12 March 2014

Masker ESP Memang BEST!

Assalamualaikum & Salam Petang Semua...

Nak kongsi satu rahsia ni :) Tapi bukan rahsia lagi sebab ramai yang dah guna pun cara ni dan sangat berkesan. Kalau anda nak tahu suplemen Shaklee ni pelbagai cara boleh amalkan, sebab ia adalah semulajadi dan selamat digunakan.

ESP bukan untuk diminum jer tau boleh buat masker... Kalau ada peruntukan boleh tambah sebiji vitamin E campur dengan sesudu ESP... Ni antara testimonial anak shaklee yang buat masker ESP... Alhamdulillah dengan izin dariNya juga.. Kita hanya berusaha kan... Orang kata tak cuba tak tahu kesannya.


Anda boleh juga mencuba ramuan dibawah ini untuk membuat masker ESP :)



Antara customer yang telah mengamalkan masker ESP yang berpuas hati....


Jika anda juga ingin bermasker dengan ESP.. Ingin cantik seperti mereka... Apa lagi jom order ESP sementara promosi masih ada... Nanti dah kehabisan stok, jangan menyesal tau :)

Berminat nak mencuba?? Boleh menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa-Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


11 March 2014

Caffein Salah Satu Punca Faktor Penyebab Susu Badan Berkurangan

Assalamualaikum & Salam Pagi Semua...

Pagi ni macamana keadaan anda semua? Sihat ker? Jika sihat, alhamdulillah syukur. Jadi, mari kita panjatkan doa kesyukuran pada Ilahi kerana diberi peluang untuk kita bernafas lagi di muka bumi ini. Saya ada jumpa artikel berkenaan sessi soal jawab beberapa faktor penyebab susu badan tidak mencukupi. Semoga info ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi dan ibu-ibu baru yang ingin menambah ilmu :)


SOALAN

SAYA ingin bertanya, adakah bekalan susu badan tidak mencukupi disebabkan oleh faktor keturunan? Ibu saya pernah bercerita, beliau hanya berkesempatan memberikan susu badan kepada anak-anaknya dalam tempoh berpantang sahaja. Masalah yang sama turut dialami oleh kedua-dua kakak saya.

- Melati, Kajang Selangor.

JAWAPAN

Kebanyakan wanita merasa terganggu dan risau bila mengenangkan kisah dan cerita ibu mereka yang menghadapi masalah bersalin dan penyusuan. Sebenarnya, kemungkinan anda menghadapi masalah fizikal yang akan menghalang dari menyusukan sendiri bayi anda amatlah kecil. Jarang sekali berlaku seseorang ibu itu kekurangan susu secara semula jadi. Kebanyakan masalah yang wujud pada awal-awal minggu penyusuan adalah sementara. Masalah ini akan pulih apabila aktiviti penyusuan menjadi stabil. Bekalan susu yang tidak mencukupi selalunya boleh disebabkan oleh banyak faktor.

Anda harus menggalakkan bayi anda menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan yang selesa. Bekalan susu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan, mengehadkan masa penyusuan dan kedudukan penyusuan yang tidak betul. Bayi yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali sehari. Tetapi kebanyakan bayi akan menyusu lebih daripada itu. Semakin kerap bayi menyusu semakin cepat payu dara anda 'kosong' dan semakin banyaklah susu dihasilkan. Kebanyakan bayi akan mengambil masa selama 30 hingga 40 minit untuk setiap penyusuan.

Biarkan bayi anda yang mengawal penyusuan sehingga dia sendiri melepaskan puting susu itu setelah puas dan bersedia.

Beberapa faktor menyebabkan susu tidak mencukupi seperti merokok, mengambil kafein berlebihan (mengambil lebih daripada lima cawan kopi sehari), penggunaan ubat penenang, antihistamina atau pil perancang keluarga.

Bayi juga boleh menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan susu. Mungkin bayi menghadapi masalah menghisap susu ibunya (biasanya ia bersifat sementara).

© Utusan Melayu (M) Bhd

10 March 2014

Minuman 3-in-1 Membahayakan!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Anda suka minum minuman 3 in 1 tak? Anda tahu tak apa risiko yang membahayakan mengambil minuman 3 in 1 ni? Antara salah satunya ialah dalam paket minuman mengandungi gula yang berlebihan selain digembar gemburkan mampu menambah tenaga.


