20 September 2014

Suplemen Asas Kulit Cantik

Assalamuaalaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Hari-hari cuti ni nak cerita tentang kecantikan kulit :) Korang nak tahu tak apa vitamin asas untuk kecantikan kulit? Asasnya kalau nak kulit cantik rajinlah makan vitamin C, E & B Complex. Ni saya senaraikan antara kelebihan setiap keperluan vitamin tersebut. 

Suplemen Asas Kulit Cantik

  • Vitamin C

Berfungsi untuk membuat gam antara sel. Kehadiran vitamin ini memberikan kekenyalan dan memutihkan kulit. Vitamin ini adalah antara ramuan krim kosmestik pemutih kulit, tetapi vitamin ini diubah suai kerana sifat semula jadinya tidak stabil.
  • Vitamin E
Vitamin ini dan rakannya, C, adalah untuk mengekalkan keremajaan. Sumber vitamin ini adalah dari minyak sayur-sayuran, daging dan kekacang. Kita tidak perlu banyak, tetapi lebih banyak lebih baik kerana setakat ini belum ada kes toksik membabitkan vitamin ini. Kajian mendapati, vitamin ini baik untuk mencegah banyak penyakit, termasuk jantung dan kanser.
  • Vitamin B
Vitamin ini adalah untuk kecergasan serta baik untuk mereka yang hidup dalam tekanan yang memerlukan banyak tenaga. Sumber vitamin ini adalah dari haiwan seperti daging dan kekacang, tetapi sifat vitamin B yang tidak stabil, iaitu rosak apabila dimasak terlalu lama serta larut air menyebabkan vitamin ini hilang begitu saja. Sehubungan itu, cara masakan penting dan antara cara mengekalkan vitamin ini ialah dengan daging yang dipotong selepas dibasuh terus disimpan dalam peti ais dan apabila hendak dimasak, terus dimasukkan dalam periuk.Kekacang seperti kacang tanah dan dal direndam terlebih dulu antara tiga jam hingga semalaman kerana kekacang yang bertindak balas seperti hendak bercambah akan meningkatkan paras vitamin ini.

3 vitamin diatas adalah pilihan ramai yang ingin 
mendapatkan kulit cantik, berseri, anjal & kelihatan muda. 
Harga setiap vitamin yang mampu dimiliki dan terbukti berkesan 
menjadikan vitamin diatas begitu ramai peminat untuk cantikkan kulit.

Salah seorang pengguna 3 vitamin diatas yang mengamalkan secara konsisten. Korang boleh lihat sendiri kulitnya yang cantik berseri :)


Fungsi setiap vitamin Shaklee yang diambil oleh beliau :-


VITAMIN C
  • Membentuk kolagen
  • Mencantikkan kulit
  • Membantu melindungi kulit dari sinar matahari
  • Membantu kulit anjal & kelihatan lebih muda berseri

VITAMIN E
  • Melambatkan penuaan (awet muda)
  • Membantu keseimbangan hormone
  • Mengawal kadar minyak dalam liang kulit
  • Mengurangkan jeragat
  • Memulihkan kulit dgn cepat akibat selaran matahari (punca utama kedutan pada wajah) jika diambil bersama Vitamin C
  • Mencegah daripada keradangan yg menyebabkan kemerahan kulit
  • Vitamin E Shaklee mengandungi Selenium manakala kebanyakan Vitamin E di pasaran dijual berasingan dengan selenium
B COMPLEX
  • Menstabilkan hormon. Hormon yang tidak stabil menyebabkan jerawat mudah terhasil
  • B Complex (B for Beauty) menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. 
  • Vitamin B Complex juga penting mengekalkan tona kulit yang sihat & berseri. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan
  • Mencegah kelesuan

Jika rasa-rasa berminat nak mencuba vitamin-vitamin kecantikan ni, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan terbaik anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan & berikan service yang terbaik! 




19 September 2014

Jangan Malu Berdoa!

Assalamualaikum & Salam Pagi Jumaat Semua.....

Pagi ni sajer nak kongsi tazkirah... Orang kata kalau kita dapat ilmu yang baik elok dikongsikan bersama-sama.... Mudahan kita dapat manfaat dari perkongsian ini :)



Jangan kedekut berdoa. Ada satu doa yang Allah jamin akan maqbulkan bila-bila masa saja iaitu doa kepada seseorang tanpa orang itu mengetahui dia didoakan. Apabila kita mendoakan orang lain, akan hadir bersama seorang malaikat yang akan mendoakan DOA yang sama pula untuk kita. Syaratnya – JANGAN beritahu orang yang didoakan itu....

