12 June 2020

IKHTIAR GASTRIK DENGAN PRODUK ORGANIK

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera Semua,

Petang tadi ada lah ahli group kami tanya soalan nak bagi customer cuba produk Forever yang mana untuk penyakit pelik dia. Nasib Kak Ru & Kak Nora ada pengalaman pernah sakit pelik tu. 

Nak tahu ker apa penyakit pelik tu?
Jom baca chating kami dalam group 😅

👩Sal : Slm smua.. nak tnya.. ada customer ni.. sakit misteri.. bila mkn, akan ada makanan tersangkut tau kat tekak dia.. jd dia takut nak mkn.. smpai susut berat 14kg.. Pastu bila mkn, hidung dia mcm tersumbat. Dah pergi hospital masukkan kamera kt tekak.. tp doktor ckp xde apa2..
Sy dh bg avg n madu. Dia minum avg rasa pahit dan ada rasa masin2 sikit. Apa cadangan supplemen yg lain ye? Mcm kesian kat akk ni.. nmpk cengkung muka dia

👩Kak Nora : Bukan sakit misteri ni, mcm symptoms GERD. AVG tu ok dh sbnrnya.. Nora pernah kena mcmni. Mmg merana tak senang rasa, nak makan nak minum tido sepanjang masa rasa mknn kat tekak tu.

👩Sal : Oo..gerd.. nnt sy nk search la pasal gerd ni.. Kena suggest dia amik rtc la ni.. Tq nora 😘😘

👩Kak Nora : Welcome 🥰

👩Kak Ru : Ya ..GERD .. gastritis or gastric.. Time kena gerd tu nak telan rtc pun macam lekat walaupun dah buang kapsul.. 🤣

ٱلْـحَـمْـدُ للهِ la ni takdak dah rasa macam tu.. kena minum Aloe Vera Gel banyak2. In fact time saya kena tu tambah dengan anxiety ingatkan dah nak mati sesak nafas. Mungkin I overthinking tentang covid pun sama 🤭Add madu jugak .. very good untuk perut

👩Sal : Sama mcm akk tu ckp.. dia pun rasa anxiety.. sampai rasa mcm nak mati..

👩Kak Ru : Hahaha ðŸ™Œ bagitau dia ada gang

************************

Bawah ni sharing dari blog Kak Ruziana

GASTRIK SAMPAI SESAK NAFAS?
Sapa besa kena sakit akibat #gastrik atau lebih tepat #gastritis? 
Memang sangat MEMERITKAN bagi yang pernah mengalaminya..Sampai nak tarik nafas pun seksa. 

Tapi Alhamdulilah..

Biiznillah. Dengan mengamalkan KOMBO tiga (3) ni : 
Aloe Vera Gel, Arctic Sea dan Bee Honey sakit tu dah takda.


BAGAIMANA GASTRITIS BOLEH BERLAKU?
Gastrik atau gastritis terjadi apabila berlakunya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut. Perlu diketahui umum bahawa, fungsi normal perut adalah mengeluarkan asid (gastric juice) bagi mencerna makanan serta membunuh kuman yang masuk melalui mulut. Oleh sebab itu, tahap keasidan di dalam perut amat tinggi berbanding bahagian lain dalam saluran pemakanan.

Bagi melindungi dinding perut itu sendiri daripada terhakis, suatu mekanisma telah terbentuk (protective mechanism), dimana tisu perut sendiri menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus, yang mampu menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada terkena dinding perut. Oleh itu, apa-apa yang mengganggu penghasilan lapisan ini boleh menyebabkan gastrik berlaku.

APAKAH PUNCA GASTRITIS
Terdapat beberapa penyebab atau punca yang boleh mengganggu penghasilan mukus di dalam perut, sehingga mendatangkan keradangan. Antaranya ialah:
  • Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori’
  • Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs
  • Tahap stress yang tinggi pada badan
  • Pengambilan alkohol berlebihanTindak balas dengan makanan atau ubat
  • Tindak balas dengan bahan kimia
  • Merokok
Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori’
8 dalam 10 kes gastrik berpunca daripada jangkitan bakteria ini. Nama singkatannya yang sering digunakan juga ialah ‘H.pylori’.

Bakteria ini boleh menjangkiti manusia melalui pengambilan makanan yang telah tercemar. Setelah berada di dalam perut, bakteria ini akan bergerak masuk ke dalam lapisan mukus yang memberi perlindungan tadi.

Dari sini, bakteria H.pylori akan bersarang dan menghasilkan bahan kimia yang mampu mengakis lapisan mukus yang memberi perlindungan tersebut. Tanpa lapisan ini, asid perut akan terkena pada dinding lalu menyebabkan rasa sakit dan pedih.

Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs
NSAIDs adalah singkatan kepada ‘Non-steroidal Anti-inflammatory Drugs’, iaitu sejenis ubat penahan sakit yang sering diberi oleh doktor. Ubat ini digunakan antaranya oleh mereka yang mempunyai sakit sendi (keradangan) atau sakit otot (myalgia).

NSAIDs bertindak menghalang pembentukan sejenis bahan kimia yang menyebabkan rasa sakit dalam tubuh manusia, iaitu ‘prostaglandin’. Namun begitu, pada masa yang sama prostaglandin juga diperlukan untuk menghasilkan lapisan mukus di dalam perut. Sekiranya NSAIDs diberi, penghasilan mukus ini akan turut menurun kerana berkurangnya jumlah prostaglandin yang diperlukan dalam proses penghasilan.

Apabila situasi ini berlaku, asid perut boleh menghakis sebahagian dinding perut kerana ketiadaan lapisan mukus protektif ini.

APAKAH TANDA BERLAKUNYA GASTRITIS 
Gejala yang hadir dalam penyakit gastrik selalunya adalah ringan dan boleh menghilang sekiranya langkah yang betul diambil oleh pesakit. Antara gejala yang boleh berlaku ialah:
  • Senak perut (ketidakhadaman)
  • Sakit di bahagian ulu hati
  • Hilang selera makan
  • Perut kembung
  • Loya
  • Muntah
#mestiikhtiar
#RuForever
#Rukongsitestimoni
#AloeVeraGel
#ArcticSea
#Madu
#teamMamiCery
#FamilyMagika
*****************************

Ahli NOVUS  RM293 
BUKAN AHLI RM317
(UNTUNG RM24... dan banyak lagi.... BILA JADI AHLI)

Untuk Order & Info⤵️
https://linktr.ee/UmmiSyahmi

No comments:

Post a Comment