24 July 2012

Berpuasa Dengan Shaklee!

Assalammualaikum & Selamat Pagi semua...

Hari ni 1st day puasa di pejabat :) camner kawan-kawan semua...masih bertenaga lagi? Alhamdulillah saya masih segar lagi...Nak tahu rahsia saya??? Saya dan husband bersahur dengan minum ESP + MealShakes Shaklee. Saya akan buatkan 1 cawan soya+1 sudu ESP+1 sudu Mealshakes untuk husband :) coz husband tak suka minum susu plain dutch lady... Untuk saya pula 1 cwn susu dutch lady+1sudu ESP+1 sudu Mealshakes... Kemudian, saya shake... ermm shedapnya!!

ESP (850gm) dan Meal Shakes (544gm)

Ni saya kongsi serba sedikit tentang kelebihan ESP & Meal Shakes :)


ESP (Energizing Soy Protein-Vanilla)
*Antara Product TerLaRis di Shaklee*

Nak tahu keistimewaan dan fakta tentang ESP?

  • Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yg lengkap berasaskan tumbuhan yg secara semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dgn asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. 
  • Tumbuhan protein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram non-GMO Protein Soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan yg tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. 
  • Non-GMO (tidak diubah suai secara genetik) protein berasaskan tumbuhan yg memastikan kacang soya Shaklee bebas drpd kacang soya yg diubah suai secara ginetik. 
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot. 
  • Glisemik rendah dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal. 
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kalesterol normal. 
  • Energizing Soy Protein mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus. 
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones. 
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien. 

SIAPA YG PERLUKAN ESP?
  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management) 
  • Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc) 
  • Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil 
  • Ibu yang menyusu: Membantu menggalakkan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat 
  • Wanita: Keanjalan kulit.. Awet muda gitu..… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut). 

Meal Shake 
*Makanan Segera, Tanpa Curiga*

Nak tahu keistimewaan dan fakta tentang Meal Shakes?
  • Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. 
  • Meal Shakes Shaklee menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. 
  • Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 
  • Meal Shakes Shaklee merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. 
  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian. 
  • Meal Shakes Shaklee membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. 
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein 
  • Rasanya French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dibancuh dengan susu atau minuman kegemaran lain. 

SIAPA YG SESUAI AMBIL MEAL SHAKES? 
  • Kanak-kanak 
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan 
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang 
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil 
  • Warga tua 
  • Boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent. 
  • Sesiapa yg mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. 
Jika anda ingin mendapatkan produk ESP dan Mealshake ni anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui info lebih lanjut lagi... Saya sudi membantu anda!







29 May 2012

Hilangkan Rasa Kekok Menyusukan Si Manja

Hari ni baca paper Berita Harian..tersuka lah nk kongsi tajuk kat ruangan Ratu :) 
"Buang Rasa Kekok"...


1st aku nk cerita kat ibu2 yang 1st time jadi ibu...mesti malu kan nk susukan baby..tp kita pikirkan jer utk kebaikan si manja tersayang kita..mesti xderlah lah perasaan malu tu...bila kita susukan dia..kita akan rasa perasaan yg lain dari yg lain..org lain yg xsusukan baby dia xkan rasa perasaan tu :) try lah susukan baby kita..kita pasti suka...