Teringat pesanan saya oleh Ustaz Don masa pergi Festival Makanan Halal kat Mines hari tu... Jika kita/family sakit atau sedang mengalami pembedahan selalulah menyebut perkataan "LailahaillAllah" seberapa banyak yang mungkin. Tak yah kira. Sebut jer, InsyaaAllah akan mengurangkan kesakitan dan mempermudahkan kesakitan tu...

Lagi satu Ustaz Don pesan, selepas solat jangan lupa zikir "Subhaanaallah, Alhamdulillah, Allahuakbar" sebanyak 33x setiap satu. Banyak kelebihannya... Amalan ni adalah amalan yang disukai Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w. Jom kit aamalkan bersama, mudahan kita tergolong di kalangan orang yang beriman & orang yang sentiasa dilindungi Allah selalu..
Amennnnn.........

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini!

18 September 2014

Sarapan Penting Untuk Tidak Gemuk

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Dah sarapan tak korang ni? Apa menu sarapan korang? Simple ker atau jenis yang heavy2? Tahu tak korang sarapan tu penting untuk badan kita bekerja sepanjang hari. Tapi ramai jer yang mengabaikan sarapan ni. Biar jer perut kosong. Sampai pukul 10 pagi baru nak makan, atau terus sekaligus makan tengah hari. Kadang2 ada yang terfikir sarapan ni tidak penting dan keliru. Ada beberapa alasan sebenarnya menyebabkan pentingnya sarapan waktu pagi untuk kesihatan berpanjangan.

Riset di Harvard University AS menunjukkan, 
orang yang teratur sarapan pagi 
memiliki kecenderungan hingga 50% 
tidak mengalami kegemukan apabila mereka menimbang berat mereka, berbanding mereka yang melewatkan sarapan!



Kat bawah ni sedikit penerangan Mengapa sarapan memberi kebaikan bagi tubuh serta tips bagaimana menjadikannya sebagai gaya hidup :-

1) Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan.

Menunda sarapan membuat anda sulit memperoleh nutrisi dan vitamin yang direkomendasikan. Menu sarapan seperti sereal dengan susu atau yogurt rendah lemak plus granula akan memberi cukup kalsium dan serat.

2) Sarapan boleh menurunkan berat badan.

Ketika anda beraktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat. Menurut ahli nutrisi penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien. Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil. Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik. Ini juga menyebabkan Anda merasa lapar pada jam 11-an. Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat anda tidak cepat lapar. 

3) Sarapan tingkatkan kemampuan otak. 

Riset para ahli dari Universitas Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar energi - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya. Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan melayang-layang

4) Perlindungan terhadap sakit jantung.

Riset menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal plus susu di pagi hari. Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%. 

Tips Sarapan Sihat




1) Sarapan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya 5 gram serat, satu hidangan kalsium (setara dengan segelas susu atau yogurt) plus protein dan lemak. Elakkan pengambilan gula hingga 6 gram (satu sudu setara 4 gram).

2) Jika tak ada waktu sarapan di rumah, Anda boleh membawa roti isi dan susu untuk dinikmati semasa perjalanan atau pun setelah sampai di tempat kerja.

3) Telur dadar bahan makanan yang relatif praktis dan mudah disajikan. Kandungan nutrisi dalam telur iaitu vitamin A, B2, B6, B12, zat besi, kalium, kalsium, dan zat lain, sangat diperlukan tubuh kita.

4) Untuk mempelbagaikan sarapan, kita boleh mengambil buah kesukaan untuk keperluan vitamin bagi tubuh. Jika ada waktu di malam hari, blenderlah buah dicampur yogurt atau susu dan simpanlah di peti ais untuk diambil pagi harinya.

5) Bila Anda selalu tidak merasa lapar saat pagi hari, Zuckerbrot menyarankan agar anda menghentikan makan setelah pukul 8 malam hari. Dalam dua atau tiga jam ke depan, jam biologis nafsu makan anda akan berubah. Setiap bangun pagi hari, anda akan merasa lapar. (kompascom)


Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini!

15 September 2014

Anak Bijak & Sihat

Assalamualaikum  Salam Sejahtera Semua....

Hari ini nak cerita tentang my little princess :)

Alhamdulillah, anak kami Irdina Nor Syahmi makin aktif dan semakin bijak berkata-kata sekarang... Happy saya & suami tengok...


