Susu yang disimpan di dalam peti ais satu pintu hanya bertahan untuk 3-4 hari sahaja. Selepas dari tarikh tersebut puan perlu transfer ke peti beku.. beti beku untuk peti ais 1 pintu boleh bertahan sehingga 2 minggu..

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  44. Anonymous2/1/14

    Salam, saya ada satu soalan,saya masih dlm cuti bersalin lagi 2 minggu nak masuk kerja.soalan saya mcm mana saya nak start buat stok ebm utk dibeku kan utk hari2 pertama kerja nanyi sebab baby boy saya sekarang saya bg direct feed shj n xtentu masa. Saya takot bila dah pam nanti baby bgn nak susu tapi xcukup.terime kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :) Alhamdulillah, puan berjaya menyusukan anak puan. Saya doakan mudahan puan dapat susukan bayi sehingga 2 tahun... Jangan mudah putus asa yer....

      Jangan risau susu tiada puan wlupun telah mengepam untuk membuat stok. Untuk makluman puan, semakin puan kerap pam & mengosongkan payudara semakin banyak susu kita.. Susu badan adalah bergantung pada "Supply On Demand". Jadi puan jgn khuatir susu tidak cukup yer.. Jika tengah mengepam, bayi menangis untuk disusu. Susukan terus. Selepas itu, sambung semula untuk sessi mengepam.. Lebih bagus, sebelah payudara susukan bayi sebelah lagi mengepam :)

      Semoga berjaya puan untuk puan membuat stok susu...

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  45. Anonymous3/1/14

    salam..sis, sy nk tanya blh ke susu yg dibekukan dan dimasukkan dlm cooler bag utk travel dlm ms 7-8jam dimsukkan semula dlm freezer.?utk pengetahuan sis ,sy hnya akn blk sebulan sekali ke kg menghantar bekalan susu pada ank..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)
      Alhamdulillah, puan berjaya menyusukan anak puan. Saya doakan mudahan puan dapat susukan bayi sehingga 2 tahun... Jangan mudah putus asa yer....

      Untuk soalan puan, susu yang dikeluarkan dari dari peti beku jangan bagi cair semasa dalam perjalanan ke kampung. Jika susu tersebut cair, susu itu hendaklah digunakan dalam masa 24jam dari waktu dikeluarkan dari peti ais beku.

      Tips untuk mengelakkan susu cair semasa dalam perjalanan
      1) Jangan letakkan susu di bonet kereta kerana dikhuatiri cuaca panas akan menyebabkan susu cair dengan cepat. jadi lebih baik susu tersebut diletakkan berdekatan dengan penghawa dingin kereta.
      2) Masukkan garam dalam ketulan ais dalam bekas cooler sebelum letak susu... Garam tadi untuk elak ais tadi cepat cair...

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  46. Anonymous9/1/14

    terima kasih sis..maksudnya kalau susu dalam cooler bag blm cair kte blh simpan susu tadi dlm freezer balik la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya semula :)
      Betul Puan, sekiranya susu belum cair kita masih boleh simpan dalam freezer (peti beku) semula...

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  47. Anonymous11/1/14

    salam puan.. saya nk tnya.. lepas rendam alatn pump n botol dlm air panas kemudian keringkn selalunya mc ada sisa baki air dlm botol n pump 2.. so cmna nk bt? perluke ambik kain n lap bg kering ataupn blh guna terus? sblm ni saya lap utk keringkn sisa air trsebut tp takit sekiranya ada buku kain trtgl dlm botol... tp takut plak sekiranya c d lap sisa air akn merosakkn susu... harap puan dpt membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)
      Alhamdulillah, puan berjaya dapat menyusukan anak puan. Saya doakan mudahan puan dapat susukan anak sehingga umurnya 2 tahun... Jangan mudah putus asa yer....

      Tiada masalah puan jika botol susu masih ada baki air dalam botol tersebut tapi pastikan peralatan tersebut disimpan di tempat yang bersih dan tertutup untuk mengelakkan pencemaran.