Apa perlu kita lakukan Hari Pertama menyusukan si manja

  • Belajar yakinkan diri sendiri
  • Perlu berlatih sebelum anda dapat menjadikan penyusuan ibu sebagai satu proses semulajadi
  • Belajar untuk relaks (biasanya susu ibu akan ambil masa 3-4 hari untuk keluar dgn lancar
  • Belajar bersabar
  • Tidak boleh tertekan & menunggu susu utk kluar, kerana tekanan yg kita alami akan menyebabkan melambatkan pengeluaran susu.
Cadangan Praktikal membantu untuk merasa rehat menyusukan si manja
  • Cari tempat, sudut atau bilik sunyi utk elak gangguan
  • Pada peringkat awal, mintalah bantuan suami ker, ibu ker, ibu mertua ker, atau saudara mara terdekat utk uruskan hal lain ketika anda susukan baby
  • Tarik nafas panjang utk bantu merasa tenang ketika susukan baby
  • Minum air masak utk tambah susu dalam badan 
  • Duduk atas kerusi yg selesa dgn sokongan belakang & lengan yang baik
  • Dengar muzik perlahan
  • Pakai baju longgar
  • Renung, peluk dan usap bayi dgn tangan, mata & suara
  • Sendawakan baby beberapa kali selepas susukan baby utk keluarkan angin berlebihan

09 March 2012

Peranan Suami & Isteri Dalam Perkahwinan

Salam..dh lama xtulis kat blog ni..ni sajer nk kongsi apa yg didengar ceramah kat opis td...utk rujukan aku gak :) Tajuk crmah mmg best "Aku Nikah Akan Dikau"..cramah td disampaikan oleh pensyarah dari Kolej Matrikulasi Selangor, Ustaz Muhamad Sayuti Bin Ishak.. Alhamdulillah ramai org yg dengar crmah tu smpi ada yg berdiri2... Antara isi2 pntg yg sempat aku salin :)

Tugas & Tanggung jawab Suami

  • pemimpin/pelindung keluarga
  • pembimbing/pendidik
  • memaafkan
  • teman setia
  • menyintai isteri
  • hormati isteri
  • penuh perhatian
  • tidak cemburu
  • berbelanja sesuai dengan pendapatan
  • pendiam/kurang bercakap
  • menyimpan
  • tidak cepat marah
  • tidak terpengaruh
  • tidak mengadu masalah pada orang
  • tanggungjawab terhadap ibubapa/mertua
  • suka tinggal di rumah
  • adil
Peranan & Tanggung jawab Isteri

  • taat pada suami
  • layanan baik / saling menghormati
  • takluki hati suami
  • kelihatan menarik di rumah
  • terima kepimpinan suami
  • membantu suami
  • menghargai suami
  • menjaga akhlak
  • sabar sopan & bijaksana
  • rela susah
  • menjaga & mendidik anak
  • tidak boros
  • fahami status kewangan suami
yg lain2 xsmpat nk salin...hihi...ok lah klu ada yg best cramah yg aku dengar akan di update jika diri ini "rajin" nk taip..

06 January 2012

Happy 1st Birthday My Little Princess


Hari ni genap anak Ibu & Ayah setahun...Alhamdulillah rezki ank ibu minum susu ngan ibu masih berterusan...ibu rasa masih teringat lg kenangan melahirkan kamu Irdina Nor Syahmi :) pada jam 10.56 malam...paling membanggakan ibu anak ibu sudah boleh berjalan wlupun belum setahun...kira2 lg 2 week nk setahun dh pandai berjalan :) Alhamdulillah..mudahan ank ibu & ayah jadi anak yg solehah, cantik, bijak pandai n dikurniakan akal fikiran yg cerdas utk berbakti di bumi Allah bile besar nnti (ayat dari kawanku Azyyati Osman) xlupa gak ibu doakan moga Irdina sihat sentiasa supaya dpt jaga ibu,ayah&adik2 bila ibu &ayah dh tua...adik2 tu xtahu bila muncul...tg irdina besar ckt lg yer sayang...dh leh bantu ibu kat dapur..ibu & ayah bg kawan :) 


Ibu & Ayah Sayang sgt2 kat kamu

Ni video Khas buat kamu :) kamu suka upin ipin kan...


06 October 2011

9 moNtH...