Irdina jarang sakit sebenarnya, mungkin sebab dia menyusu badan sehingga umur hampir 3 tahun. Misi saya nak menyusukan dia sehingga 2 tahun berjaya. Syukur sangat. Antara penyebab2 berjaya selain berdoa & menjaga pemakanan saya amalkan rutin mengepam mengikut waktu dan ambil suplemen shaklee... Yer, saya memang jenis kena ambil suplemen baru susu semakin ok. Ada orang kata tak makan suplemen pun susu banyak gak. Yerlah ikut badan masing2 kan. Ada orang memerlukan. Ada orang tak makan apa2 pun susu ok. Tapi bagi saya suplemen ni penting sebenarnya, lagi2 ibu yang bekerjaya seperti saya. Makanan yang kita ambil setiap hari tak tahu cukup zat ker, diserap khasiat sepenuhnya ker tak. Tu sebab kadang2 kita akan rasa badan kita cepat letih dan mudah dah naik marah dengan anak2.. Sian anak2 kena jadi mangsa sebab kita letihkan. Badan kita dah ambil tenaga untuk menyusukan anak kita. Segala zat & sumber kalsium protein bagai dah disalurkan pada anak kita. Jadi badan kita dah kekurangan zat. Sebab tulah mudah jer nak marah... nak mengamuk... tension kan. Tu bagi pendapat saya lah. Lain orang lain pendapatkan :)

Alhamdulillah banyak kesan positif pada irdina & diri saya sendiri... Bukan hanya impian nak susukan anak sahaja saya dapat, kesihatan yang lebih baik & kecantikan dalaman serta luaran juga diperolehi dengan mengenali Shaklee....

Jika ada ibu-ibu yang menyusu inginkankan nasihat atau tips berguna bagaimana saya berjaya mencapai misi menyusukan anak saya sehingga 3tahun. Bolehlah menghubungi saya melalui email atau whatsapp untuk saya kongsikan pengalaman saya sendiri dengan anda. Saya sangat teruja & happy jika anda ingin beri susu ibu untuk anak-anak anda. Itulah yang terbaik seperti tertulis dalam Al-Quran. (Bagi yang beragama Islam)

Ummi Maisaharah
018-2465122
maisaharah@gmail.com
ummirdinacong.blogspot.com


14 September 2014

Kelebihan Vitamin C

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….


Hari ini saya nak cerita tentang vitamin C yang selalu orang duk ambil untuk pertahanan badan. Semua orang tahu vitamin C sangat bagus diambil. Tetapi setakat mana anda tahu tentang vitamin C ni... Dibawah ini sedikit info tentang Vitamin C yang patut anda tahu :)

Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi oleh badan dalam pembentukan sel darah merah. Vitamin C juga berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang & dapat dinyahkan drpd badan dengan lebih mudah. 

Sangat bagus diamalkan selalu terutama bagi mereka yang MEROKOK kerana dapat membersihkan darah dan elakkan buah pinggang daripada mengalami kerosakan yang teruk.. So, perokok-perokok diluar sana jangan lupa ambil vitamin C yer!

Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh. Ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi. Maka apabila cuaca panas, Vitamin C dalam badan yang sedia ada akan musnah. 

Apakah tanda kekurangan Vitamin C yang sangat ketara? 

  • Mudah tertekan (stress) 
  • Gigi & Anamel yang lemah 
  • Kurang daya tahan tubuh 
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik 
  • Tapak kaki keras dan kasar 
  • Luka yang lambat baik 
  • Mudah selsema/ bersin 
  • Wajah nampak tua berbanding umur (Vit-C penting untuk pembentukan Kolagen) 
  • Mudah dapat ulcer 
  • Mudah demam 
  • Penyakit Skurvi/ Gusi berdarah setiap kali gosok gigi



Apa yang membezakan Vitamin C jenama SHAKLEE dengan yang lain-lain?

Shaklee Sustained Release Vita-C Plus berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. 

Sustained Release Vita-C Plus mengandungi: 

  • Kandungan Vitamin C yang tinggi. 
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam. 
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah
Jika anda berminat nak mencuba Vitamin C ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!












13 September 2014

Awet Muda Untuk Papa & Mama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Nak bagi tips awet muda untuk ibu bapa :)


Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini!

12 September 2014

Minyak Ikan Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Minyak ikan mampu turunkan berat badan?? 
Senang bukan?? Ambil omega nak otak bijak & sihatkan jantung dapat kelebihan lain yang ramai orang suka....... KURUS!



Nak info lanjut mengenai Omega Guard boleh baca disini

Jika anda berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!