      Harap info yang saya kongsi bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
    2. Puan boleh juga refer di cini untuk info lanjut :)

      http://ummirdinacong.blogspot.com/2014/01/panduan-memberi-susu-botol-untuk-bayi.html

      Delete
  48. Assalamualaikum,Puan.
    Saya sangat menyanjungi ibu-ibu yang berjaya fully breastfeed anak-anak mereka. Kes saya pula berlainan. Sebelum bersalin, saya sudah memasang niat untuk exclusive breastfeed baby saya. Saya study melalui buku-buku dan blog. Buat preparation dgn beli double pump , pastikan alat-alat penyimpanan susu ready untuk mission ni. Tapi, selepas anak dilahirkan, saya dapati saya berdepan cabaran mulai waktu berpantang. Walaupun saya set masa pumping yang regular , sambil pump sambil direct feeding, makan supplement, buat relaxation, tanam mindset yang tiada istilah susu kurang sebab penyusuan ni based on supply demand,tapi baby saya selalu menangis macam tak cukup susu .Amount susu yang dihasilkan waktu berpantang, sangat sedikit. hanya sekitar 1-2 oz sahaja untuk dua breast walaupun sudah ikut masa mengepam yang regular. Bila baby menangis, saya akan 'curi' stock dan bagi baby sampailah stok kehabisan (in fact, stok pun x berapa lumayan ) masa hendak mula bekerja. saya berjuang untuk exclusive hanya sampai 3 bulan ( with tears and tahan bila org cakap susu saya kurang), sbb masa nak kerja tiada stok lagi..Saya terpaksa introduce formula milk pada my baby which I never imagined. Disebabkan saya nak minimize kan susu fm, saya telah pindah rumah yang hanya 5 minit ke ofis so that I can direct feed my baby sekerap yang boleh, di ofis saya akan pump pukul 10 , balik masa lunch utk direct feed sambil hantar yg stok pukul 10 tu utk petang and came home earlier utk direct feed. Amazingly, satu perkara yg saya notis, bila saya mengepam di ofis dengan perasaan yang lapang (sebab saya tahu baby saya sudah cukup susu denagn pengasuh), amount susu yang diproduce meningkat jadi 5 oz utk satu breast. Berlainan dengan waktu pantang, sebab saya terlalu fokus utk dapatkan hasil n stress dengan desakan org utk introdce fm, production susu drop. Baby saya sekarang sudah 5 bulan. Walaupun saya sedih sebab x dpt exclusively breast feed my baby until 6 mths, tp sy harap cerita saya jd pngajaran . Supaya setiap ibu yang miliki niat yg sama, elakkan stress, yakin susu itu datangnya dari Allah s.w.t, banyakkan doa n never give up. Doakan saya dapat menyusu my baby until 2 years as stated in our Quran=) Tq 4 your great sharing=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      TQ Puan Okashira kerana sudi menjengah blog saya :) Dan terima kasih juga kerana sudi berkongsi cerita pengalaman puan menyusukan bayi yang sangat interesting...

      Alhamdulillah, puan berjaya dapat menyusukan anak puan. Saya doakan mudahan puan dapat menyusukan anak sehingga umurnya 2 tahun... Jangan mudah putus asa yer....

      Harap info yang saya kongsi ni disini bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  49. susu yang baru diperah.. yg tidak dibekukan boleh tahan berapa lama? katakan la sy perah sabtu dan sy x bekukan. hari isnin tahan lagi x nk bg ke pengasuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Puan Suri kerana sudi menjengah blog saya :)
      Tahniah, puan berjaya dapat menyusukan anak puan. Saya doakan mudahan puan dapat susukan anak sehingga 2 tahun... Jangan mudah putus asa yer!

      Puan boleh rujuk nota saya diatas No.4) Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan. Susu yang disimpan dalam peti ais bertahan sehingga 48jam jika tidak dibekukan. Tapi seeloknya guna dalam tempoh 3-5hari.