Wahhh..pejam celik..pejam celik irdina dh 9 bulan..Alhamdulillah ibu masih menyusukan ank ibu ni...kejap betul masa berlalu..rasanya bau lg kuar hospital lahirkan dia :) hihi..skrg makin aktif Irdina Nor Syahmi..asyik nk berdiri jer..memanjat sana sini..pastu suka sgt nk tonggeng2 kan bontot dia nk bangun :)
Irdina ngan ibu kat opis :)
Antara aktiviti2 Irdina :)
Raya pertama Irdina
Bergambar ngan Ayah & Ibu utk 1st time raya

posing cikit ;p

Cantik x gaun Irdina..ibu belikan ni :)

Ayah kena cubit ngan Irdina..hahaha..padan muka..

23 August 2011

Sajer suka-suka

Semalam baca majalah Pa& Ma On9..so ternampak ada "Peraduan Bayi Bulan Ini". So sajer lah menggatal masukkan picture Irdina :) hihi...tarikh last 31 Ogos 2011..nk habis dh timenya...so saper nk tlg undi leh tgk kat link ni
http://www.majalahpama.com.my/extra/info.asp?sec=undibb

undilah untuk IRDINA NOR SYAHMI BINTI MOHD SYAHIR AKMAL :):)

di kesempatan ni nk wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kat smua kawan2 n saper lah yg baca blog ni:) moga raya kali ni lebih bermakna n ceria...insyaAllah...mudahan Allah permudahkan segala rancangan kita....

03 August 2011

Salam Ramadhan Untuk Ibu2 Menyusu :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Rasanya belum terlambat lagi kot nk ucapkan selamat berpuasa pada semua umat islam tak kira dimana saja anda berada :) Alhamdulillah hari ini dh masuk 3 hari kita berpuasa..macam mana erkk pengalaman ibu-ibu lain yang menyusu bayi mereka...saya tanya kerana saya still susukan anak saya Irdina Nor Syahmi.. So far, Alhamdulillah.... susu makin banyak semenjak saya minum ESP...apa erkk ESP tu? ada orang yang tahu apa tu ESP...ESP adalah sejenis makanan tambahan yang ditambah dalam minuman kegemaran kita dari produk shaklee.. Sedap tau ESP ni :) hihi.. kalau nak tahu rasa dia kena lah test...

Ni lah dia ESP tu
Pastu saya makan vitamin alfafa sekali.. yang ini pun bagus gak untak tambah susu & pelawasan kita tau :) Semenjak ambik suplemen ni sistem perkumuhan saya bertambah maju..hihi...banyak lagi lah kelebihan lain yang kita boleh dapat...sajer lah nak sharing ngan kawan-kawan semua...

Ni lah Alfafa tu

Ok lah kawan2..tu jer lah nk kongsi serba cikit pasal makanan tambahan yang saya ambil sempena bulan puasa ini.. Selain itu, saya juga ada mengambil vitamin B Complex, Vitalea & Vitamin C. Alhamdulillah badan pun bertenaga walupun saya tido lewat & perlu bangun awal pagi untuk bersahur . Ohh yer lupa nak bagitahu kawan saya pesan jangan lupa gandakan waktu pam.. Dulu saya ni malas cikit nak pam.. Semenjak susu merudum ari tu saya insaf tau dan menambah bilangan waktu pam.. Ok, ini lah jadual pam yang kawan saya bagi..kalau kawan-kawan nak follow.. ok jer :) Untuk anak kesayangan kita juga kan....

        1) 5am -6am
        2) 9am-10am
        3) 1pm-2pm
        4) 4pm-5pm
        5) 8pm-9pm
        6) 11pm-12am
        7) 2am-3am

Jadual yang No7 jer saya tak dapat nak ikut lagi ('',) liat cikit nak bgn.. Lagi satu saya ni penakut nak bangun pagi2..hihi.. InsyaaAllah saya akn cuba buat gak demi anak terchinta..yang paling penting kita jangan stress & perlu tenangkan diri ok.. Last sekali jangan lupa berdoa & bertawakal kepada Allah.. Dia lah pemberi segalanya......