Selain kandungan gula yang amat tinggi lebih dari 3 sudu teh, kebanyakkan minuman 3 in 1 menggunakan krimer susu bukan bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit. Krimer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar. Jika anda menghidapi penyakit jantung atau diabetes yang suka meminum minuman 3 in 1 ni secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit anda menjadi lebih serius.

Gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan dengan jadual kerja harian tambahan pula kosnya yang murah antara 50sen ke RM1 bagi setiap paket menyebabkan minuman 3 in 1 sangat popular kerana mudah dibancuh walaupun ditempat kerja.

Pengambilan minuman ini bukanlah tak dibenarkan, tetapi perlu diambil secara bersederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain lebih-lebih lagi sesiapa yang menghidapi penyakit kencing manis/diabetes dan penyakit jantung. 

"Perut besar yang selalu dipenuhi makanan itu adalah rumah penyakit, sedangkan menjaga diri sebelum sakit adalah pengubatan. Jika dihinggapi penyakit sukar untuk diubati dan memakan masa untuk sembuh. Oleh itu bersederhanalah dalam makan dan minum"



INFO KANDUNGAN MINUMAN 3 IN 1
  • Mengandungi lebih 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
  • Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
  • Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
  • Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
  • Setiap pek turut mengandungi sehingga 200 kalori.
  • Jumlah kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
  • Jika diambil 3 paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
  • Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperolehi. 
Dari minum minuman 3 in 1 baiklah saya minum ESP ker, Performance Orange ker, atau Collagen kan... Selamat dan memberi tenaga sepanjang hari. Siapa yang dah minum jer tahu kebenarannya. Tak perlu lagi risau risiko membahayakan diri :) Bulan ni promosi ESP. Jadi rugi tak ambil peluang untuk membeli borong 6 tin sekaligus.
BELI 6 TIN PERCUMA 1 TIN SEHINGGA 31 MAC 2014

Kenapa Badan Memerlukan Tambahan Protein?

Assalamualaikum & Salam Petang Isnin Semua...

Kenapa badan kita perlu ambil tambahan protein yer? Nak tahu kenapa... Jom kita baca senarai  dibawah ini :-
  • Protein bersumberkan binatang seperti daging lembu, ayam, kambing, telur dan hasil tenusu kaya dengan kolesterol dan lemak yang boleh membahayakan kesihatan serta meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit seperti jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi, strok dan lain-lain.
  • Cara pemprosesan seperti pemanasan, pembekuan, penambahan bahan-bahan kimia seperti asid, bes dan garam, proses dehidrat, penyimpanan serta pengangkutan menyebabkan kualiti protein terjejas.
  • Protein segar umpamanya putih telur, daging dan sebagainya yang dimasak dengan apa cara sekalipun akan menyebabkan kerosakan pada struktur protein dipanggil 'ternyahasil'.
  • Ikan adalah sumber protein yang baik, namun protein yang terkandung dalamnya akan berkurangan setelah disejukbekukan. Ikan juga tercemar dengan formaldehid iaitu kimia pengawet yang membahayakan kesihatan.
  • Kebanyakkan kita fikir susu adalah sumber protein terbaik. Susu mungkin mempunyai protein yang seimbang dan baik secara biologi tetapi susu hanya mempunyai 3.5% protein. Terlalu sedikit. Segelas susu hanya mempunyai 8 gm protein. Jika keperluan protein kita 50 gm, berapa banyak gelas nak minum. Lagipun 35-50% kalori dari susu adalah lemak. Bergantung jug pada jenis susu samada rendah lemak atau penuh lemak(berkrim). Lagipun minuman susu yang ditambah gula menambahkan kalori yang tesembunyi.
  • Tabiat makan di luar seperti menikmati makanan segera seperti ayam goreng, burger atau hidangan berasaskan protein yang lain kaya dengan lemak dan kolesterol, bergantung pada cara masakan diamalkan.
Banyaknya sebab kenapa badan kita memerlukan pengambilan tambahan protein. Nak tahu PROTEIN pilihan saya? Semestinya protein pilihan saya minuman ESP!


Apa nak tunggu lagi, jangan teragak-agak untuk dapatkan tambahan protein ni iaitu Energizing Soy Protein (ESP). Jom ambil peluang bulan promosi ESP memulakan kehidupan dengan mengambil tambahan protein yang terbaik!