      Harap info yang saya kongsi ni disini bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  50. Anonymous17/2/14

    salam... Sy nk tnya bpe lme susu akn beku bile di simpn dlm peti ats.. Sbb sy simpn peti atas tp susu still cair wlwpon da setengah ari.. Mmg susu lmbt beku or peti sy yg rosak.. hope dpt mmbntu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)
      Tahniah, puan berjaya dapat menyusukan anak puan. Saya doakan mudahan puan dapat susukan anak sehingga 2 tahun... Jangan mudah putus asa yer!

      Kebiasaan susu akan membeku dalam tempoh 4jam jika disimpan ditempat yang betul iaitu dalam peti sejuk beku dengan suhu 2-4 darjah celcius. Jika susu tidak membeku puan perlu check keadaan peti ais dirumah puan samada bermasalah atau tidak!

      Harap info yang saya kongsi ni disini bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  51. Assalam.. ilmu yg dikongsi amat bermakna. Walaupun skrg sy tgh struggle utk tmbh susu balik (susu berkurangan kerana kurg ilmu dn pengalaman) sy akan cuba utk optimize kan susu yg ade bg ke baby. Ingin bertanya, ada tips / info yg boleh dikongsi dlm menambahkn susu badan. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Puan Marros kerana sudi menjengah blog saya :)
      Tahniah, puan berjaya dapat menyusukan anak puan. Saya doakan mudahan puan dapat susukan anak sehingga 2 tahun... Jangan mudah putus asa yer!

      Perkara penting untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu ini adalah kerap menyusukan bayi. Jika puan bekerja sekerap yang mungkin dalam tempoh 3-4 jam sekali perlu mengepam bagi menggantikan hisapan bayi. Semakin kerap mengosongkan payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. Ini kerana otak kita mendapat 'signal' yang susu tadi telah habis digunakan oleh bayi dan susu baru perlu dihasilkan untuk menampung keperluan bayi. Ini adalah berdasarkan konsep "SUPPLY ON DEMAND".

      Selain itu, ibu jangan terlalu mengawal selera makan. Jika ibu kurang makan, bagaimana susu akan terhasil. Air masak yang secukupnya juga perlu diambil kira. Kekurangan air dalam badan menjejaskan pengeluaran susu badan. Emosi perasaan perlu dikawal bagi menjayakan misi penyusuan..

      Jika semua perkara telah dilakukan tetapi masih tidak berjaya, puan boleh mencuba mengambil inisiatif mengambil makanan tambahan seperti suplemen Shaklee untuk mencuba menambahkan susu badan. Boleh refer disini

      http://ummirdinacong.blogspot.com/2013/04/misi-membakar-lemak-semasa-penyusuan.html

      Selain berjaya untuk menyusukan anak badan pun tetap maintain, syukur Alhamdulillah :)

      Harap info yang saya kongsi ni disini bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  52. salam sis, sy baru melahirkan anak 1 bln lalu. sy nak tanya tentang kaedah mencuci peralatan pam. Mengikut cara sy contohnya pam 4x sehari setiap kali selepas pam, sy trus masukkan peralatan pam yg masih mempunyaI sisa susu ke dalam deep freezer.sy cuma mencuci nya sekali sehari kerana kesuntukan masa. Mengikut nasihat sis,setiap kali selepas pam perlu dicuci. adakah kaedah yg sy gunakan masih dikira selamat? Terima kasih banyak sis. Sy sgt bermotivasi utk bf beby hingga 2 thn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Barliza Azizan kerana sudi menjengah blog saya :)
      Tahniah, puan berjaya dapat menyusukan anak puan. Saya doakan mudahan puan dapat susukan anak sehingga 2 tahun... Jangan mudah putus asa yer!

