01 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013!

Assalamualaikum Semua....

Hari ni dah masuk tahun 2013...Kejap jer masa berlalu kan...makin hari makin bertambah umur kita... Jadi tahun baru ni apa kata kita berazam untuk meningkat kesihatan badan kita :) bukan untuk korang jer tau.. ni peringatan untuk diri saya juga :) 
Jadi untuk kita jadi sihat, usaha pun kena lebih..bukan hanya menjaga pemakanan yang sihat sahaja tau...tapi kena fokus mendapatkan nutrien yang betul & ubah gaya hidup kurang sihat kita...

Jom kita baca beberapa tips dari majalah i-Sihat Januari 2013 untuk membantu kita mencapai hidup sihat & mengekalkan kesegaran :-

Dapatkan majalah iSIHAT Januari 2013
1) Menggabungkan sumber protein sihat ke dalam diet anda

Protein penting bagi satu diet yang sihat. Pilih protein yang bukan dari sumber daging seperti soya. Protein soya membantu untuk membina dan mengekalkan sel-sel yang sihat seperti kulit, otot, tulang, rambut dan kuku. Beberapa kajian menunjukkan soya juga boleh mengurangkan kolestrol LDL.

2) Pemakanan yang lengkap 

Makan pelbagai jenis makanan dapat membekalkan tubuh anda dengan vitamin dan mineral yang mencukupi bagi mencapai kesihatan optimum, tetapi ia bukan mudah. Mengambil multivitamin mungkin merupakan salah satu cara terbaik bagi memastikan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat & bertenaga.

3) Mengamalkan Vitamin B dan C
Vitamin-vitamin B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga yang meningkatkan tahap tenaga tubuh. Pengambilan asis folik (Vitamin B9) yang mencukupi amat penting bagi menghalang urat saraf terganggu terutama bagi wanita yang merancang untuk hamil sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu kehamilan. Vitamin C pula penting dalam meningkatkan sistem pertahanan badan dan dalam tulang yang sihat bagi menyokong gigi, gusi serta seluruh badan.

4) Tambahkan resveratrol dan polyphenols
Kajian telah menemui yang penambahan resveratrol dan polyphenols ke dalam diet dapat membantu menggalakkan penuaan secara sihat dan meningkatkan tahap tenaga.

5) Aktifkan diri
Bersenam secara teratur penting merupakan sesuatu yang penting untuk mengekalkan kesihatan. Bersenam membantu mengekalkan berat dan mengelakkan daripada diserang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol tinggi dan penyakit jantung.

6) Belajar menguruskan tekanan dalam kehidupan anda
Pengurusan tekanan penting dalam memelihara tubuh dan otak yang sihat. Tekanan yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko insomnia, keletihan, kemurungan, penyakit jantung dan banyak lagi. Mengamalkan gaya hidup sihat, berfikiran positif dan mempunyai masa untuk berseronok dan berehat dapat membantu melegakan tekanan.

7) Elakkan merokok dan pengambilan alkohol berlebihan
Merokok dan alkohol boleh meningkatkan risoko penyakit kronik dan memepercepatkan proses penuaan. Jika anda mempunyai tabiat buruk ini, sekarang merupakan masa terbaik untuk meninggalkannya!

Jadi, apa kata mulakan tahun baru 2013 ni dengan nutrien yang betul dari SHAKLEE untuk kita hidup lebih sihat tanpa sebarang penyakit...

Kenapa saya percaya dengan nutrisi dari Shaklee?? 
*Shaklee telah berada di pasaran lebih 50tahun..
*Lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar.
*Lebih daripada 350 ujian dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya.
* Lebih 300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembagunan produk
* Bahan-bahan semulajadi yg paling halus dan tulen
* Disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan
*Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk diri kita, rumah & bumi
*Peneraju dalam pergerakan alam sekitar dgn mengamalkan perniagaan yg mesra alam

Jika anda berminat untuk mendapatkan nutrien dari Shaklee boleh lah menghubungi saya


No comments:

Post a Comment