09 January 2013

Jamin Kualiti Susu Ibu dengan Makanan Organik

Assalamualaikum Semua...

Kawan2 tahu tak apa itu makanan organik?

Perkataan organik sebenarnya bermaksud "dari tanah". Ringkasnya, ia membawa makna asli, semula jadi, tidak tercemar dan lain-lain, iaitu sifat-sifat produk pertanian yang digunakan setiap hari. Contoh-contoh produk organik termasuk sayur-sayuran, vitamin, ubat gigi, sabun, serbuk pencuci dan lain-lain lagi.

Makanan organik yang biasanya terdapat di pasaran adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Perbezaan utama antara makanan organik dan bukan organik adalah cara sayur-sayuran dan buah-buahan ini ditanam dan dipupuk. Sayur-sayuran dan buah-buahan organik adalah tanaman yang dipupuk secara semulajadi. Ini bermakna bahan yang tidak semulajadi seperti ubat serangga dan baja sintetik tidak digunakan dalam tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan organik. Oleh itu, sayur-sayuran dan buah buahan organik biasanya tidak mempunyai rupa yang secantik makanan yang bukan organik kerana makanan organik tidak mempunyai perlindungan dari faktor persekitaran, serangga dan haiwan-haiwan perosak.

Jom kita baca info apa kaitan makanan organik dengan kualiti susu ibu :)
Sumber Google
Sumber : pama.karangkraf.com

Betty Kamen, pakar pemakanan ada menyebut, “Take food as close to their natural state as possible”. Jadi, teliti apa yang anda makan! Ketahuilah, makanan organik berperanan besar dalam menghasilkan susu berkualiti untuk si manja selain membantu meningkatkan taraf kesihatan anda.

Memandangkan terlalu banyak pilihan makanan yang ada ditambah pula dengan kesibukan kerja, anda terleka dan seterusnya tidak peka dalam memilih makanan terbaik untuk diri dan keluarga. Ini terutamanya untuk si manja yang menerima khasiat susu ibu. Ketahuilah, anda seharusnya lebih berhati-hati dan perlu memilih makanan yang bersih dan tidak tercemar oleh racun serangga dan sebagainya.

Masa kini, masyarakat mula menyedari manfaat pemakanan organik. Jadi, mengapa harus anda berlengah lagi? Belum terlambat untuk anda memulakannya dari saat ini! Bukan diri anda sahaja yang akan memperoleh manfaat kebaikan pemakanan organik. Paling penting bayi anda akan merasai tempiasnya. 

Dengan memilih untuk bertukar selera kepada makanan yang dihasilkan tanpa penggunaan racun serangga, ia merupakan langkah awal bagi anda mengelakkan diri dan keluarga khususnya si manja daripada terdedah kepada pelbagai ancaman penyakit yang semakin “ganas” menyerang masyarakat moden yang tidak kisah dengan kualiti dan asal-usul makanan yang diambil setiap hari.

Sebagai makluman, buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam secara organik mengandungi anti-oksida pelawan kanser lebih tinggi berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran yang melalui kaedah penanaman menggunakan racun serangga. Buktinya, terdapat kajian yang mengesahkan racun serangga dan racun rumpai menghalang penghasilan bahan kimia yang bertindak sebagai pertahanan semula jadi tumbuh-tumbuhan. Sedangkan, bahan kimia itu sangat berguna untuk kesihatan manusia yang bakal memakannya.

Lebih daripada itu, buah-buahan dan sayur-sayuran organik mengandungi lebih banyak vitamin. Malangnya, melalui kaedah penanaman biasa, khasiat makanan tersebut berkurangan akibat penggunaan racun serangga, rumpai, kulat dan lain-lain. Sebahagian daripada sebabnya ialah baja yang digunakan menggalakkan tumbuh-tumbuhan membesar dengan cepat dan mengandungi banyak air. Dalam pada itu,US Environment Protection Agency (EPA) menganggarkan 60% racun rumpai, 90% racun kulat dan 30% racun serangga yang digunakan pada masa kini berpotensi besar menyebabkan kanser.

Jadi, dengan memilih makanan organik, ia dapat memastikan anda “memindahkan” bahan-bahan semula jadi dan sihat kepada bayi melalui susu ibu. Oleh sebab itu, gaya pemakanan anda penting dalam melindungi bayi daripada “gangguan” bahan kimia yang terkandung dalam susu ibu. Anda sebenarnya boleh mengelak sesetengah (bukan semua) bahan kimia dengan meneliti apa yang anda makan.

Walaupun masalah pencemaran alam dan makanan berterusan, penyusuan susu ibu tetap pilihan terbaik jika dibandingkan dengan memberi bayi anda susu formula. Bagi mengurangkan masalah kesihatan, anda seharusnya:

1. Tidak merokok atau berhenti merokok dan jauhkan diri daripada perokok di kawasan sekeliling anda.

2. Elak minuman beralkohol.

3. Hindari penggunaan racun serangga di rumah, laman atau sewaktu mengendalikan haiwan peliharaan.

4. Jauhi pendedahan kepada bahan-bahan seperti cat, gam bukan berasaskan air, asap petrol, minyak wangi dan pengilat kuku.

5. Elakkan pakaian yang perlu dicuci kering.

6. Makan makanan seimbang yang rendah lemak haiwan dan tinggi lemak produk tenusu.

7. Jika mampu, amalkan makanan yang ditanam secara organik.

8. Hindari makanan yang mengandungi tahap merkuri tinggi seperti tuna.
(Untuk keterangan lanjut layari web, www.nrdc.org/health/effects/mercury/index.asp.)

Penyerapan toksin amat mudah sekali melanda generasi muda. Memandangkan sistem nyah toksin bayi masih belum matang, jadi andalah yang sepatutnya memainkan peranan. Anda adalah tunggak utama pertahanan kesihatan bayi. Jadi, anda perlu mula mengamalkan pemakanan semula jadi!

Pencemaran dikumuhkan lebih perlahan di dalam susu ibu berbanding di dalam darah.

INFO

Jika kawan-kawan nak tahu, Shaklee adalah syarikat yang terawal memimpin aktiviti berkaitan alam sekitar. Setiap produk yang Shaklee keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Jadi, jika kawan-kawan memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara iaitu sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

No comments:

Post a Comment