      Kalau boleh dinasihatkan puan melalukan air di corong pam bagi mengelakkan baki susu melekat di situ dan menyebabkan terjadinya pengumpulan bakteria. Berkorban sedikit masa untuk keselamatan anak kita :)

      Harap info yang saya kongsi ni disini bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  53. salam sis...boleh x jawab kemuskilan sya tentang susu ebm nie...
    sya kerja 8.30-4.30pm...so wk2 rehat pkul 1.00pm sya akn pam susu dan dpt dlm 5-6oz lepas je pam sya terus masukkan dlm storage bag...dlm ofis sya xda peti sejuk...sya nk tny adakah susu tersebut bertahan sehingga 4jam kan?sampai rumah sya terus masukkan dlm peti sejuk bolehkan?tima ksh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ EFirdaus kerana sudi menjengah blog saya :)
      Tahniah, puan berjaya dapat menyusukan anak puan. Saya doakan mudahan puan dapat susukan anak sehingga 2 tahun... Jangan mudah putus asa yer!

      Adakah dalam masa tempoh dari 8.30-4.30 (8jam) waktu bekerja puan hanya mengepam sekali sahaja? Kalau boleh dinasihatkan puan mengepam sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh 8jam tu. Kalau tidak, untuk berjaya menyusukan anak sehingga umur 2tahun mungkin tidak menjadi. Semakin kita kerap mengepam, semakin banyak susu badan akan dikeluarkan. Jadi, jika puan betul-betul ingin menjayakan misi penyusuan puan perlu kerapkan sessi mengepam jika anak tidak berada disisi kita.

      Mengikut contoh entry blog yang saya berikan diatas, susu yang berada pada suhu bilik boleh bertahan dalam 4jam. Tapi saya nasihatkan agar puan meletakkan susu yang telah dipam dalam bekas bag sejuk beku khas untuk susu ibu seperti jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex. Pelbagai jenama lain lagi puan boleh cari untuk digunakan menyimpan susu sementara sampai kerumah. Dikhuatiri jika tidak menggunakan bag sejuk beku susu akan cepat basi. Puan perlu mengambil kira masa jarak perjalanan pulang kerumah, atau ada masalah lain yang tidak boleh dijangka menyebabkan perjalanan tersangkut.

      Semoga info yang saya kongsi ni disini bermanfaat untuk puan..
      TQ :)

      Delete
  54. Anonymous13/3/14

    Salam Puan...

    Puan sangat berpengalaman dalam bab penyusuan ibu... tolong bantu sy puan...situasi sy ebm sy cair dlm freezer peti 1 pintu... sy x defrost dan bekalan elektrik juga sentiasa ada... kenapa perkara ni boleh berlaku...saya sayang nk buang susu tu, memandangkan stok susu yg cair tu tak habis digunakan dalam tempoh 24jam...dlm kes sy boleh x ebm tu digunakan untuk tempoh lebih 24 jam? tq

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum..
    Sy nk tanye knape susu ibu yg dibekukan akan rsa hanyir sgt ble dinyahbekukan?sy da buat stok beku byk sgt tuk prep ble nk start keje..lg 3 hari nk keje sy try nyahbekukan SI,baunye hanyir pahit n nk termuntah sy..susu tu sy ltak dlm deep freezer tp byk benda lain gak dlm tu..xsggp nk bg susu tu kat anak..

    ReplyDelete
  56. assalamualaikum sis..sya bkerja 12 jam 1 hri..semasa di tmpat kerja,sya akn pump susu dan simpan di dalam peti ais bawah yg telah disediakan oleh pihak syarikat.Untuk membawa susu itu pulang mengambil masa kira2 20 minit untuk smpai ke rumah.Bolehkah sya membawa susu itu pulang tanpa meletakkan susu di dalam sebarang bekas sejuk/beku,dan hnya meletakkan susu tersebut di dlam plastik biasa(susu masih dalam botol/bekas).Apabila sampai di rumah sya masukkan terus susu ke dalam peti ais bawah.Bolehkah begitu?Begitu juga dengan jarak di antara rumah pengasuh hanya mengambil masa dalam 3 minit shja.Perlukah sya meletakkan ke dalam bekas sejuk/beku.