Jika anda berminat nak mencuba minuman protein terbaik ini, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa-Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


07 March 2014

Kenapa protein perlu bagi Ibu Hamil & Ibu Menyusu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Sempena bulan promosi ESP ni . Saya nak cerita kepentingan protein pada ibu hamil & ibu menyusu. Kenapa PROTEIN perlu bagi ibu hamil & ibu menyusu? Inilah jawapannya :-

  • Ibu Hamil - Protein diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan tisu dan otot bayi anda. Sel terbina dari protien. Tanpa protein, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut. Jelasnya, kehamilan memerlukan kehadiran protein untuk bina sel.
  • Ibu Menyusu - Protein diperlukan untuk kebaikan ibu & bayi. Komposisi utama dalam susu ibu adalah protein diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain. Semasa menyusu keperluan protien meningkat. Jika kurang mengambil makanan daripada jenis protien, ini akan menjejaskan penghasilan susu ibu. Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh.
Protien boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil suplemen, pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang. 


Shaklee ada produk suplemen protein yang halal dan selamat non-GMO [menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses].

Jika anda berminat nak mencuba minuman protein yang sihat & sedap ini, bolehlah menghubungi saya untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa-Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


06 March 2014

Pesanan LUQMAN AL-HAKIM kepada anak-anaknya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Anda dah makan tengah hari? Petang ni saya nak kongsi antara pesanan Luqman Al-Hakim pada anak-anaknya untuk pegangangan hidup. Semoga pesanan ini kita boleh aplikasikan pada anak-anak kita :) Sama-sama menjadi insan yang lebih sempurna... InsyaaAllah.


25 PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA


01- Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam layari lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA . ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02- Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH . Orang yang insaf akan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan ALLAH juga.

03- Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH , maka dia tawwaduk kepada ALLAH , dia akan dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04- Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu bagaikan baja bagi tanam-tanaman.

05- Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06- Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07- Hai anakkku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah , memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08- Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat,tetapi akan lebih berat daripada semua itu bilamana engkau mempunyai tetangga ( jiran ) yang jahat.

09- Hai anakku, janganlah engkau mengirim orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang cerdik , sebaiknya dirimu saja yang layak menjadi utusan.

10- Jauhilah dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan bagaikan memakan daging burung padahal berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11- Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12- Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13- Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14- Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang bertakwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka .

15- Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih ia mahu menambahnya.

16- Hai anakku, bilamasa engkau mahu mencari kawan sejati , maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17- Selalulah baik tuturkata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.


18- Hai anakku, bila engkau berteman tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19- Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau menghadap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20- Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu hatimu selalu disusuhkan oleh dunia sahaja, kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21- Hai anakku, usahakanlah mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalu berbicara usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22- Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalu bukan sesuatu yang mengelikan , janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidal ada guna bagimu, janganlah sia-siakan hartamu.

23- Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun , dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya daripada berkata kotor tentu akan menyesal.

24- Hai anakku, bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikan kata nasihatnya kerana kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya. Hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.


25- Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

05 March 2014

Nak Jadi Ahli Shaklee FREE??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua :)

Saya nak umumkan khabar berita gembira sempena PROMOSI ESP pada bulan Mac....
  • Siapa yang nak jadi ahli Shaklee PERCUMA??
  • Siapa nak PERCUMA 1 TIN ESP??
  • Siapa nak dapat duit RM30++


Anda nak ketiga-tiga item diatas?? Senang jerrr... Jom pakat dengan kawan-kawan, pakat dengan adik beradik, pakat dengan family saudara mara, BELI 6 TIN ESP. Secara automatik ANDA boleh :-
  • Dapat 1 tin ESP PERCUMA
  • Dapat KEAHLIAN SHAKLEE secara PERCUMA
  • Dapat Cash Reward dari Shaklee PERCUMA

Semuanya PERCUMA!!! BEST kan.... Jika anda memang telah mencuba ESP atau sedang fikir-fikirkan nak mencuba ESP.. Masa ni lah masa yang sesuai untuk anda beli secara borong terus. Nak tahu kelebihan ESP klik di sini

Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, rendah kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Jika anda berminat nak mengetahui bagaimana ingin menjadi ahli shaklee secara PERCUMA hanya dengan membeli ESP, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk mengetahui info selanjutnya... In ShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!