01 October 2013

Nak Cantik Macam Ibu lah...

Assalamualaikum Semua...

Sesiapa yang ada anak-anak perempuan, biasa tak dengar anak-anak kita cakap "Ibu, saya nak cantik macam ibulah"... "Ibu, nak pakai lipstick macam ibu"........ Mesti ada perkataan MACAM IBU.. betul tak? Dari situ kita boleh tahu anak-anak kita belajar dari melihat alam sekeliling dia.. Kita sebagai ibu bapa sudah tentu akan menjadi rol model bagi mereka. Jadi, kita sebagai ibu bapa perlu menjaga perilaku, kecantikan diri & kesihatan diri kita agar anak-anak kita juga akan mengikuti jejak langkah yang baik ni...

Kebiasaan anak perempuan cenderung menjadikan ibu sebagai bahan rujukan dan ikutan dari segi teknik mengadun warna untuk solekan, kecantikan & penampilan diri :) Kecenderungan ini, didedahkan oleh seorang penyelidik dalam kajian yang dijalankan jenama kosmetik Lancome, dipetik dari sebuah laman web femalefirst.co.uk. Kata penyelidik itu, pengaruh ibu sangat besar dalam membentuk imej dan gaya anak perempuannya termasuk memperoleh panduan, tips atau tabiat mereka selama ini.

"Ibu akan sentiasa menjadi orang yang paling boleh dipercayai. Bentuk badan dan kulit lebih kurang sama antara ibu dengan anak, menjadikan ibu adalah orang paling sesuai untuk bercakap mengenai kecantikan", kata jurucakap Lancome.

Hubungan antara ibu dengan anak perempuan juga sangat mengujakan, apabila mereka turut menjadikan ibu mereka sebagai rujukan bagaimana wajah mereka apabila meningkat usia.

"Bagi kami, penemuan ini sangat menarik kerana sudah lama saintis menumpukan kajian kaitan antara peranan kajian terhadap keremajaan dan kecantikan", katanya.

Kajian itu turut mendapati wanita percaya pendapat ibu mereka lebih daripada seorang pakar gaya. 1/3 daripada 2,000 wanita ditinjau juga mengakui mereka bergantung kepada ibu untuk mendapatkan nasihat.

Antara Tips Paling Popular Diambil Anak Perempuan Daripada Ibu Mereka

1) Bersihkan wajah sebelum tidur
2) Menyapu pelembap pada wajah dan leher
3) Memakai coli sesuai dan betul
4) Tidak memantis kening
5) Kurang adalah kelebihan atau Less Is More
6) Sentiasa memakai pelindung matahari
7) Tidak mencukur kaki paha
8) Meratakan bedak asas dengan sempurna sekitar rahang
9) Tidak melakukan tatu
10) Tidak mencuci rambut setiap hari
11) Duduk tegak untuk mengelakkan bongkok
12) Tidak memakai coli hitam apabila memakai baju putih
13) Elak berada di bawah cahaya matahari 
14) Membeli krim 
15) Gosok baju 
16) Jangan guna sabun badan untuk membersihkan wajah
17) Tekap gincu pada tisu supaya ia tahan lebih lama dibibir
18) Sentiasa membawa bersama sapu tangan/tisu
19) Elak mewarnakan rambut dengan warna lebih terang daripada warna kening
20) Sekiranya suka berbelanja besa, membeli kasut dan beg, pilih gaya jenis klasik
21) Tumpukan solekan pada mata atau bibir, bukannya kedua-duanya bahagian
22) Sekiranya mencuci rambut, pastikan bilasan terakhir menggunakan air sejuk
23) Keringkan muka dengan menepuk lembut, digosok dengan tuala

Ibu adalah memainkan peranan penting dalam penjagaan kecantikan dan kesempurnaan anak perempuan ('',) Jadi ibu-ibu semua jagalah pemakanan & kesihatan anda agar nampak cantik dimata anak-anak kita... Mereka menganggap ibu mereka adalah rujukan yang terbaik sekali untuk mereka...

Edit Sumber : Surat Khabar Berita Harian 20 Ogos 2013| Ruangan Famili

Jika anda ingin kelihatan cantik di mata anak-anak boleh lah mencuba kolagen dari Shaklee. Bulan Oktober ni ada promosi yang sangat hebat.. Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan Collagen Shaklee ni dengan harga promosi.






Ummi Syahmi
Shaklee Independent Distributor (ID Shaklee : 858047)
Call/Sms/WhatsApp : 018-2465122
Email : maisaharah@gmail.com

No comments:

Post a Comment