    ReplyDelete
  57. Salam sis ..
    Sy baru tahu rupanya susu yang baru dipam tidak boleh terus letak di bhgn beku ..
    Sepanjang tempoh berpantang, sy mmg perah susu utk dibuat stok kepada anak sbb sy bakal menghadiri kursus utk tmpoh 6 bln sebaik mula bekerja. Selama ini, tiap kali lepas perah susu, saya terus letak di tmpat beku ..sy nk tnya..adakan susu itu da rosak atau boleh thn lg utk pkai dlm tmpoh 3 blm mcm jdual penyimpAnan susu itu

    ReplyDelete
  58. Assalam, perlu sy tnya... mengapa tidak boleh membeku semula susu yang cair daripada deep freezer? :-( baru balik dari kg, tngok2 deep freezer dh tertutup dan dh cari seluruhnya. sayang nak buang, masih sejuk, cuma dah cari dan tak pasti dan lebih 24 jam ke belum. plz help..

    ReplyDelete
  59. Assalam.
    Saya nk tnya boleh ke plastik beg khas utk simpan susu tu diguna berulang kali? Tksh..

    ReplyDelete
  60. assalamualaikum sis...
    nk tanye klu 1x pump susu xsmpai 1oz second pon same n seterusnye bole ke campur...sbb susu mmg sikit...

    ReplyDelete
  61. Anonymous7/10/14

    salam..sy nk tny boleh ke susu yang cair dipanaskan terus dari ruma menggunakan warmer kemudian dimasukkan ke dlm thermos untuk kegunaan seharian di rumah pengasuh..

    ReplyDelete
  62. Salam..sy nk tye la npe ebm sy bau hnyr?adkh sbb dsimpan 1 peti ngn ikn mybab'n bau hnyir?ssu xsmpai 3bln lg

    ReplyDelete
  63. Anonymous25/3/15

    salam Puan .Mohon pandangan Puan. saya dalam pantang hari ke 15. sy bercadang untuk mebuat stok ebm, memandangkan susu saya tgh meriah skrg. tp yg menjadi masalah, saya berpantang di kampung, dan habis pantang saya akan balik ke rumah saya di KL. saya konfius sekiranya saya start buat stok, dan letak di freezer, bgaimana sy nak bawa semua stok itu nanti ke KL? boleh kah stok2 yg telah dibeku, bertahan di dalam cooler bag yg diletakkan ice brick, dan saya msuk kan kembali ke peti ais rumah saya di KL?

    Boleh kah mcm itu ? sy khuatir jika susu tersebut akan basi nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)
      Alhamdulillah, puan berjaya menyusukan anak. Saya doakan mudahan puan dapat susukan anak sehingga 2 tahun... Jangan mudah putus asa yer!

      Berapa lama yer perjalanan dari kampung ker KL? Berdasarkan pengalaman saya sendiri saya travel bawa susu beku dari tangkak ker KL (cheras). Alhamdulillah susu berkeadaan baik dan kekal beku :) Perjalanan lebih kurang 2jam setengah.

      Tips saya hanya masukkan susu dari peti beku dalam ice box yang berisi ais ketul dan sumbatkan sekali surat khabar dlm ice box tersebut bersama sedikit garam kasar. Pastikan ice box diletakkan berdekatan dengan penghawa dingin kereta. Yang penting jangan letak di bonet kereta. Jika cuaca terlalu panas di khuatiri susu akan cair...

      Semoga pengalaman & info yang dikongsikan ini bermanfaat untuk puan.
      TQ :)

      Delete
  64. as salam sis sy nk tny... biasanya d ofis sy akn pam susu biasanya akn dpt 4 botol.. setiap satu 4oz dan sy trus smpn d peti bwah.. jam 5 ptg blik kije sy terus pg pengasuh letak dalam peti bwh.. pagi esok dia akn panskn bg bby... biasa 4 botol ngam2 smp kul 5.. betul ke tindakan sy..sebb sy tak bekukan susu tu.. tq sis

    ReplyDelete
  65. Salam..pn sy nk tanya, sy ada masukkn susu ke dlm freezer semalaman..esoknya sy bru perasan susu tu x betol2 frozen..mcm lembik2...mungkin slh set suhu..bolehke susu tu digunakan lg?

    ReplyDelete
  66. Salam..pn sy nk tanya, sy ada masukkn susu ke dlm freezer semalaman..esoknya sy bru perasan susu tu x betol2 frozen..mcm lembik2...mungkin slh set suhu..bolehke susu tu digunakan lg?

    ReplyDelete
  67. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  68. Salam. Jika susu yg baru dipam telah dimasukkan dlm peti ais (bukan beku)selama sejam kemudian disuamkan tetapi bayi masih belum nak minum,berapa lama susu tersebut boleh bertahan pada suhu bilik. Bolehkah ia dimasukkan dlm peti ais semula jika belum digunakan?

    ReplyDelete
  69. Anonymous28/11/15

    Salam..sy akan membawa ebm beku didalam perjalanan dan penerbangan tempoh 12 jam...saya membawa 25 botol dan diletakkan didlm cooler box yg diisi ice cube,garam,surat khabar..jika ebm beku sy mencair sedikit..masih bolehkah sy menyimpan di fridge atas?

    ReplyDelete
  70. Assalamualaikum puan
    Saya ingin bertanya susu yang disimpan di peti sejuk beku boleh bertahan 3bulan tapi saya tidak guna dalam sebulan lebih disebabkan saya balik kampung disemenanjung tak dapat nak bawak semua selepas saya balik saya tengok susu tu ada tompok tompok putih, saya nak tau jika susu ini boleh digunakan lagi @ tidak?

    ReplyDelete
  71. Assalamualaikum puan
    Saya ingin bertanya susu yang disimpan di peti sejuk beku boleh bertahan 3bulan tapi saya tidak guna dalam sebulan lebih disebabkan saya balik kampung disemenanjung tak dapat nak bawak semua selepas saya balik saya tengok susu tu ada tompok tompok putih, saya nak tau jika susu ini boleh digunakan lagi @ tidak?

    ReplyDelete
  72. Salam puan,kalau saya sejukan susu perahan yg dibekukan mgunakan aiq panas dan baby xjd minum sbb tertdq,boleh kah susu tu dsimpan smula.

    ReplyDelete
  73. Salam puan,kalau saya sejukan susu perahan yg dibekukan mgunakan aiq panas dan baby xjd minum sbb tertdq,boleh kah susu tu dsimpan smula.

    ReplyDelete
  74. Anonymous7/3/16

    Salam,
    Saya ada twins baby girl umur 3 bln..adakah ibu2 di sini yg berjaya fully breast feed babies dan apa tips utk berjaya supply susu ibu?
    thanks...

    ReplyDelete
  75. Sis sy nk tnya sy pkai plastik storage..perlu ke basuh plastik tu dengan air panas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Puan kerana sudi menjengah blog saya :)

      Ikut pengalaman saya, plastik storage tu tak perlu di basuh dengan air panas. Untuk kepuasan kualiti kebersihan susu yang kita perah, puan boleh membilas dengan air biasa atau air paip untuk membasuh.

      Jika puan rasa storage tu bersih boleh terus masukkan susu perahan.

      Semoga pengalaman dan info yang dikongsikan ini bermanfaat untuk puan.

      TQ :)

      Delete
  76. Anonymous20/5/17

    Salam..puan, susu dari cooler bag yang telah dipanaskan tapi x diminum boleh di masukkan ke dlm peti sejuk beku x?

    ReplyDelete
  77. Nak tanya...
    1. Susu dalam cooler bag bertahan brapa jam.. Sebab kalo saya hantar susu yg x beku pada taska pukul 7 pagi.. Balik kerja puk 6 ptg. Susu tu masih ade... Tak habis.
    2. Boleh ke saya bekukan.. Atau kena buang

    ReplyDelete
  78. Salam puan..susu yg diperah dan masih dalam suhu bilik dalam 2/3jam..boleh diminum terus oleh bayi atau perlu disuamkan dahulu?

    ReplyDelete